Pada petang ini 12.12.2015 Jam 4.30 sehingga 06.10 minit petang,saya telah mengikuti dan mendengar sepenuhnya Ucapan Penggulungan oleh YAB Dato Sri Panglima Haji Mohd Najib Tun Hj Abd Razak Presiden UMNO. Antara perkara-perkara penting yang ditekan oleh YAB Presiden yang menjadi perhatian saya ialah, i. YAB Presiden meminta agar ahli-ahli UMNO bersedia menghadapi " War Percepction " yang kini menjadi trend puak-puak tertentu untuk memecahbelahkan serta menggugat kesetiaan ahli-ahli UMNO. ii. YAB Presiden juga sangat memahami bebanan kos sara hidup rakyat yang kian hari semakin bertambah dan beliau dengan komited akan memastikan dasar-dasar kerajaan yang diputuskan akan dapat membantu meringankan bebanan serta tanggungan rakyat. dan banyak lagi perkara-perkara penting yang tidak dapat saya tulis disini. Kesimpulannya ,ucapan penggulungan oleh YAB Presiden pada tahun ini adalah sedikit berbeza dari tahun sebelumnya kerana pada kali beliau telah menyatakan keterbukaannya kepada mana-mana pengkritikan beliau di dalam parti agar kembali muafakat untuk bersama memperkasakan parti demi kelangsungan perjuangan menegakkan Agama Islam,Bangsa Melayu dan Negara Malaysia. Ini adalah ucapan yang bernas dan terbaik yang diberikan oleh YAB Presiden pada kali. Sebagai ahli UMNO diperingkat akar umbi, diharap tahun 2016 yang mendatang akan menjadi suatu lembaran dan buku baru terhadap SAF pimpinan UMNO untuk kembali bermuafakat tanpa ada sengketa dan pecah belah. InShaaAllah ,UMNO akan kekal memerintah.
YASSER HAMDAN
No comments:
Post a Comment