Belajar Forex dengan saya

Tuesday, October 6, 2009

Berapakah Usia Pokok Ara dan Pokok Bamboo (buluh) di bukit bokara ?





" Berapahkah usia Pokok Ara dan Pokok BAmboo di Bukit Bokara ini? Saya berpendapat pokok nih dah berusia hampir 100 tahun, (saya agak jer) ,pokok nih ikut cerita orang tua-tua, pokok ara nih dah sangat tua dan ianya telah ujud di kampung bokara ni sejak sekian lama. apapun pendapat, yang pastinya Pokok ni sduah lama di bukit bokara dan masih ujud hingga kini. "

Monday, October 5, 2009

" Majlis Aidilfitri UMNO Cawangan Kg.Bokara "







" Majlis Aidilfitri pada 27.09.2009 yang dikelolakan oleh Jawatankuasa UMNO Cawangan Kg.Bokara bersama Penduduk Kampung ini adalah hasil cetusan idea Ybhg.Tuan Haji Faisal Tan Sri Datuk S.P Haji Ampong yang juga Ketua UMNO Cawangan Kg.Bokara. Tujuan majlis aidilfitri ini diadakan bukan sahaja untuk merapatkan lagi talisilaturrahim sesama ahli malah juga dikalangan penduduk setempat. Selaras dengan Gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian diUtamakan, Majlis Aidilfitri ini juga salah satu program untuk rakyat khususnya di Kampung Bokara bagi bertujuan mendekati rakyat. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran dua orang pemimpin iaitu YB Datuk Peter Pang En Yin Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.44 Karamunting serta YBHG. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Ampong Haji Puyon Ketua UMNO Bahagian Sandakan. Dalam Majlis tersebut, Tuan Haji Faisal selaku Pengerusi Pelaksana, Ybhg.Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Ampong dan YB Datuk peter Pang En Yin sempat meluangkan masa untuk memberikan ucapan dan sepatah dua kata kepada para ahli dan juga penduduk kampung yang hadir."



" Jawatankuasa Pelaksana Majlis ini ialah :-
Pengerusi : Tn Haji Faisal Tan Sri Datuk S.P Haji Ampong
Timbalan Pengerusi : Hamdan Haji Dikong
Setiausaha : Hajah Abdah Haji Kasim
AJK Kecil : Haji Jailang Milaham
: Norlela Haji Bakri
: Juraidah Hamdan
: Saleha Gaus
: Hajah Sapiah Haji Omar Ali
: Haji Amir Hashim Haji Ahmad
: Yasser Rashdan Hamdan