Belajar Forex dengan saya

Saturday, December 5, 2015

SPRM ambil keterangan Najib berhubung SRC International dan dana RM2.6 bilion

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil keterangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu SRC International dan dana RM2.6 bilion.
SPRM dalam satu kenyataan berkata, pertemuan itu berlangsung selama dua setengah jam dan perdana menteri memberi kerjasama dengan baik kepada SPRM. "SPRM akan memaklumkan perkembangan susulan dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.
Pada 12 Nov lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, SPRM telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri berhubung perkara itu, dan Najib bersetuju untuk kenyataan beliau dirakamkan.
Beliau sebelum ini berkata SPRM menunggu tarikh untuk menemu bual Najib berhubung isu yang berkaitan dengan siasatan itu.
Najib pada hari yang sama, berkata beliau bersedia untuk memberi kenyataan kepada SPRM memandangkan kes itu telah menimbulkan pelbagai tuduhan dan fitnah.
SRC International adalah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.
Sementara itu menurut jurucakap SPRM, pertemuan itu diadakan di pejabat Perdana Menteri pada pukul 10 pagi.- BERNAMA.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sprm-ambil-keterangan-najib-berhubung-src-international-dan-dana-rm2-6-bilion-1.165863#sthash.uAeEUAYP.dpuf Sumber :- SPRM ambil keterangan Najib berhubung SRC International dan dana RM2.6 bilion - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sprm-ambil-keterangan-najib-berhubung-src-international-dan-dana-rm2-6-bilion-1.165863#sthash.uAeEUAYP.dpuf Sumber :- http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sprm-ambil-keterangan-najib-berhubung-src-international-dan-dana-rm2-6-bilion-1.165863

No comments: