Belajar Forex dengan saya

Saturday, December 19, 2015

Perpaduan UMNO & PAS adalah perlu dipandang Positif Demi Kelangsungan Menegakkan Syiar Islam dan Kestabilan Politik di Negara ini

Saya secara peribadi amat bersetuju yang mana Kerjasama diantara Pimpinan UMNO dan PAS adalah sangat penting untuk memastikan kelangsungan menegakkan Syiar Islam dan Kestabila Politik dalam negara ini.
Pada Saya UMNO bersikap terbuka untuk mewujudkan kerjasama kepada Pimpinan Pas bahawa kerjasama dan Ukhwah ini adalah satu alternatif terbaik agar usaha untuk memastikan keharmonian dan keamanan rakyat dapat dikekalkan.
Saya berharap,usaha positif ini akan berkekalan untuk masa ini tetapi untuk masa-masa akan datang. PAS kini dalam dilema Penyertaan mereka dalam "Pakatan Rakyat (PR)" kerana dengan Kewujudan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang telah bersama-sama mewujudkan " Pakatan Harapan" yang tidak disertai PAS tetapi di sertai pula oleh PKR dan DAP. Ini sekaligus memperlihatkan kepincangan PAS dan bekas Ahli PAS yang telah mewujudkan Parti Amanah Negara.
Jueteru itu, saya berpandangan adalah eloknya PAS pada masa ini sewajarnya mempertimbangkan untuk memberikan kerjasama kepada UMNO untuk muafakat dalam mentadbir negara ini khasnya dalam memastikan kestabilan politik dan dasar-dasar negara dapat di realisasikan dengan lebih baik.

No comments: