Belajar Forex dengan saya

Friday, August 31, 2012

Real Madrid's Cristiano Ronaldo Donates Sport Boots for Palestinian Children Foundation - International Middle East Media Center

Real Madrid's Cristiano Ronaldo Donates Sport Boots for Palestinian Children Foundation - International Middle East Media Center

 Ex-Man United Forward with the Palestinian muffler and ex-FIFA vice President in the Middle East, Gebreel Er-Joub. by Real Madrid FC Arabic Network

share from  http://www.imemc.org/article/62574


 According to the Arabic site of Real Madrid’s network, the shoes, which turned out in public auction, were later sold for € 2,400, with the first bidding of €700. The money from the auction will be used to build a children’s school in Gaza.

The auction took place two weeks ago as Ronaldo had a commercial in the US, with Nike for his new boot.

It’s not the first time, the ex-Manchester United striker showed his support for Palestine. When he was still with Manchester United, Ronaldo was photographed wearing the Palestinian muffler, the kufiyyeh, as support for Palestinian cause.

share from  http://www.imemc.org/article/62574

Thursday, August 30, 2012

Merdeka Merdeka Merdeka!

Hari ini 31 Ogos 2012 adalah hari dan detik bersejarah bagi setiap rakyat Malaysia. Kemerdekaan adalah impian bagi setiap Negara didunia ini yang menuntut keamanan,kebebasan dan keharmonian dalam membentuk Negara serta Kerajaan yang dipimpin oleh rakyat tanpa cengkaman Penjajah. Pengorbanan pejuang-pejuang masa lalu amatlah besar maknanya kerana sehingga hari ini keamanan dan kemakmuran yang dikecapi oleh setiap pelusuk rakyat Negara ini adalah hasil pengorbanan daripada pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu. Anak-anak yang lahir selepas Merdeka 31 Ogos 1957 adalah golongan yang bernasib baik kerana hidup dalam keamanan tanpa penindasan,peperangan mahupun kebuluran. Di Malaysia kita sangat bersyukur kerana Negara ini sehingga hari ini adalah Negara yang jauh daripada huru-hara dan masalah kebuluran mahupun ekonomi yang teruk berbanding Negara-negara yang lain. Sebagai rakyat Malaysia, bersamalah kita pertahankan Kemerdekaan Negara ini daripada dinodai oleh musuh-musuh kita. Semoga Allah SWT senantiasa merahmati Negara Malaysia yang tercinta ini.

Tuesday, August 28, 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012

Rombongan dari Parti GERAKAN N.44 Karamunting diketuai oleh Mr.Jason Tan,S.U Politik Menteri Belia dan Sukan Sabah
Rombongan LDP N.44 Karamunting diketuai oleh Mr.Lim Kai Min,Naib Presiden LDP Sabah
Rombongan MCA Sandakan

Friday, August 17, 2012

Syawal will come

Now syawal had already come, Ramadan will end and InsyaAllah, see Ramadan next year. This heart is feeling jaded, at dawn today, I'm not sure why. Possible about the fate of a handful of families who are in trouble when are aildilfitri celebrated with joy. I remembered the when i'm at children once upon a time, Aidilfitri is the day most great day with me, can the new clothes, new underwear, new shoes, pocket money, and so forth. Childhood longing .... sorry, just the end of Ramadan i'm speech in the morning today. okay, Salam Aidilfitri from me.

Penjelasan Nasharudin


Penjelasan Nasharudin

 Mukadimah
Sebaik tiba di tanah air dari Tanah Suci, Mekah semalam, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mengadakan sidang akhbar khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pada sidang akhbar itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok membalas kenyataan beberapa pemimpin Pas yang mempertikaikan kehadiran beliau di Mekah bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mereka juga membidas Nasharudin berikutan kenyataan beliau yang menggesa Pas mengkaji semula kedudukan dalam pakatan pembangkang jika DAP terus menolak pelaksanaan hukum hudud. Berikut kenyataan penuh beliau:
Laporan media cetak dan elektronik pada 14 dan 15 Ogos 2012 dan beberapa ulasan daripada pelbagai pihak sehubungan dengan kenyataan saya di Mekah al-Mukaramah adalah dirujuk.
- Hudud
Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti-Islam.
Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. Pelaksanaan hudud memerlukan kepada standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf beyond any shadow of doubt iaitu tahap pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ia dilaksanakan, tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang-undang Islam.
Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa pelaksanaan sistem perundangan Islam is over my dead body menunjukkan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja at whatever cost untuk pertahankan agama saya. Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan-syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, insya-Allah saya tidak akan biarkan mana-mana pihak sewenang-wenangnya menghina agama saya.
Pas harus lebih tegas menyatakan pendiriannya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangannya untuk menegakkan syariah Allah SWT namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh.
Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah kekaburan yang ada pada masyarakat umum. Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi daripada ahlinya sahaja.
- Isu pertemuan di Mekah
Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu’ dzan (bersangka buruk), nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah (bertakwalah) dan beristghfarlah khasnya pada hari-hari terakhir Ramadan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal. Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadan ini, doa qunut yang dibacakan di hadapan Kaabah ketika solat witir, menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya Allah satukanlah suara umat Islam.
Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang ulama di Mekah bersama dengan YAB Perdana Menteri bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil Haram. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memelihara kesucian Islam.
Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau UMNO, sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar daripada Pas atau UMNO. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum (Siapapun yang tidak menganggap penting urusan/perkara yang menimpa kaum muslim, maka dia bukan termasuk golongan mereka (muslim).
Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?
Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk UMNO. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk UMNO, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli UMNO, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah.

 share from www.utusan.com.my

Wanita UMNO Cawangan Bokara sampaikan Sumbangan sempena Aidilfitri 2012

28Ramadhan,1433H. Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Bokara pada padi ini telah menyampaikan 100 kampit beras sempena Aidilfitri 2012 kepada ahli-ahli wanita UMNO Cawangan yang miskin serta ibu tunggal dan warga emas. Program mulia seperti ini telah dijalankan sejak 3 tahun kebelakangan ini dengan sumbangan adalah daripada BERAS Corp.SDN BHD. Di pihak wanita cawangan,sangat berterima kasih kepada pihak yang telah menghulurkan sumbangan dan bersyukur kepada ALLAH SWT kerna limpah KurniaNya wanita UMNO Cawnagan diberi kepercayaan sekali lagi untuk menyampaikan bantuan tersebut pada tahun ini.

Thursday, August 16, 2012

myMetro | Tiga penumpang bas ekspres maut nahas jalan raya di Kinabatangan

myMetro | Tiga penumpang bas ekspres maut nahas jalan raya di Kinabatangan


KINABATANGAN: Tiga penumpang maut dan tiga lagi parah dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah bas ekspres di Km 121 Jalan Sandakan-Lahad Datu berhampiran Kampung Paris, hari ini.
Tiga mangsa yang mati di tempat kejadian itu adalah lelaki dikenali sebagai Usman Sulaiman, 26, Jabar Maidin, 54, dan Piyan Ardian Shah Osman, 23.

Tiga penumpang yang parah dihantar menerima rawatan di Hospital Kinabatangan dan identiti mereka belum dapat dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan DSP Martin Lugu berkata kejadian berlaku kira-kira 2.50 pagi ketika bas tersebut membawa 38 penumpang bersama seorang pemandu dan dua pembantu pemandu dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tawau.

Katanya mengikut laporan awal mangsa, bas tersebut hilang kawalan lalu terbabas sebelum terbalik beberapa kali.

Bagaimanapun, penumpang lain, pemandu dan dua pembantu pemandu hanya mengalami cedera ringan di mana sebahagian daripada mereka dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kinabatangan dan Hospital Lahad Datu.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk bedah siasat.

Turut berada di dalam bas itu adalah 31 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sepanggar Kota Kinabalu yang dalam perjalanan balik ke kampung mereka di Tawau untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Kesemua mereka hanya mengalami cedera ringan dan meneruskan perjalanan ke Tawau bersama penumpang lain yang terselamat, yang diuruskan oleh syarikat bas tersebut. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : 17/08/2012




Kongsi artikel ini menerusi media sosial
Share from : www.hmetro.com.my

Tuesday, August 14, 2012

Lim kai min can support youth and youth have no problem to support him if nominated as a candidate can win the next general election.

Pemuda Bokara with YB Datuk VK Liew Deputy Minister in the Prime Minister Department and President of the Liberal Democratic Party and Mr. Arifin Asgali deputy chief UMNO division at Batu Sapi in the Majlis berbuka Puasa hosted by the LDP Karamunting.
Pemuda Bokara with Lim Kai Min, head of the LDP Karamunting after Majlis Berbuka Puasa in Karamunting Program.
YB Datuk Haji Samsudin Yahya, Head of Batu Sapi UMNO Division when giving a speech at the Majlis Berbuka Puasa.
We think Mr.Lim kai min is a friendly and accessible liked by the people especially the youth. He was also very friendly and approachable easy to make him a suitable person if nominated as a candidate for the next general election be. His approach to the youth in an effort to ensure that the various ethnic groups in this Karamunting looked from all angles. Mr Lim kai min also received the full support by the leadership of the LDP to be listed as a candidate for the next election to represent the party. We thank him for inviting us to come to the Majlis Berbuka Puasa with the people Karamunting at Surat Ar-rahman Kg.Karamunting.. Congratulations and thank you we say.

Monday, August 13, 2012

Penyebar maklumat subversif di Twitter, Facebook boleh didakwa

Penyebar maklumat subversif di Twitter, Facebook boleh didakwa


Malaysia was ranked 10 among the most lazy?

What criteria for assessing a country that lazy? I myself also not sure why Malaysia was ranked 10 in the World as one of the country who are lazy. Do our people lazy? In my opinion, if Malaysia is ranked 10th as one of the lazy, the people of malaysia has never been illegal immigrants to seek employment in foreign countries. malaysia people also have the attitude and skills to work in their own country, and there are also people malaysia successful in foreign countries. Do lazy people malaysia? No doubt, in any country in the world are clearly people who are unemployed and some are lazy. Are countries in the world no people who are lazy? Impossible as well. So whatever, but we as Malaysians who love this country, beyond the assessment of our country may be on their own assessment and evaluation. As long as we do not own is the most lazy person who is in our family. Just kidding. hehe ...

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Al-Mubarak kepada semua Warga Kampung Bokara dan Seluruh Umat Islam

Saya beserta Isteri dan Keluarga saya ingin mengucapkan Selamat hari raya aidilfitri ,maaf zahir dan batin kepada semua warga kampung bokara tidak kira di mana saudara saudari berada. Ditujukan khas juga kepada semua Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan bokara serta ahli-ahli Pemuda UMNO Cawangan Bokara semoga dilebara tahun ini akan lebih memantapkan lagi kekuatan dan semangat perjuangan kita semua. Walaupun kita hanya ahli di peringkat akar umbi dalam UMNO, ingatlah bahawa dalam memperjuangankan Agama Bangsa dan Negara ianya tidak memerlukan jawatan yang tinggi,jawatan yang bergaji mahupun jawatan yang mempunyai kepentingan tertentu,tetapi bila di sebut Agama,ianya adalah Jihad, bila disebut bangsa ianya juga adlah Jihad,dan bila disebut Negara ianya juga adalah Jihad. Bersamalah kita berjihad mempertahankan Semangat Perjuangan ini sepertimana semangat pejuang yang terdahulu. InsyaAllah,segala apa yang anda bantu,anda sumbangkan hanya Allah SWT yang akan membalasnya. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin Ikhlas daripada, YASSER RASHDAN HJ HAMDAN Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bokara.

Undilah

Sunday, August 12, 2012

Sony Alpha A37

I am a sony DSLR camera since 4 years ago. Now I have a sony A33, and A33 along I use this sony, this camera is very good and very easy to use. Sony is now introducing the A37 model which in my view, relevant enough for the consumer dslr camera. Sony A37 is equipped with several new techniques such as framing pictures auto focus and also creative enough to satisfy users. The speed of 7 frames-per-sec you can take pictures in various situations and circumstances of events that you want to use as a group photograph. Lovers Sony DSLR Camera, if you have the desire may be to try this Sony A37. You definitely satisfied with it.

Masalah PATI di Sabah

Sumber : Utusan Malaysia
KOTA KINABALU 11 Ogos - Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kehadiran pendatang asing di Sabah akan menyiasat segenap aspek isu berkenaan termasuk bilangan mereka yang diberikan kad pengenalan biru, kewarganegaraan dan sama ada didaftarkan sebagai pemilih. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, RCI juga akan menyiasat sama ada pemberian dokumen berkenaan adalah sah mengikut peruntukan undang-undang atau sebaliknya. Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan terhadap cadangan Kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan RCI di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 bagi menyiasat kehadiran pendatang asing di Sabah. "Ia akan dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong dengan dibantu oleh empat Pesuruhjaya dan dikehendaki menyelesaikan siasatan dalam tempoh enam bulan dari tarikh tauliah pelantikan dikeluarkan," katanya. Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Badan Perhubungan UMNO negeri dan Jawatankuasa Barisan Nasional (BN) negeri di sini hari ini. Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah dalam rangka lawatan sehari ke Sabah sempena majlis berbuka puasa bersama rakyat di Bongawan, Kimanis dekat sini. Najib berkata, empat Pesuruhjaya RCI ialah bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Prof. Datuk Seri Dr. Kamaruzaman Ampon; bekas Peguam Besar Sabah, Tan Sri Herma J. Luping; Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia yang juga bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Chin Poy-Wu dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Kee Mustafa. "Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Saripuddin Kasim dilantik sebagai Setiausaha suruhanjaya ini," katanya
.................................................................................... Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bokara berpandangan Penubuhan RCI yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini bagi menangani masalah kerakyatan Songsang PATI di Sabah, adalah tepat pada masanya. PATI yang boleh dikatakan telah lama ujud di Negeri mengundang beberapa masalah dalam Negeri yang sukar untuk di bendung. Jumlah PATI di Sabah yang ramai telah menyebabkan rakyat Sabah sendiri menghadapi masalah ini dalam jangka masa yang agak lama. Adalah tidak adil jika status kerakyatan Songsang di Sabah ini yang telah berlaku kian lama dibiarkan begitu sahaja. Apakah bumiputera Sabah ini sama taraf dengan mereka? Sudah tentu tidak. Oleh itu,pengumuman YAB Perdana Menteri berhubung penubuhan RCI ini adalah sangat sesuai dan InsyaAllah masalah yang kian berlarutan ini akan selesai dalam tempoh yang telah diberikan kepada RCI itu. Ini jelas sekali menunjukkan keperihatinan YAB Perdana Menteri dalam mendengar keluhan dan luahan rakyat Sabah khasnya agar perkara ini dapat ditangani segera melalui prosedur yang betul. Justeru itu, adalah tidak sesuai jika segelintir pihak hanya tahu menuding jari sedangkan perkara ini adalah menjadi tanggungjawab bersama. PATI tidak seharusnya ujud di Sabah apatah lagi pemberian taraf kerakyatan Negara ini di berikan kepada mereka. Mungkin Sabah dilihat tempat yang selamat untuk didiami dan tempat yang paling sesuai untuk golongan ini mencari rezeki tetapi biarlah di landasan yang mengikut undang-undang Negara ini. Kita berharap ,dengan tertubuhnya RCI di Sabah ini dalam menangani isu kerakyatan Songsang PATI di Sabah, ianya akan dapat membuka lembaran baru buat Negeri Sabah khasnya agar perkara ini tidak lagi menjadi isu utama untuk segelintir pihak menjadikannya modal kempen bagi menggulingkan kerajaan sedia ada. Kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Najib Tun Abd Razak adalah suatu kempinan yang terbaik buat masa ini dan beliau selaku pemimpin NO.1 Negara tidak mengambil ringan isu ini.Oleh itu, kita berbangga dengan kepimpinan dan pentadbiran yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri ini sememangya selaras dengan dasar Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan. Terima kasih YAB Perdana Menteri kerana mewujudkan RCI di Sabah,InsyaAllah isu kerakyatan songsang PATI di Sabah ini akan dapat tangani segera. Perjuangan tetap diteruskan.

Saturday, August 11, 2012

UFB - Fenomena Artis Menjadi Ulama Segera

Perlu ada Ilmu yang cukup pabila mengulas tentang agama. Jangan kaitkan Politik dengan taubat peribadi. Pandangan yang sangat bernas Tuan Ustaz. Tahniah dan Terima Kasih.

Pemuda UMNO Kenal Pasti 90 Kawasan Pembangkang BN Mampu Menang

Pemuda UMNO Kenal Pasti 90 Kawasan Pembangkang BN Mampu Menang

Share from www.umno-online.com

RCI Diberi Masa Enam Bulan Selesai Masalah Pendatang Asing

RCI Diberi Masa Enam Bulan Selesai Masalah Pendatang Asing

Share from www.umno-online.com

Raja Petra dedah komplot fitnah PM

Raja Petra dedah komplot fitnah PM

Share from www.utusan.com.my

AKADEMI PARANORMAL: Kepentingan Sanad dan Silsilah

AKADEMI PARANORMAL: Kepentingan Sanad dan Silsilah: Ramai yang bertanya kepada saya , apa pentingnya sanad ? Imam Nawawi RHM mengatakan sanad adalah SENJATA bagi orang-orang Mukmin dan Imam Ib...

Friday, August 10, 2012

Fill time Saturday morning to the Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre

11.08.2012. I always get to this place, in one year can be said 4 to 5 times here to take pictures. But I keep in my first blog about our experiences here even take pictures in a short time. The picture above is the main gateway to the Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre, Sandakan, Sabah Borneo.
This is the ideal time to visit to see for yourself and take a picture or video when orang-utans being fed by the staff at Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre.
This is the bridge leading into the main place where the orang utans are fed here. No longer is the distance into the bridge. Just wearing slippers are not appropriate because this bridge has a moss green, so be careful your foot sprain later.
of timber available here.
Among the foreign tourists who visited the Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre.
The foreign tourist was busy looking behavior of an orang utan who are eating.
This orangutan is perched on a rope.
The pictures above is the behavior of an orang utan that I could record my SLTA33 use Sony cameras, this picture is only spontaneously. Challenge also take pictures of this orangutan, if observed carefully, the debt does not want to look at my camera lens. Difficult to get a beautiful angle. I thought for a moment, why orang utans live here like a little total number available, the other go? Although it is so, I personally hope that the cooperation of all parties to protect and preserve the originality of this orangutan orangutan This includes the safety of dying is a collective responsibility. Thank you to all who contributed to various relief and welfare to conserve life on earth borneo orangutan this. I LOVE SABAH

Thursday, August 9, 2012

Congratulation to Pandalela Rinong

Pandelela Rinong has created Malaysian diving history. The 19-year-old from Sarawak won a bronze medal in the women’s 10m individual platform event at the Aquatics Centre early Friday. It was Malaysia's first-ever Olympics medal in a sport other than badminton, besides making Pandelela the first Malaysian woman to win an Olympics medal.

10 Ramadhan terakhir

Ramadhan yang mulia bakal meninggalkan kita tidak lama lagi. 10 Akhir Ramadhan ini sememangnya malam-malam yang dinanti oleh seluruh pelusuk umat Islam dunia kerana di akhir 10 Malam Ramadhan ini terdapat 1 malam yang penuh keberkatan yang mana ganjaran pahala amalan pada malam tersebut menyama'i seribu bulan,itulah yang dipanggil malam Lailatul Qadar. InsyaAllah, mudah-mudahan di akhir 10 Ramadhan ini kita akan bertemu dengan Malam Lailatul Qadar. Hati terasa sayu bila masa berlalu tanpa kita rasai,kini Ramadhan berada dipenghujungnya. Bersamalah kita tingkatkan Ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Tuesday, August 7, 2012

Ceramah YB Ezam Di Kluang.wmv

Sebak melihat klip Video ini.


Ya Rasullullah, Aku merindui Mu.

Pakatan Pembangkang Hanya “Syok Sendiri” Di Sabah – Musa

Pakatan Pembangkang Hanya “Syok Sendiri” Di Sabah – Musa

"Klik Link berwarna di atas untuk cerita penuh"
Pemuda Bokara sangat bersetuju dengan kata-kata YAB Datuk Seri Musa Aman,Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berhubung strategi Pakatan Pembangkang yang pada anggapan beliau hanyalah Syok Sendiri.
Apakah Sabah di bawah Kerajaan BN lebih 15 tahun ini tidak membawa apa-apa perubahan? Tepuk dada tanyalah selera. Pembangunan Pesat di Sabah hari ini, adalah hasil daripada komitmen Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO bersama rakan-rakan Parti Komponen. Semoga Allah SWT memberikan hidayah kepada mereka-mereka yang masih buta akan sumbangan dan bantuan serta kebajikan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan BN melalui Pemimpin dan wakil-wakil rakyatnya.

Di Kampung Bokara, lazimnya Bulan Ramadhan adalah Bulan sangat mulia bagi orang Islam seluruh dunia. Sehingga hari ini,hanya pemimpin-pemimpin UMNO dan Wakil rakyat BN yang turun padang menjenguk serta menghulurkan bantuan kepada para penduduk kampung. Pemimpin Pakatan Pembangkang Sabah khasnya di Sandakan ini di mana?  Apa yang mereka lakukan? Susah sangat ka nak buat kebajikan?
Jawab sendirilah.

Monday, August 6, 2012

Salam Ramadhan

Hari ini genap 18 hari Umat Islam menunaikan Ibadah puasa. Saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya dalam siri kembara Tarawikh saya secara persendirian ke Masjid-masjid sekitar Sandakan dan di luar daerah Sandakan. Boleh dikatakan hampir ke semua Masjid mempunyai tahap kebersihan yang baik dan susun atur untuk para jemaah juga sangat baik. Saya berasa syukur kerana di bulan mulia ini, jemaah di mana-mana Masjid yang saya pergi jumlahnya memang ramai,tidak kira usia kanak-kanak,remaja mahupun dewasa. Malangnya disini, sesetengah Masjid yang saya pergi tidak menitik beratkan kebersihan tandas. Ada juga tandas yang terbiar kotor dan airnya melimpah. Saya sangat tidak bersetuju dengan apa yang saya lihat. Apakah petugas-petugas Masjid tidak nampak akan kejadian ini?. Perkara seperti ini boleh mencemarkan Imej pentadbiran Masjid itu sendiri, sukar untuk dikatakan kerana budaya masyarakat kita amat sukar untuk ditegur. Tidak lah dapat saya nyatakan Masjid mana yang mempunya tanda yang kotor dan tidak bersihkan,cukuplah sekadar pengetahuan umum untuk peringatan kita bersama,agar dimasa-masa akan datang jika berlaku perkara seperti ini dihadapan kita,jangan lah buat-buat tidak tahu atau tidak ambil peduli. Masjid adalah tanggungjawab kita bersama,ini rumah Tuhan dan adalah menjadi tanggungjawab kita semua menjaga kesucian Masjid. Kepada para pentadbir Masjid-masjid yang berkaitan, lihat-lihat kebersihan tandas itu, kerana bila tandas tidak dijaga dengan baik ,maka tempiasnya akan mengena kepada pentadbiran Masjid tersebut. Masjid tempat Ibadah, dan seharusnya menjadi tanggung jawab bersama menjaga kesuciannya.

Malaysia needs to create a generation of badminton for lee chong wei replace in the near future.

Greatness player Lee Chong Wei, the future will be a sketch history of the country in which to come. Nevertheless, Malaysia needs to produce more badminton players the best in order to replace him in the future. We should be proud of his success is often lifted the name of Malaysia in the international arena, especially in Sports Badminton. I am very interested in his character and appearance of his medium and his high spirit of patriotism should be an example of a new generation in the sport. Hopefully, future, Malaysia will become world number one competitor in badminton. InsyaAllah...

We are proud to LEE CHONG WEI

Although he failed to clinch the Olympic gold medal in London since losing to defending champion Lin Dan. As citizens of malaysia, achievement and commitment to Lee Chong Wei is very proud of us all. Congratulations Lee Chong Wei, continue your struggle.