Belajar Forex dengan saya

Sunday, September 4, 2011

Kenangan Aidilfitri 2011

 


Gambar kenangan bersama keluarga tersayang di Pagi 1 Syawal 2011.
Posted by Picasa

Monday, August 29, 2011

" Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri "


Assalammualaikum Warrahmahtullahi Wabarakatuh kepada semua Muslimin dan Muslimat,dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri khususnya kepada semua Warga Kampung Bokara,dengan ingatan tulus Ikhlas Maaf Zahir dan Batin.

Yasser dan Famili

Wednesday, May 11, 2011

" Kejohanan Badminton tertutup Piala JKKK Bokara 2011 "

11

11 Mei 2011 :- Untuk Makluman warga Kampung Bokara, kepada peminat-peminat Sukan Badminton, satu kejohanan Badminton tertutup akan diadakan pada 21 Mei 2011,bertempat di Dewan Srjk Pei Yin Sandakan, bagi merebut Piala JKKK Bokara 2011. Majulah Sukan Untuk Negara.

Monday, March 7, 2011

" Kenduri Perdana anjuran KPKK di Kampung Air Sandakan,Parlimen Batu Sapi"






23/12/2010 : Program Kenduri Perdana anjura Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia yang telah dilaksanakan pada 23/12/2010 bertempat di Kampung Air Sandakan.Program tersebut disempurnakan oleh Menteri KPKK Datuk Seri Utama Dr.Rais Yatim dan juga turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Belia dan Sukan YB Datuk Peter Pang En Yin.

Program tersebut juga,disertai oleh Kampung sekitar iaitu Kampung Bokara, Kampung Karamunting,Taman Melanta, Kampung Tanah Merah, dan beberapa kampung yang lain. Program dilaksanakan selepas kemenangan besar Calon Barisan Nasional di kawasan Parlimen Batu Sapi dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi baru-baru ini.

Dalam Program tersebut juga, sumbangan telah disampaikan kepada penerima-penerima Komputer riba, Papan Lapis dan bantuan Meter Air. Terima kasih kepada KPKK atas kerjasama dan sumbangan yang diberikan.

Monday, February 21, 2011

" Salam Tahun Baru 2011 "

Salam kepada semua warga pembaca blog saya,

Mohon maaf kiranya blog ini hampir 4 bulan tidak di kemaskini. Saya sangat sibuk sehingga tidak mempunyai masa untuk letak gambar2 program sepanjang tempoh tersebut. Untuk maklumat warga pembaca semua, saya akan kemaskini dalam masa terdekat. Terima Kasih

ADMIN