AL-Fatihah kepada Allahyarham Encik Sulaiman Bin Abdullah atas kembalinya beliau ke Rahmahtullah ketika menunaikan Ibadah UMRAH di Tanah Suci Mekah.
Foto terakhir Allahyarham Encik Sulaiman Bin Abdullah di lapangan terbang Sandakan bersama Isteri sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah.
Allahyarham Encik Sulaiman Abdullah adalah Pakcik Saya dan beliau mengerjakan Umrah bersama Isterinya Fatimah Hj Syed Kassim yang juga adik kepada Ibu Saya pada 14 Disember 2015.
Hampir seminggu berada di Tanah Suci, pada jam 12:00 malam waktu Malaysia bersamaan 21 Disember 2015,Allahyarham telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di sana selepas menunaikan tawaf.
Pemergian Allahyarham sangat dirasai keluarga kerana beliau adalah seorang yang sangat baik,peramah dan suka menolong orang. Sifat pendiam dan rendah dirinya dari zaman saya kanak-kanak lagi menjadikan Allahyarham cukup disenangi oleh semua lapisan keluarga.
Secara peribadi,saya berasa sangat sedih pemergian arwah ini adalah satu kehilangan besar dalam keluarga kami.
Kepada rakan-rakan serta sesiapa yang mengenai Allahyarham Encik Sulaiman Abdullah ini,bersama kita sedekahkan Surah Al-Fatihah, semoga Allahyarham diletakkan bersama orang-orang yang beriman. Uncle Man.... Kami amat merindui mu.....................
-By
YASSER RASHDAN
26.12.2015
09.13pm
No comments:
Post a Comment