Belajar Forex dengan saya

Tuesday, January 3, 2017

Jemaah Haji 1MDB Tidak Perlu Risau, Status Ibadah Mereka Ditentukan Allah SWT Bukan Seseorang




KUALA LUMPUR, 3 Jan –  Jemaah haji yang menunaikan ibadah haji melalui tajaan di bawah Program Khas Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak perlu risau dengan status ibadah mereka.
Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata jemaah haji perlu yakin bahawa setiap ibadah yang dilakukan itu diterima oleh Allah SWT dan bukannya ditentukan oleh seseorang.

“Mereka (jemaah haji) perlu letak harapan dan berdoa bahawa amalan seperti menunaikan solat, puasa, zakat dan haji ini diterima dan selepas itu mereka harus yakin Allah SWT menerima permintaan kita,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  yang mendakwa ibadah haji dilakukan jemaah menerusi tajaan yayasan itu tidak akan mendapat haji mabrur.

“Bukan semua berpeluang menjadi tetamu Allah dan usaha murni yang dilakukan ini boleh diteruskan…ia tidak menjadi masalah untuk penerima sumbangan itu pergi (tunai haji),” kata Mohamed Shukri.

Bagi Imam Masjid Negara Khisamudin Ismail pula, kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir itu hanyalah berunsur politik semata-mata dan tidak seharusnya dibimbangi jemaah haji yang terlibat.

“Bagi pandangan saya, kenyataan itu lebih berunsurkan politik dan jemaah haji yang ditaja itu menerima hadiah dan ia tidak mendatangkan masalah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ketua-ketua Kampung Daerah Pekan Abdul Kadir Bakar melahirkan kekecewaan berhubung kenyataan yang dikeluarkan bekas perdana menteri berkenaan.

“Saya dukacita mendengar kenyataan itu. Bagi saya, beliau tidak berhak menentukan bahawa haji seseorang yang ditaja di bawah yayasan itu mabrur atau tidak.

“Kenyataan itu juga hanya politik semata-mata tetapi membuatkan sesetengah jemaah haji yang terlibat marah, ini kerana kami bersyukur kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan program sebegitu,” katanya.

Kata Abdul Kadir, beliau sendiri berpeluang menunaikan haji pada tahun pertama program itu dilancarkan iaitu pada 2011.


SUMBER : http://www.umno-online.my/2017/01/03/jemaah-haji-1mdb-tidak-perlu-risau-status-ibadah-mereka-ditentukan-allah-swt-bukan-seseorang/

Sekitar suasana Majlis Perarakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Sandakan 02.Januari 2017.

Ketua UMNO Cawangan Kg.Bokara Sdr.Yasser Rashdan bersama Sdr.Mohd Sallem Hj Jifli Setiausaha Cawangan dan Tn Hj Mohamad Safrizan Hj Jailang Ketua Pemuda UMNO Cawangan di Padang Bandaran Sandakan.
Jawatankuasa UMNO Bahagian Batu Sapi diketuai oleh Setiausaha Bahagian Sdr Zantapha Zainal Abidin.
Perarakan menuju Masjid Daerah Sandakan sempena Maulidur Rasul peringkat daerah Sandakan diketuai oleh YAB Datuk Seri Panglima Hj Musa Hj Aman. 

Tahniah kepada warga Sandakan yang menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Sandakan kali ini, 

Monday, January 2, 2017

SELAMAT TAHUN BARU 2017 - YASSER RASHDAN

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selamat Tahun Baru 2017 kepada seluruh warga Kampung Bokara khasnya dan rakyat Negeri Sabah khasnya. Dikesempatan ini saya ingin memberikan sepatah dua kata dalam penulisan melalui blog rasmi UMNO Cawangan Kg.Bokara.
Tahun 2016 yang lepas,kita disajikan pelbagai memori pahit mahupun manis dan segala kenangan suka mahupun duka. Pelbagai cabaran ekonomi menimpan negara, harga barangan keperluan yang saban hari semakin meningkat, harga minyak yang tidak menentu, harga pasaran Ringgit yang juga tidak stabil sehinggan mencecah RM 4.40/ USD1.00 dalam pasaran matawang ,kemelut politik semasa yang melanda pemimpin mahupun pentadbiran semasa.
Pada pembentangan Bajet 2017 oleh YAB Perdana Menteri pada tahun lepas, kerajaan telah meluluskan untuk meneruskan Program Bantuan Rakyat 1Malaysia bagi sesi tahun 2017 serta pelbagai bantuan kebajikan lain untuk rakyat khasnya. Pastinya pembukaan tahun 2017 ini,sedikit sebanyak meringankan beban rakyat bagi mereka yang kurang berkemampuan. Inisiatif kerajaan melalui BR1M ini adalah salah satu program asas yang sewajarnya menjadi keutamaan kerajaan setiap tahun. Tahniah kepada kerajaan Barisan Nasional kerana peka terhadap permasalahan rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik. Bagi mereka yang layak sebagai penerima,maka mereka layak untuk memohon program ini.


Kerajaan juga pada pembentangan Bajet 2017,telah mengumumkan insentif atau bayaran khas kepada penjawat awam berjumlah RM500 dan Pesara RM250 yang akan dibayar pada 3 Januari 2017. Insentif ini juga sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban kakitangan awam pada awal tahun lebih-lebih bermulanya musim awal persekolahan untuk tahun 2017. Sekalipun negara berhadapan dengan cabaran ekonomi dunia pada ketika ini yang agak tidak menentu,namun  usaha Kerajaan Barisan Nasional tidak sesekali mengabaikan kebajikan para penjawat awam dan pesara khasnya. Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri atas bayaran insentif  khas ini.


Pada 2016 lepas juga, Kerajaan Barisan Nasional melancarkan Projek "PAN BORNEO Highway" di Negeri Sabah. Projek ini adalah satu kebanggaan dan kejayaan kerajaan pemerintah dalam memastikan pembangunan serta kemudahan infrastruktur untuk rakyat Sabah dinaik taraf sepertimana "Highway" di Semenanjung Malaysia. Kerajaan Negeri Sabah dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima  Hj Musa Hj Aman selaku Ketua Menteri Sabah,telah banyak melakukan perubahan kepada Negeri ini dengan peranan beliau untuk memastikan Negeri Sabah membangun secara berterusan dari kawasan pedalaman hinggalah kawasan bandar utama dalam negeri ini.

Bila sebut soal politik semasa, UMNO Sabah tidak terkecuali menghadapi cabaran politik baru sejak tertubuhnya Parti WARISAN Sabah oleh bekas pemimpin UMNO YB Datuk Seri Hj Mohd Shafie Hj Apdal yang kini menjelajah ke seluruh pelusuk negeri ini berkempen mempromosi Parti WARISAN yang diasaskannya dengan tujuan untuk menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional Sabah. Sentimen politik yang dibawa oleh beliau, sedikit sebanyak memberi kesan kepada sebilangan ahli UMNO Sabah di negeri ini yang mana terdapat beberapa pemimpin UMNO dan ahli UMNO peringkat bahagian serta cawangan keluar dari UMNO untuk menyertai Parti WARISAN ini. Namun demikian, UMNO Sabah tidak gentar menghadapi situasi ini kerana UMNO Bahagian2 di 25 Parlimen negeri ini masih kukuh dan mantap dalam organisasinya. Kepercayaan yang diberikan oleh ahli-ahli UMNO kepada pucuk pimpinan UMNO negeri dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Hj Musa Hj Aman masih kuat dan akan terus berjuang mempertahankan Kerajaan Barisan Nasional di Negeri Sabah ini.

Dalam kesempatan ini juga,tidak saya lupakan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada Boss saya iaitu Tn Hj Khairul Firdaus Datuk Hj Akbar Khan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi merangkap Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Semoga jiwa kental dan perjuangan dalam memartabatkan ekonomi bumiputera dan belia di Parlimen Batu Sapi tercapai sekalipun ianya secara berperingkat-peringkat. Bersama terus berjuang semoga usaha-usaha murni serta kebajikan yang beliau lakukan selama ini mendapat berkat dan manfaat secara keseluruhannya.
Diringkaskan penulisan saya pada kali ini,tahun 2017 adalah tahun untuk kita ahli politik dan ahli parti untuk terus tekad bekerja dan berjuang demi memastikan UMNO dan Barisan Nasional kekal memerintah negeri ini dan Negara Malaysia secara amnya.
Sekian,wassalam.
Salam Perjuangan
YRH
 02 Januari 2017   11:00pm