Belajar Forex dengan saya

Sunday, April 25, 2010

" Suasana Kejohanan Futsal tertutup belia Kampung Bokara 2010 "












" 25 April 2010,bertempat di Sandakan Futsal Batu 4 Sandakan, Kejohanan Futsal tertutup belia kampung bokara,yang di anjurkan oleh Biro Belia dan Sukan JKKK Kg Bokara bagi merebut piala Pusingan JKKK untuk 2010. Sebanyak 16 Pasukan berentap bagi menunjukkan kebolehan masing2 dalam pertandingan ini. Kejohanan yang julung-julung kali diadakan ini menjadikan suatu 'platform' baru untuk para belia kampung bokara dapat meramah mesra sekaligus mengeratkan lagi talisilaturrahim dikalangan mereka. Bakat-bakat baru juga dapat dicungkil dalam program ini. Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa penganjur diatas kesungguhan dalam menjayakan program tersebut. Dimasa akan datang, diharapkan program sedemikian dapat diteruskan. "

Monday, April 19, 2010

" Penyampaian sumbangan Piala Pusingan dan Piala Iringan oleh JKKK kepada Penganjur Futsal Belia "



" 18 April 2010, 05:30pm :- Penyampaian sumbangan Piala Pusingan dan Piala iringan oleh Pengerusi JKKK kepada wakil Jawatankuasa Penganjur Futsal tertutup belia kampung bokara Tn Hj Safrizan Hj Jailang. Kejohanan bakal diadakan pada 25hb Mei 2010 bertempat di Sandakan Futsal Batu 4."

Wednesday, April 7, 2010

" Kejohanan Futsal tertutup Belia Kampung Bokara, Anjuran Biro Belia dan Sukan (JKKK) Kampung Bokara Sandakan "

" 07 April 2010 ,Wakil JKKK Bokara menghadiri 'Seminar Mengkoperasikan Rakyat, 1Komuniti 1Koperasi' anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia Sandakan'


Wakil JKKK bokara yang hadir, turut hadir Ketua Wanita UMNO Cawangan Kampung Bokara,Puan Hajah Abdah Haji Kasim.


Turut hadir YDP Persatuan Belia Sg.Sibuga Sandakan Encik Raiman dan juga YDP Persatuan Belia Skuasy Sandakan Encik Baharudin.


Pendataran perserta-peserta yang hadir.


Wakil JKKK bokara yang menghadiri seminar tersebut.


Wakil JKKK bokara yang menghadiri seminar tersebut,turut hadir Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kg.Bokara yang juga AJK JKKK Kg.Bokara Tuan Haji Amir Hashim Haji Ahmad.


07 April 2010, bertempat di Sabah Hotel Sandakan Seminar Mengkoperasikan Rakyat 1Komuniti 1 Koperasi diadakan dengan jayanya anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Sandakan.