Belajar Forex dengan saya

Sunday, December 16, 2012

Parti Komponen BN Yang Kecil Penting Untuk Pastikan Kemenangan Besar Dalam PRU-13, Kata Najib

Parti Komponen BN Yang Kecil Penting Untuk Pastikan Kemenangan Besar Dalam PRU-13, Kata Najib SANDAKAN, 16 Dis – Semua parti komponen Barisan Nasional (BN), termasuk yang kecil adalah penting bagi memastikan kemenangan besar pada pilihan raya umum akan datang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. “Dalam tempoh berbaki (yang singkat) ini…tidak ada lagi masa untuk kita bertelagah. Kita mestilah bergerak sebagai satu pasukan bagi mencapai kemenangan,” kata Perdana Menteri. Berucap pada majlis perasmian Kongres Parti Liberal Demokratik (LDP) di sini hari ini, Pengerusi BN itu berkata dalam hal ini, beliau menghargai kesetiaan LDP yang menjadi anggota BN sejak dua dekad lepas. Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, presiden LDP Datuk VK Liew dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Najib menyambut baik kehadiran Mahathir ke kongres itu yang menurutnya menunjukkan “beliau adalah seorang pemimpin yang sanggup berkorban dan sayang kepada BN yang memperjuangkan kepentingan rakyat”. “Sebagai bekas perdana menteri, Tun Mahathir boleh memilih beriadah pada hari minggu namun beliau datang ke Sandakan bersama kita. Mesejnya ialah meskipun tiada jawatan…meskipun tidak terpilih calon kita tetap menyokong BN,” katanya. Sambil menyifatkan 13 anggota parti komponen BN itu sebagai anak, beliau berkata bukan mudah untuk mengurus segala-galanya terutama memberi kepuasan kepada semua. “Namun dengan adanya tolak ansur maka 13 orang anak ini hidup dalam keadaan aman damai. Inilah kelebihan BN berbanding pembangkang, kita kuat kerana kita bersatu dan bekerjasama sebagai sebuah keluarga,” katanya. Najib berkata kawasan Sandakan, yang merupakan pinta masuk (gateway) ke Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina BIMP-EAGA, mempunyai masa depan yang cerah di bawah BN. “Seperti yang dicadangkan oleh presiden LDP (VK Liew), tiada masalah kita naiktaraf lapangan terbang Sandakan…cadangan bina jalan pintas Libaran pun saya setuju. Namun, pada masa yang sama, rakyat di sini harus memberi sokongan kepada kerajaan BN,” katanya. Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Sandakan memberi sokongan padu kepada BN, sekaligus mempertahankan kerusi Parlimen Sandakan pada pilihan raya umum akan datang. Beliau berkata BN merupakan pilihan terbaik untuk rakyat negara ini terutama di Sabah. “Apa juga janji BN, kita akan deliver (tunaikan). Misalnya dalam pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi yang lalu, janji kita…kita deliver. Saya gembira kerana Sabah memberi respon yang baik kepada BN. “Sebelum ini, apabila saya kata Sabah adalah ‘fixed deposit’ untuk BN…pihak pembangkang ajak rakyat Sabah simpan di tempat lain, namun the best interest is still the Barisan Nasional,” katanya share from www.umno-online.my

Thursday, December 6, 2012

Beranikah Pas Sahut Cabaran Jadikan Hudud Sebagai Manifesto?

Beranikah Pas Sahut Cabaran Jadikan Hudud Sebagai Manifesto?

