Belajar Forex dengan saya

Saturday, December 12, 2015

ISU JURURAWAT : HORMATI SENSITIVITI AGAMA

Saya secara peribadi sangat bersetuju dan menyokong kenyataan yang dibuat oleh Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dalam satu kenyataan yang dibuat kepada Utusan Malaysia bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden MMA, Dr. Ashok Zachariah Philip tersebut jelas menunjukkan beliau tidak menghormati sensitiviti agama dan tidak berpijak di bumi nyata.
Malaysia adalah sebuah Negara yang meletakkan Islam itu sebagai Agama Rasmi Persekutuan dan segala peraturan dan undang-undang dalam Negara ini ianya wajib di patuhi.
Bagi diri saya sendiri,adalah elok Presiden MMA Dr. shok Zachariah Philip ini menarik balik kenyataan yang dibuatnya dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam.
Kenyataan penuh oleh Ketua Aktivis PPIM bolehlah rujuk di :-http://www.utusan.com.my/berita/nasional/isu-jururawat-hormat-sensitiviti-agama-1.168418

No comments: