Belajar Forex dengan saya

Saturday, December 28, 2013

UMNO CAWANGAN BOKARA BANTAH "HIMPUNAN GULING KERAJAAN"PADA 31 DISEMBER 2013 INI.

Seluruh pimpinan Jawatankuasa UMNO Cawangan Bokara Bantah Himpunan Guling Kerajaan yang dijadualkan diadakan pada 31 Disember 2013 ini.

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kesejahteraan Negera ini dipohon agar tidak terlibat dan tidak menyokong perhimpunan haram ini.

Negara mempunyai sistem pentadbiran dan undang2 Negara yang tersendiri dan Negara Malaysia adalah Negara yang berdaulat. Kepada mereka2 yang menjadi dalang ataupun menyokong perhimpunan seperti ini ,dipinta agar Pihak Polis Tangkap Mereka ini semua.

Thursday, November 28, 2013

Gelaran ‘Kucing Kurap’ : Jangan Lupa Jasa Kakitangan Awam

Gelaran ‘Kucing Kurap’ : Jangan Lupa Jasa Kakitangan Awam
Oleh : Azman Abas
KUALA LUMPUR, 27 Nov – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirleen melahirkan rasa sedih melihat istilah yang didakwa dibuat oleh Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi terhadap penjawat awam di negeri itu dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.
Menurut beliau istilah ‘kucing kurap’ bukanlah jalan terbaik dan penggunaan kata-kata yang mengguris hati seharusnya dielakkan kerana kakitangan awam juga merupakan sebahagian besar penyumbang kepada pentadbiran.
“Saya sendiri terguris sebab saya tahu sebahagian besar mereka ini penggerak pentadbiran..kenapa mereka harus diheret dalam kancah politik sebegini. Kalau marah sekalipun jangan guna perkataan yang mengguris hati orang.
“Jadi saya nasihatkan supaya ada tindakan yang diambil oleh pihak yang berkenaan supaya perbuatan kurang ajar macam ini jangan berulang lagi. Kita tidak pilih pemimpin mana…dalam soal ini beliau kena bertanggungajwab,” katanya kepada UMNO-Online.
Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerjaraya seterusnya menambah beliau terkejut dengan apa yang berlaku itu.
“Saya sangat terkejut mengenai perkara itu. Tentunya ramai yang marah termasuklah saya sendiri dan juga kakitangan awam lain tanpa beliau memikirkan sumbangan mereka ini kepada pentadbiran negara.
“Apa yang kita capai selama ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh mereka ini (penjawat awam). Jadi saya nasihatkan beliau kalau nak cari publisiti murahan janganlah sampai menyentuh hati…saya tengok ini tidak sepatutnya…pendekatan beliau itu tanpa memikirkan kesan,” ujarnya. -MediaUMNO
share from : www.umno-online.my

Jangan Jadikan Isu Islam Sebagai Mainan Politik.

Jangan Jadikan Isu Islam Sebagai Mainan Politik – Dr Fathul Bari
Oleh Wan Hafiz Hamzah
KUALA LUMPUR, 28 Nov – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Ustaz Dr Fathul Bari Mat Jaya meluahkan rasa hairan dan ragu apabila kepimpinan tertinggi Pas masih lagi tidak menyatakan pendirian rasmi parti tersebut berhubung tuntutan Comango, biarpun isu tuntutan gabungan NGO tersebut menjadi isu dasar yang diperbahaskan ketika muktamar Pas baru-baru ini.
Ujarnya, pendirian rasmi Pas berhubung isu tuntutan Comango ini amat penting kerana tuntutan yang dibuat oleh NGO tersebut amat jelas secara prinsipnya bertentangan dengan tuntutan Islam.
“Kita boleh lihat dalam beberapa hal yang terkandung di dalam tuntutan Comango ini suatu isu besar bagi umat Islam, seperti isu berhubung dengan Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual (LGBT), kesemarataan dalam agama yang ternyata bercanggah dengan prinsip Islam di negara ini.
fathul bari
“Biarpun ini isu yang bercanggah dan mengancam prinsip-prinsip Islam, tetapi mereka (kepimpinan Pas) tetap tidak bersuara. Maksud saya bersuara itu ialah menyatakan pendirian rasmi parti berhubung perkara itu secara tegas.
“Tetapi sebaliknya, dalam hal-hal yang kita cuba mencari titik persamaan sesama Islam, yang itu Pas dilihat lebih kerap bersuara untuk menimbulkan masalah khususnya dalam isu perpaduan sesama kita. Inilah yang membuatkan saya berasa amat hairan dan keliru dengan sikap kepimpinan Pas hari ini,” luah beliau kepada UMNO-Online disini hari ini.
Kata beliau lagi, contohnya ialah isu perpaduan umat Islam di mana yang terbaru, isu muzakarah antara UMNO dan Pas sekali lagi terbit dari kenyataan Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Haji Hadi Awang dalam ucapan penggulungan di muktamar Pas baru-baru ini.
“Kira-kira setahun yang lalu, ketika Presiden Pas menyatakan kesediaan kepimpinan Pas untuk bermuzakarah dengan sesiapa saja, termasuk UMNO, saya merupakan antara orang pertama yang secara terbuka menyahut tawaran tersebut.
“Namun akhirnya apa yang berlaku? Bila kita (UMNO) nyatakan persetujuan untuk bermuzakarah, ia berlalu sepi begitu saja. Sampaikan kita melalui ILMU, menghantar surat kepada pejabat Pas pusat dan sebagainya untuk menyatakan kesediaan kita bermuzakarah, tetapi sehingga ke hari ini tidak ada apa yang berlaku,” ujarnya.
Justeru itu, beliau meminta agar kepimpinan Pas tidak menjadikan isu muzakarah mahupun isu-isu yang melibatkan kepentingan Islam dan umatnya sebagai retorik politik sahaja.
“Jika kita nak buat muzakarah untuk kepentingan kaum muslimin, untuk kepentingan Islam, maka kita buat secara serius. Jangan jadikan ia semata-mata sebagai satu mainan politik. Apa yang penting, ialah bila berbicara soal kepentingan Islam, baik UMNO atau Pas kita mesti sepakat.
“Berbalik kepada isu Comango tadi. Mengapa kita tidak berdiri teguh bersama-sama menentang dalam isu ini, seperti mana kita boleh bersama-sama dalam isu Palestin, isu Syiria? Saya nak juga, di dalam isu Comango, UMNO dan Pas bersama-sama,” katanya.
Jangan hanya kerana ada terdapat beberapa tokoh politik Pakatan Rakyat yang terlibat dalam Comango, menyebabkan Pas sampai hari ini tidak berani bersuara. Pas perlu menyatakan pendirian mereka dengan tegas, tegas beliau lagi.
“Pas mesti bersuara secara tegas. Presidennya bersuara, Ketua Pemudanya bersuara. Tetapi hari ini, kita tidak mendengar suara mereka. Di mana suara Pas dalam isu yang melibatkan kepentingan Islam secara keseluruhnya ini,?”soalnya.
-MediaUMNO
share from : www.umno-online.my

Thursday, November 21, 2013

CADANGAN MELUPUSKAN KENDERAAN BERUSIA LEBIH 12 TAHUN DI NEGARA INI ADALAH TIDAK WAJAR! KAMI BANTAH!

Cadangan untuk menghadkan jangka hayat kereta pada pandangan saya adalah tidak wajar sama sekali.
Kita sedia maklum, kondisi kenderaan yang berusia lebih 10 atau 12 tahun ataupun lebih sememangnya tidak sama dengan kenderaan baru.
Akan tetapi tidak semua jenis kenderaan yang berusia lebih 10 tahun ke atas itu akan mempunyai kondisi yang teruk dari segi aspek keselamatan pemanduan, keupayaan enjin dan beberapa komponen utama yang lain.
Kondisi sesuatu kenderaan adalah bergantung kepada cara penjagaan pemiliknya. Jika pemiliknya peka terhadap komponen2 kenderaan yang perlu berada sentiasa dalam keadaan baik dan stabil,maka penyelenggaraan kenderaan tersebut mengikut jadual seharusnya dibuat. Ini akan memastikan jaminan serta kemampuan kenderaan tersebut berada di atas jalan.
Logiknya adalah, jika sebuah kenderaan baru memecut dengan kelajuan 110km/j dan kenderaan yang berusia lebih 10 tahun juga memecut dengan kelajuan yang sama, tidak mustahil pemandu yang menggunakan kenderaan baru itu tadi tidak cedera parah ataupun maut jika berlaku kemalangan. Apakah impak yang dialami pemandu kenderaan baru dengan kenderaan berusia lebih 10 tahun itu tidak sama?
Sebagai contoh kita bandingkan Proton Perdana V6 Lengkap dngan beg udara dan sistem brek ABS keluaran tahun 2003 VS Proton Preve 1.6 CFE Turbo lengkap dengan beg udara dan ABS keluaran 2013. Memecut dengan kelajuan 110km/j kemudian melanggar objek pegun seperti pokok. Apakah impaknya kepada pemandu kedua-dua kenderaan itu tidak sama?
Fikirkan.
Saya memberi pandangan bukanlah untuk menunjukkan kelemahan sesuatu cadangan yang dibuat oleh Kerajaan melalui wakil rakyat.Bagi saya cadangan itu tidak mustahil akan membebankan rakyat.
Beberapa pendekatan dan mekanisme terbaik dalam menangani isu kemalangan jalan raya atau yang berkaitan tidak seharusnya diselesaikan dengan membuat cadangan tanpa mengambil pendapat awam melalui suara ramai ataupun secara rawak melalui media massa.
Rakyat ingin melihat,cadangan perlaksanaan sesuatu dasar tidak kira peringkat bawah hingga ke peringkat antarabangsa, sedikit sebanyak impaknya akan dirasai oleh rakyat Malaysia.
Justeru itu, cadangan menghadkan jangka hayat kereta ini janganlah sampai dianggap sebagai cadangan ibarat "melepas batuk ditangga".
Rakyat kini dibebani kenaikan harga barang,minyak,bahan mentah,dll dan semuanya memerlukan peranan serta kebertanggungjawaban kerajaan untuk memastikan rakyat Negara ini tidak merempat di tanahnya sendiri.
Oleh yang demikian, saya sebagai salah seorang belia dan rakyat Malaysia menyarankan agar cadangan menghadkan usia kenderaan itu memerlukan kajian yang mendalam serta asas yang kukuh agar perlaksanaannya adalah untuk memudahkan rakyat dan bukannya menyusahkan rakyat.
Kerajaan ditubuh oleh rakyat, dan rakyat seharusnya mendapat keutamaan dalam apa2 dasar yang diputuskan.
1Malaysia,Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Sunday, November 10, 2013

Typhoon Haiyan / Yolanda Landfall Update

http://www.youtube.com/v/VmqMfEUNdNA?version=3&autohide=1&autoplay=1&showinfo=1&attribution_tag=JOKODmShwBkgkHACRliyYw&feature=share&autohide=1

Tuesday, November 5, 2013

Selamat menduduki peperiksaan STPM dan SPM kepada semua para pelajar yang bakal menjalani ujian tersebut pada 6 November 2013.

UMNO Cawangan Bokara dan GBBS Sabah Mengucapkan selamat dan semoga berjaya menduduki serta menjawab soalan peperiksaan STPM dan SPM kepada semua pelajar yang menjalani ujian tersebut.

Semoga tenang dan berjaya hendaknya. InShaAllah.

Sunday, November 3, 2013

Bangunan Lama di Bandar Sandakan perlu dicat baru untuk mengindahkan pemandangan bandar.

Antara bangunan lama di bandar Sandakan yang perlu di cat baru.

Selamat Pengantin Baru Sitti Khadijah dan Mohd Faizam

Menghadiri Majlis Perkahwinan Sitti Khadijah dan Mohd Faizam bertempat di Sabah Hotel pd 03 November 2013 jam 7 malam.

Wednesday, October 30, 2013

Selamat Menyambut Awal Muharram dan Salam Ma'al Hijrah 1435H

Assalammualaikum semua,
Dikesempatan ini saya dan meodrator Blog Rasmi UMNO Cawangan Bokara dengan ini mengucapkan Selamat Menyambut Awwal Muharram dan Ma'al Hijrah 1435H.
Semoga di tahun baru ini, akan membuka lembaran baru dan lebih membawa kepada keberkatan khas untuk kita semua. Setahun yang lalu pastinya meninggal seribu detik kenangan manis dan pahit serta suka duka kehidupan seharian yang dilalui.
Semoga pada tahun baru ini ALLAH SWT memakbulkan doa kita semua.Amiinnnnn....

Sunday, October 27, 2013

Terima kasih kepada Pimpinan Pemuda UMNO Batu Sapi.

Sekalung penghargaan daripada saya kepada para perwakilan yang telah menyokong saya dan mengundi sekalipun saya tewas pada pemilihan Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi yang berlangsung pada 12 Oktober 2013 bertempat di Dewan Tadika CHI HWA Sandakan.
Keputusan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi iaitu Sdr.Hj Khairul Firdaus Datuk Hj Akbar Khan untuk melantik saya menganggotai jawatankuasa pemuda bahagian adalah suatu pengiktirafan beliau terhadap khidmat bakti saya demi memperkasan perjuangan UMNO diperingkat pemuda.
Saya ucapkan terima kasih,dan dalam satu penggal ini saya akan beri khidmat terbaik kepada pemuda bahagian serta pemuda-pemuda cawangan khasnya. InShaaAllah dilain masa, saya akan teruskan perjuangan ini dan tidak akan putus asa.
#Yasser Rashdan

Tuesday, July 23, 2013

Haji Mohd Rizki Hj Aliong, dipilih sebagai Pengerusi Masjid Nurussholihin yang baru.

29 Jun 2013, betempat di perkarangan Masjid Nurussholihin Kg.Bokara Sandakan,satu mesyuarat pemilihan jawatankuasa masjid yang baru telah diadakan. Mesyuarat tersebut telah memutuskan untuk memilih Tn Haji Mohd Rizki Haji Aliong sebagai pengerusi masjid yang baru menggantikan Hj Zainal Bin Rajan. Pemilihan kali ini adalah julung kali berlaku kerana golongan muda telah menempah tempat untuk mentadbir masjid diperingkat kampung. Harapan sebagai penduduk,diharap dengan pembentukan jawatankuasa baru ini akan lebih mencorakkan masjid kearah kegemilangan dan lebih baik pentadbirannya dari sebelum ini. Tahniah..selamat menjalankan tugas.

Friday, June 28, 2013

Pemilihan UMNO Guna Sistem “Electoral College”

Pemilihan UMNO Guna Sistem “Electoral College”

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Pemilihan UMNO yang bakal diadakan hujung tahun ini akan mengadaptasi sistem ‘Electoral College’ yang menggabungkan sistem pemilihan dari Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Tan Sri Tajol Rosli Ghazali berkata sistem itu dilihat sesuai dilaksanakan pada pemilihan pucuk pimpinan parti itu  yang akan melibatkan 146,500 anggota peringkat akar umbi.

“Cara pemilihan kita berlainan sedikit daripada yang lalu. Kita akan menggabungkan sistem Amerika dengan sistem yang ada di United Kingdom.

“Kali ini satu bahagian ada satu undi. Misalnya,  A dan B bertanding jawatan presiden, A menang maka A peroleh 1 undi,” katanya ketika berucap pada Taklimat Kaedah dan Pelaksanaan Pemilihan Ahli Jawatankuasa Bahagian peringkat Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.



Tajol yang juga bekas menteri besar Perak berkata berdasarkan sistem itu, jika terdapat dua calon memperolehi jumlah undi sama, keputusan bergantung kepada undi daripada setiap 191 bahagian seluruh negara.

Beliau berkata penggunaan kaedah baharu ini mencerminkan proses pemilihan yang lebih demokratik dan inklusif apabila melibatkan lebih ramai ahli terlibat dalam proses pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti.

Jika sebelum ini hanya 13 wakil daripada setiap bahagian memilih anggota Majlis Tertinggi, tetapi kali ini ahli di peringkat bahagian juga boleh memilih calon mereka, katanya.

“Ini adalah kaedah dan peraturan baharu yang akan dilaksanakan pada pemilihan hujung tahun ini selepas pindaan perlembagaan parti diluluskan pada 2009.

“Ini juga membuktikan keterbukaan dan UMNO sedia melakukan perubahan supaya ia terus kekal relevan dan perkasa berdasarkan landskap politik yang kian mencabar,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh berkata jawatankuasa pemilihan akan membentangkan kaedah pemilihan kepada pengurusan parti sebelum dibawa kepada Majlis Kerja Tertinggi UMNO selepas selesai taklimat di semua negeri.

Taklimat yang diberikan adalah untuk memperincikan kaedah pemilihan selepas pindaan perlembagaan parti yang baharu, katanya.

“Kita menerima segala cadangan dan pandangan untuk memastikan kaedah baharu ini bagi memilih jawatankuasa tertinggi yang akan diberikan kuasa kepada peringkat cawangan dapat berjlan mengikut kaedah yang diputuskan dalam pindaan perlembagaan yang diluluskan pada 2009,” katanya.

Ab Rauf berkata sekiranya waktu mencukupi, satu simulasi pemilihan akan dijalankan sebelum proses pemilihan dijalankan serentak di seluruh bahagian.

“Kalau tidak (cukup waktu), kita akan berikan satu penerangan khas sebelum perjalanan persidangan di peringkat bahagian memilih majlis tertinggi diadakan,” katanya.

Tarikh pemilihan peringkat cawangan diputuskan iaitu dari 15 Julai hingga 31 Ogos, manakala tarikh pemilihan peringkat bahagian dan pimpinan tertinggi parti belum ditentukan.

share from : www.umno-online.my

Friday, May 31, 2013

Tahniah kepada Sdr.YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar atas perlantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang baru.

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bokara dan Kepimpinan Gabungan Belia Batu Sapi (GBBS Team) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Sdr.Yb Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga Ahli Parlimen Rembau telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia atas Perkenan DYMM SPB YDP Agong baru-baru ini.
GBBS Team mengalu-alukan kepimpinan Sdr.YB Khairy memegang jawatan sebagai Menteri KBS yang baru dan perlantikan ini adalah selaras dengan citarasa serta kehendak belia masa kini.
Tahniah sekali lagi diucapkan,selamat menjalankan tugas dan kami di GBBS Team serta Pemuda UMNO senantiasa berada dibelakang YB Khairy bagi membantu serta memberikan kerjasama dalam memartabatkan peranan belia khususnya.
Ikhlas daripada,
YASSER RASHDAN HAMDAN Pengerusi Gabungan Belia Batu Sapi,Sabah (GBBS Team)
Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bokara.

Pentadbiran Kampung perlu sejajar dengan kehendak penduduk!

Selaku Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bokara, saya ingin mengemukakan cadangan kepada ADUN N.44 Karamunting yang baru iaitu YB Mr.Charles O Pang Su Pin yang telah kita beri kemenangan kepada beliau agar mewakili rakyat kawasan DUN Karamunting agar kesemua jawatan peringkat Kampung iaitu Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK dipilih secara suara pungutan undi para penduduk disetiap mukim DUN Karamunting.
Ini adalah bertujuan bagi memastikan kewibawaan wakil rakyat baru ini tidak akan dipertikai lagi oleh mana-mana pihak. Sejajar dengan dasar demokrasi, para pengundi yang juga rakyat wajar pada kali ini diberi peluang untuk menentukan wakil Pentadbir kampung iaitu Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK ini diberikan kuasa menentukan 'Siapa Pilihan Mereka'.
Bagi pihak Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bokara dan juga kepimpinan Gabungan Belia Batu Sapi (GBBS Team) dikesempatan ini mengucapkan Tahniah atas kemenangan dipilih sebagai wakil Rakyat N.44 Karamunting atas sokongan Pengundi Melayu di DUN Karamunting dan sokongan kuat Jentera UMNO Bahagian Batu Sapi.
YASSER RASHDAN HAMDAN Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bokara merangkap Pengerusi Gabungan Belia Batu Sapi,Sabah GBBS Team.

Wednesday, April 17, 2013

Tahniah kepada Datuk Haji Samsudin Yahya Calon Barisan Nasional N,43 Sekong

Jawatankuasa dan pimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bokara mengucapkan tahniah kepada Calon Barisan Nasional Datuk Haji Samsudin Yahya yang telah dipilih semula sebagai Calon mewakili BN untuk kali ke-3 pada Pilihanraya umum ke-13 kali ini. Di bawah pimpinan dan semangat setiawaan dalam UMNO maka Pemuda Bokara akan membantu Datuk Haji Samsudin Yahya selaku Calon mewakili Parti Barisan Nasional. admin.

Friday, March 29, 2013

Jangan Terikut Stail Politik Longkang Pakatan Pembangkang – Khairy

Oleh : Wan Hafiz Hamzah KUALA LUMPUR, 16 Mac – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Malaysia, Khairy Jamaluddin meminta semua aktivis siber Pemuda BN agar tidak terikut-ikut dengan pendekatan politik longkang pakatan pembangkang yang lebih suka menabur fitnah dan tohmahan yang tersebar luas di dalam media sosial hari ini. Menurut beliau, aktivis siber Pemuda BN perlu lebih berhemah dalam usaha menyebarkan maklumat bagi menangkis fitnah dan tohmahan dengan disertai hujah yang berdasarkan fakta-fakta, bukti yang sahih dan benar. “Kita tak perlu terikut-ikut untuk main politik longkang sepertimana mereka dari pakatan pembangkang. Jelas pada kita hari ini, mereka dari pembangkang cukup mudah menabur tohmahan dan fitnah dalam dunia siber. Kalau pakatan pembangkang suka main politik longkang sebegitu, biarkan mereka dengan cara mereka. “Saya yakin rakyat juga tidak bersetuju dan menentang politik longkang pakatan pembangkang hari ini. Justeru itu, aktivis siber Pemuda BN, yang juga menjadi penyebar maklumat dalam dunia media baru hari ini perlulah lebih baik, lebih mulia dan lebih berhemah pendekatannya berbanding dengan mereka dari pakatan pembangkang,” tegas beliau ketika berucap di dalam program Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN di Royale Bintang Damansara, Kota Damansara hari ini. Selain itu, beliau juga menegaskan penyampaian aktivis siber Pemuda BN perlulah dengan cara yang lebih baik dan berhemah yang dapat menawan hati dan minda rakyat bagi mempermudahkan penerimaaan rakyat terhadap maklumat yang disalurkan. “Kalau kita dapat memberikan hujah yang penuh dengan statistik, bukti yang jelas dan kukuh, maka tidak ada siapa yang boleh sanggah maklumat yang kita berikan. Maka dengan itu, kita dapat mempengaruhi dan merasionalkan pemikiran rakyat dengan fakta dan bukti sahih yang kita sebarkan melalui media sosial hari ini. “Tetapi kita perlu ingat, dalam menawan hati dan minda rakyat, kita bukan sekadar memerlukan fakta yang kukuh, atau bukti yang jelas, tetapi cara dan corak penyampaian kita dengan berhemah juga amat penting untuk memastikan maklumat yang ingin kita sampaikan itu menyentuh hati rakyat terutamanya pada golongan muda,” katanya. Program Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN dihadiri oleh lebih 500 aktivis BN Youth Cyberteam (BNYCT) dari seluruh pelusuk negara ini yang turut menyaksikan pelancaran aplikasi BN Youth untuk pengguna telefon bimbit yang menggunakan sistem Android. Manakala bagi pengguna Iphone dan Blackberry, aplikasi ini boleh dimuat turun dalam masa yang terdekat. Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN ini turut dihadiri oleh pemimpin pemuda parti komponen antaranya Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong, Ketua Pemuda PPP, Haridz Mohan, Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Lian, Ketua Pemuda Gerakan Pahang, Ong Boon Hong, bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, dan beberapa pemimpin BN yang lain.- MediaUMNO

Satu Briged PGA Ditempatkan Di ESSZONE- Hishammuddin

Satu Briged PGA Ditempatkan Di ESSZONE- Hishammuddin KUALA LUMPUR, 25 Mac – Satu briged Pasukan Gerakan Am (PGA) akan diletakkan di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) bertujuan memperkukuh ketenteraman awam dan kesejahteraan penduduk di kawasan itu. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata penempatan PGA itu sebagai kekuatan tambahan kepada lima batalion Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditempatkan di kawasan berkenaan. “Kita akan tambah briged PGA itu di peringkat polis yang ada di Sabah dan bergabung dengan lima batalion ATM untuk memperkukuhkan Sabah,” katanya kepada pemberita selepas majlis peringatan Hari Polis ke-206 di sini, hari ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan ESSZONE membabitkan daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau yang berkuat kuasa hari. Berikutan itu, jumlah polis sokongan di negeri berkenaan dijangka ditambah selain memperluas Unit Rondaan Bermotosikal (URB). “Kita sedang fikir untuk menambah polis sokongan di estet-estet dan kawasan Felda di Sabah dan perluaskan URB seluruh negara yang mana di Sabah, URB akan beroperasi di taman-taman perumahan termasuk di Sandakan dan Kota Kinabalu,” kata Hishammuddin. URB menggunakan motosikal Kawasaki Ninja berkuasa 250 cc. Daripada 1,000 unit yang diperuntukkan untuk peringkat awal, 560 dibekalkan kepada polis di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang, manakala baki akan diagih secara berperingkat bagi tujuan rondaan di kawasan perumahan dan perniagaan. Hishammuddin berkata perdana menteri turut meluluskan peruntukan untuk pembelian tambahan motosikal itu kerana yakin terhadap kemampuan URB dalam mengurangkan jenayah. Dalam pada itu, beliau berkata tujuh balai polis akan dibina di pulau-pulau strategik, manakala tempat keluar masuk yang dikenal pasti akan mempunyai pusat kawalan imigresen serta Kompleks Kastam dan Kuarantin (CIQ). Menurutnya, tiga balai polis sementara menggunakan kabin telah tiba di Lahad Datu dan akan beroperasi dalam masa terdekat sementara menunggu pembinaan tujuh balai polis tetap. Mengenai rakyat di Sabah yang terpaksa dipindahkan bagi tujuan keselamatan, Hishammuddin berkata beberapa lokasi telah dikenal pasti bagi tujuan itu dan lokasi tersebut boleh diterima penduduk terlibat. Antara kawasan terlibat ialah perkampungan air dan beberapa kawasan perkampungan di bandar yang menjadi kawasan panas jenayah, katanya sambil berharap tiada pihak cuba mengambil kesempatan untuk melaga-lagakan penduduk berhubung perkara itu. share from www.umno-online.my

