Belajar Forex dengan saya

Friday, December 4, 2015

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2015 KALI INI DILUAR KEBIASAAN



PERHIMPUNAN AGUNG UMNO (PAU) 2015 yang adakan diadakan pada 08 - 12 Disember 2015 pada kali ini pastinya menyaksikan suatu suasana berbeza berbanding PAU sebelumnya. Ini adalah kerana julung kalinya  PAU kali ini dihadiri oleh YB Tan Sri Muhyiddin Yassin Bekas Timbalan Perdana Menteri yang kini masih menjawat jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO termasuk juga seorang lagi Bekas Menteri Penuh iaitu YB Datuk Seri Mohd Shafie Hj Apdal yang kini masih lagi menjawat jawatan sebagai Naib Presiden.

Apa yang dinantikan adalah semestinya amanat YAB Presiden UMNO Datuk Seri Panglima Hj Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak ,bukan saja pada pra perwakilan akan tetapi pada seluruh saf kepimpinan pasti dan 3 juta ahli UMNO yang lain.


Sebagai salah seorang Ahli UMNO dan juga Seorang Ketua Cawangan serta AJK Pemuda UMNO Bahagian Batu Sapi, saya mempunyai pandangan tersendiri mengenai kemelut dalaman pucuk pimpinan Parti di peringkat pusat.

Kita sedia maklum,akhir2 ini YB Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) seringkali secara terang menegur dan mengkritik beberapa perkara yang melibatkan dasar-dasar kerajaan termasuk kemelut hutang 1MDB serta beberapa perkara yang dibangkitkan beliau. Akan tetapi,pada pandangan saya TSMY sememangnya mempunyai hak dan tanggungjawab bukan sahaja kepada Parti UMNO malah kepada rakyat dan Negara Malaysia itu sendiri.

Bagi diri saya sendiri, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak juga mempunyai tanggungjawab dan amanah besar yang dipikul  bukan sahaja untuk rakyat dan Negara malah masa depan Parti UMNO dan bangsa Melayu itu sendiri. Sewajarnya kita sebagai pimpinan akar umbi diperingkat Cawangan dan Bahagian harus memberi peluang kepada beliau untuk membetulkan serta menolak persepsdi negatif bukan sahaja terhadap UMNO dan Barisan Nasional malah kepada diri beliau sendiri selaku Perdana Menteri.

Sememangnya kita sedia maklum,Tun Dr Mahathir Mohamad juga dengan lantang bersuara malah mendesak agar YAB Datuk Seri Najib berundur dari pucuk pimpinan Parti dan Kerajaan. Mungkin pada pandangan Tun M terlalu banyak kegagalan yang dilakukan oleh  Perdana Menteri sejak mengambil tampuk pemerintahan dan pimpinan pada April 2009 yang lalu.

Sungguhpun begitu,bersamalah kita memastikan agar perang dingin pucuk pimpinan Parti ini reda dengan segera dan dapat merapatkan saf perjuangan bersama kembali. Kita semua mesti memastikan agar kepercayaan rakyat ini kembali kepada kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO.

Kita berharap perjalanan PAU 2015 pada kali ini menyaksikan perpaduan dan penyatuan semua pimpinan UMNO tak kira apa peringkat sekalipun demi kelangsungan perjuangan wadah sebuah bangsa yang telah memerdekan tanahair tercinta yakni Malaysia.


Selamat Bersidang.



YASSER RASHDAN



No comments: