Belajar Forex dengan saya

Friday, May 31, 2013

Tahniah kepada Sdr.YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar atas perlantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang baru.

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bokara dan Kepimpinan Gabungan Belia Batu Sapi (GBBS Team) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Sdr.Yb Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga Ahli Parlimen Rembau telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia atas Perkenan DYMM SPB YDP Agong baru-baru ini.
GBBS Team mengalu-alukan kepimpinan Sdr.YB Khairy memegang jawatan sebagai Menteri KBS yang baru dan perlantikan ini adalah selaras dengan citarasa serta kehendak belia masa kini.
Tahniah sekali lagi diucapkan,selamat menjalankan tugas dan kami di GBBS Team serta Pemuda UMNO senantiasa berada dibelakang YB Khairy bagi membantu serta memberikan kerjasama dalam memartabatkan peranan belia khususnya.
Ikhlas daripada,
YASSER RASHDAN HAMDAN Pengerusi Gabungan Belia Batu Sapi,Sabah (GBBS Team)
Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bokara.

Pentadbiran Kampung perlu sejajar dengan kehendak penduduk!

Selaku Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bokara, saya ingin mengemukakan cadangan kepada ADUN N.44 Karamunting yang baru iaitu YB Mr.Charles O Pang Su Pin yang telah kita beri kemenangan kepada beliau agar mewakili rakyat kawasan DUN Karamunting agar kesemua jawatan peringkat Kampung iaitu Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK dipilih secara suara pungutan undi para penduduk disetiap mukim DUN Karamunting.
Ini adalah bertujuan bagi memastikan kewibawaan wakil rakyat baru ini tidak akan dipertikai lagi oleh mana-mana pihak. Sejajar dengan dasar demokrasi, para pengundi yang juga rakyat wajar pada kali ini diberi peluang untuk menentukan wakil Pentadbir kampung iaitu Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK ini diberikan kuasa menentukan 'Siapa Pilihan Mereka'.
Bagi pihak Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bokara dan juga kepimpinan Gabungan Belia Batu Sapi (GBBS Team) dikesempatan ini mengucapkan Tahniah atas kemenangan dipilih sebagai wakil Rakyat N.44 Karamunting atas sokongan Pengundi Melayu di DUN Karamunting dan sokongan kuat Jentera UMNO Bahagian Batu Sapi.
YASSER RASHDAN HAMDAN Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bokara merangkap Pengerusi Gabungan Belia Batu Sapi,Sabah GBBS Team.