Dulu Salah Kira, Sekarang Silap Taip.. Guan Eng Memang Pakar Akauntan Putar Angka

Dulu Salah Kira, Sekarang Silap Taip.. Guan Eng Memang Pakar Akauntan Putar Angka Dulu Salah Kira, Sekarang Silap Taip.. Guan Eng Memang Pakar Akauntan Putar Angka Oleh: Azlina Rosdy PULAU PINANG, 29 Mac – Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus dibidas berhubung alasan tersalah taip kos pembinaan projek teorowong dasar laut di Pulau Pinang. Menurut Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaikh Hussein Mydin, Guan Eng yang mempunyai latar belakang sebagai akauntan menjadikannya seorang pakar kreatif memanipulasi akaun dan angka. Kerana itulah kata beliau Guan Eng amat gemar menggunakan angka dalam setiap kenyataan yang diberi. “Ini bukan kali pertama dia mengelirukan rakyat dengan angka. Jika kita tidak pandai, memang kita akan menerima apa sahaja kenyataan Guan Eng tetapi apabila terperangkap, alasan tidak logik akan diberikan. Dengan latar belakang seorang akauntan, menjadikan dia amat pakar untuk memanipulasi angka. “Amatlah tidak masuk akal alasan yang diberinya iaitu salah taip. Dulu semasa pemilihan Jawatan Kerja Pusat (CEC), alasannya salah kira, kali ini salah taip dan Guan Eng mahu semua orang menerima alasannya ini. Adakah patut seorang Ketua Menteri mengulangi kesalahan yang sama berulangkali dan memberikan alasan tidak munasabah bila terperangkap. “Kemudian seperti biasa mereka akan salahkan Barisan Nasional (BN). Yang boleh buat salah mereka tetapi orang lain tidak boleh. Jika kita tidak desak sudah pasti kehilangan RM2.25 billion tidak akan diketahui rakyat. Adakah DAP menganggap rakyat begitu bodoh?,” ujarnya kepada UMNO-Online. Tambah Shaikh Hussein, inilah rupa sebenar DAP. “Mereka hanya mahu kelirukan rakyat kononnya kos sebenar yang diumumkan melebihi RM8 billion telah dapat dikurangkan kepada RM6.3 billion. Tetapi DAP lupa, jumlah sebenar yang telah diumumkan terlebih dahulu untuk pembinaan terowong dasar laut dan tiga lebuh raya adalah RM4.08 billion. “Apabila BN Pulau Pinang terus mendesak berkenaan peningkatan jumlah kos ini barulah mereka membuat kenyataan kononnya salah taip. Logik ke alasan seperti ini? Layakkah orang seperti ini mahu memimpin negara? “Sekiranya nanti apabila mereka telah mendapat mandat memimpin negara dan perkara seperti ini terjadi, adakah alasan bodoh seperti itu juga mahu diberikan kepada rakyat… Jadi, pada PRU-13 akan datang saya berharap rakyat tidak akan silap ketika mengundi. “DAP harus disingkirkan dari negeri ini kerana mereka tidak layak terus memegang tampuk pemerintahan Pulau Pinang. Di tangan mereka, ekonomi negeri ini turut merudum,” ujarnya lagi. - MediaUMNO