Belajar Forex dengan saya

Thursday, August 26, 2010

" Majlis Berbuka Puasa anjuran bersama Yayasan Sabah Kawasan Sandakan dan JKKK Kampung Bokara bersama wakil Rakyat N.44 Karamunting "







Khamis, 26 Ogos 2010 : 5:30pm : " Satu Majlis berbuka puasa Anjuran bersama Yayasan Sabah Kawasan Sandakan dan JKKK Kampung Bokara yang mana tetamu kehormat adalah YB Datuk Peter Pang En Yin,Timbalan Ketua Menteri Sabah,Menteri Belia dan Sukan dan juga Adun N.44 Karamunting. Majlis tersebut diadakan di perkarangan Masjid Nurussholihin Kampung Bokara Sandakan. "

" Antara ucapan Pengerusi JKKK Kampung Bokara, beliau mengucapkan terima kasih kepada YB Datuk Peter pang atas kesudian untuk melapangka masa bersama penduduk kampung dan juga kepada Yayasan Sabah kawasan Sandakan atas Sumbangan kepada Masjid yang diberikan. "

" Manakala, dalam ucapan Puan Rosinah selaku wakil dari Yayasan Sabah,juga mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur atas kerjasama dan kesudian untuk melaksanakan program tersebut walaupun ianya tidak diadakan secara besar-besaran.Apa yang beliau tekankan adalah hubungan silaturrahim dikalangan persaudaraan sesama Islam dan bantu-membantu itu seharusnya menjadi pegangan bagi setiap umat Islam."

" Dalam Majlis tersebut Masjid Kampung Bokara telah menerima dua buah sumbangan iaitu wang tunai dan juga dua gulung tikar untuk kegunaan Masjid. Ketika YB Datuk Peter Pang memberikan ucapan,beliau sempat mengumumkan untuk menyumbangkan satu set Pembesar Suara dan juga Pemadam api untuk Masjid Nurussohin kampung bokara. Wakil daripada Jawatankuasa Masjid Nurussholihin Kampung Bokara, YBHG,Tuan Haji Zainal Rajan merakamkan ribuan terima kasih kepada YB Datuk Peter Pang atas sumbangan dan juga pengumuman tersebut."

" Pengakhir kata, pihak jawatankuasa Penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Datuk Peter Pang En Yin,Timbalan Ketua Menteri Sabah,Yayasan Sabah Kawasan Sandakan,Ahli-ahli Jawatankuasa JKKK Kampung Bokara,Ketua Kampung Bokara, Ketua UMNO Cawangan Kampung Bokara, Jawatankuasa Masjid Nurussholihin,Kelas Bina Insan SAHARA Kampung Bokara, Yang Di Pertua Persatuan Belia Kampung Bokara, Sukarelawan Al-falah Pasukan Ashabul Kahfi unit 2 Kampung Bokara dan semua yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan Majlis tersebut."

Tuesday, August 17, 2010

" Penyerahan sumbangan fasiliti sukan kepada Persatuan Belia Kampung Bokara dan Belia Kampung Air "






Ucapan YB Datuk Peter Pang En Yin,Timbalan Ketua Menteri,Menteri Belia dan Sukan ADUN N.44 Karamunting.


ISNIN,16 Ogos 2010,Jam 0500 Petang : Saat Menyambut Ramadhan dan menunaikan Ibdah Puasa dikalangan umat Islam seluruh duna. Belia Kampung Bokara dan Kampung Air antara yang bertua ekoran menerima sumbangan fasiliti sukan kegunaan di masa lapang. Majlis Penyerahan fasiliti sukan kepada Persatuan Belia Kampung Bokara Sandakan dan Belia kampung telahpun disempurnakan oleh YB Datuk Peter Pang En Yin selaku Timbalan Ketua Menteri dan Juga Menteri Belia Dan Sukan Sabah yang mana majlis tersebut diadakan sebelum program berbuka puasa di Kampung Karamunting.

Pengumuman yang dibuat oleh beliau pada Mei lalu ketika lawatan belia ke Gelanggang Bola Tampar Kampung Bokara telah menjadi kenyataan. Para belia bokara amat bertuah ekoran sumbangan seperti ini dapat di manfaatkan untuk jangka masa yang panjang.
Antara sumbangan fasiliti Sukan tersebut adalah, 2 Buah Meja Ping Pong, Bola Futsal,Bola Tampar, Jersi dan Bola Ping Pong.

Monday, August 9, 2010

" Salam Menyambut Ramadhan Almubarak "


" Assalammualaikum warrahmahtullahi Wabarakatuh "

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat Menunaikan Ibadah Puasa dalam Bulan Ramadhan yang dijangka tiba tak lama lagi. Kepada semua warga bokara, Saya dan juga bagi pihak keluarga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang perkenalan saudara-saudara bersama mungkin ada perkataan-perkataan mengguriskan hati,samaada yang saya sedari mahupun tidak.

Sebagai hamba Allah yang kerdil ini, sememangnya kesempurnaan itu tidak ada pada seorang manusia pun pada masa kini. Semoga,kita semua dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan mendapat hidayahNya. Amiiin..

Sekian,Wassalam..,

Sunday, August 8, 2010

" Ceramah Agama bersama Ustaz Abu Hurairah dari USIA Sabah "






07.Ogos.2010 07.00pm : Satu Ceramah Agama telah diadakan di Masjid Nurussholihin Kampung Bokara anjuran UMNO Sandakan & Usia Bahagian Sandakan dengan kerjasama Jkkk Kampung Bokara,Ketua Kampung Bokara dan Jawatankuasa Masjid. Tajuk Ceramah adalah "Akidah Umat Islam" masa kini.

Monday, August 2, 2010

" Program JIWA MURNI anjuran Maritim Sandakan bersama Penduduk Kampung Bokara "







Khamis 29 Julai 2010 0900am : Satu Program gotong royong membersihkan kawasan tanah perkuburan kampung bokara dan juga Mengecat semula Pagar Kawasan Tanah perkuburan anjuran Maritim Kawasan Sandakan dan Penduduk Kampung Bokara.

Program yang telah dijalankan ini mendapat sambutan dan kerjasama sepenuhnya daripada Ketua Kampung,JKKK dan Jawatankuasa Masjid Kampung bokara,belia-belia serta para penduduknya.

Program ini juga menjadi sejarah buat julung2 kalinya kampung bokara mendapat kerjasama bersama pasukan Maritim untuk menjayakan program Jiwa Murni tersebut.