KUALA LUMPUR 6 Dis – Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris hari ini mempersoalkan ke mana hilangnya suara golongan ulama yang berada dalam Pas untuk mendesak agar  Hudud dimasukkan di dalam manifesto serta Buku Jingga pakatan pembangkang bagi menujukkan kesunguhan mereka dalam isu berkenaan.
Menurut beliau jika pihak lain dalam parti itu mengunci mulut mereka berkenaan dengan perkara tersebut, ianya bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana seperti diketahui umum matlamat mereka adalah untuk menumbangkan BN dan menuju Putrajaya.
“Jika golongan itu tidak berbunyi saya tidaklah rasa janggal atau pelik…tetapi yang menimbulkan persoalan adalah golongan ulama juga senyap dan sunyi sepi walaupun diasak dan didesak oleh pelbagai pihak menyatakan perkara berkenaan.
“Kita nak tahu jugalah sejauh mana keseriusan golongan ulama dalam Pas bersuara dalam hal berkenaan. Kita nak tengok Hudud dimasukkan di dalam manifesto atau sekurang-kurangnya dalam Buku Jingga,“ katanya kepada UMNO-Online di sini.
Kata beliau lagi jika perkara itu tidak kelihatan dalam masa terdekat, golongan ulama tidak perlu menyalahkan pihak lain sekiranya timbul pelbagai gelaran kerana mereka sendiri yang menunjukkan sikap mereka.
Tambah beliau lagi suara akar umbi juga menyatakan perkara yang sama apabila Pas hari ini sudah jauh daripada matlamat asal setelah melihat kuasa dan kepentingan politik semata-mata.
“Inilah yang berlegar di akar umbi…..Mereka pun sangsi dan mula keliru apakah matlamat sebenar Pas hari ini…Apakah matlamat mengejar kuasa, perjuangan segala-galanya dipadamkan begitu sahaja.
“Kita nak tengok keseriusan mereka dalam isu Hudud ini….Kita nak tengok mereka lantang dalam soal ini dan bukan hanya sekadar lantang mengutuk serta memfitnah UMNO dengan pelbagai tohmahan. Buktikan diri mereka dahulu,“ katanya. -MediaUMNO

share from www.umno-online.my

Tuesday, December 4, 2012

BN Yakin Menang Majoriti Dua Pertiga – Najib

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) yakin akan memperoleh majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang. Perdana menteri, yang juga presiden UMNO berkata BN, gagasan yang memerintah dengan UMNO sebagai tonggak utama, akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat itu. “Inilah sasaran kami, untuk mencapai majoriti dua pertiga, dan kami akan berusaha sedaya upaya untuk melaksanakannya,” katanya pada sidang akhbar selepas menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2012 di sini hari ini. Najib menyuarakan keyakinan bahawa momentum dan semangat parti yang terhasil daripada perhimpunan itu akan dapat dikekalkan sehingga pilihan raya umum. “Momentum adalah baik dan saya pasti, saya amat yakin bahawa mereka (perwakilan Umno) akan membawa pulang semangat perhimpunan ini…mood perhimpunan keseluruhannya amat bertenaga,” katanya dan menambah UMNO sedia untuk ‘berperang’. Ditanya bagaimana UMNO akan menangani sabotaj dalam parti, Najib yakin anggota UMNO akan bertindak rasional dan tidak akan merosakkan parti jika mereka benar-benar sayangkan UMNO. “Kalau dalam hati dia sayangkan UMNO dan dalam minda dia tahu bahawa sesuatu perbuatan seperti itu boleh merosakkan parti, merosakkan dia juga, saya percaya dia akan bertindak secara rasional,” katanya. Dalam ucapan penggulungannya, Najib melontarkan soalan ‘cepumas’ penuh bermakna bagi menguji tahap kesediaan anggota UMNO untuk menyokong parti sekiranya mereka tidak terpilih sebagai calon pilihan raya umum ke-13 nanti. Lima kemungkinan ditawarkan beliau bagi menjawab soalan cepumas yang sarat dengan mesej itu — sokong sepenuhnya calon dipilih parti; sokong; tidak bekerja; sabotaj; atau lompat parti. Dalam ucapannya itu, beliau menyebut terdapat kes menteri dan timbalan menteri yang mengkhianati parti kerana gilakan kuasa setelah tidak lagi diberi jawatan. share from www.umno-online.my