Belajar Forex dengan saya

Wednesday, July 26, 2017

Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Batu Sapi 2017 berjalan lancar

23.07.2017 - Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Batu Sapi 2017 telah disempurnakan oleh Ybhg Encik Jamawi Jaafar Ketua Penerangan Pemuda UMNo Malaysia yang bertempat di Sabah Hotel Sandakan.

Mesyuarat tersebut sebulat suara mengusulkan agar calon PRU untuk Parlimen Batu Sapi wajar dikemukakan calon baru berstatus Bumiputera Islam jika kerusi untuk parlimen Batu Sapi tidak beri peluang kepada UMNO untuk mengemukakan calon.

Ini adalah berikutan kegagalan demi kegagalan wakil rakyat BN (PBS) Yb Datuk Linda Tsen Thau Lin yang dalam menangani isu masalah Kontraktor bekalan elektrik C3 Power yang tidak melunaskan tunggakan hutang kepada SeSB menyebabkan 3 buah kampung di Batu Sapi bergelap  dalam tempoh yang lama,dan banyak lagi isu setempat yang gagal di ambil berat pihak beliau.

Hanya wakil rakyat UMNO serta Barisan Kepimpinan UMNO Batu Sapi yang di Ketuai Oleh YB Datuk Hj Samsudin Yahya bersama  Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi Ybhg Hj Khairul Firdaus Datuk Hj Akbar Khan kerap kali turun padang membantu mendengar keluhan penduduk serta membuat desakan kepada pihak2 berwajib agar tampil memberikan penjelasan sekaligus menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk.

Antara lain, mesyuarat perwakilan juga telah memilih 2 orang wakil ke Pesidangan Pemuda UMNO Malaysia 2017 di PWTC iaitu,Sdr Cikgu Andi Supratman Andi Mustafeng dan Sdr Yasser Rashdan Hj Hamdan bagi mewakili pemuda umno batu sapi.

Ketua Pemuda Batu Sapi juga turut menyumbangkan 80 set jersi kepada 80 ketua2 Pemuda Cawangan mewakili cawangan pemuda masing2 di bahagian batu sapi.

Tuesday, April 25, 2017

Program Santai bersama wakil rakyat N.44 Karamunting anjuran UMNO Cawangan Bokara.



YB Datuk Charles Pang dan Sdr Yasser Rashdan merakamkan gambar kenangan bersama 
ahli-ahli Cawangan UMNO yang hadir.

Pada 23 April 2017 (Ahad),jam 10:30 pagi, satu program "Santai Bersama Wakil Rakyat" yang dianjurkan oleh Jawatankuasa UMNO Cawangan Kg.Bokara telah diadakan di kediaman Ketua Cawangan yang mana program ini adalah bertujuan bagi memastikan hubungan wakil rakyat dengan para pengundi khasnya dikalangan ahli-ahli UMNO Cawangan lebih erat berbanding sebelumnya.
        Setelah 4 tahun berkhidmat sebegai wakil rakyat, inilah julung-julung kalinya YB Datuk                     Charles O Pang turun padang bersuai kenal dengan ahli-ahli UMNO Cawangan Kg.Bokara.
Usaha ini diadakan agar kelemahan dalam pentadbiran wakil rakyat sebelum dapat diatasi ekoran sikap segelintir pegawai-pegawai di UPPM N.44 tidak menitik beratkan fungsi serta peranan Keytua-ketua cawangan terhadap wakil rakyat.
 Dalam program tersebut juga, YB Datuk Charles O Pang telah menghulurkan sumbangan berupa wang tunai dan beras kepada 18 orang penerima iaitu terdiri daripada fakir,warga tua,balu dan ibu tunggal. Turut memberikan sumbangan peribadi ialah Ketua Cawangan sdr Yasser Rashdan kepada 10 orang warga tua yang turut hadir.




Tuesday, April 4, 2017

YB Datuk Charles O Pang berjanji perbaiki kelemahan sepanjang pentadbiran jika dicalonkan semula dalam PRU-14.

YB Datuk Charles O Pang (berdiri dibahagian belakang) bersama sebahagian 11 Ketua-ketua UMNO Cawangan ZON DUN Karamunting yang hadir dalam perjumpaan santai di kediaman Encik Awang Yunus Amat di Kampung Karamunting,Sandakan.

Pada 24 Mac 2017 lepas,jam 09:00 pagi satu perjumpaan  Santai antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Karamunting bersama Ketua-ketua Cawangan UMNO di ZON Karamunting bagi membincangkan permasalahan setempat yang timbul samaada masalah infrastruktur mahupun masalah penduduk setempat secara am-nya.
Dalam perjumpaan tersebut, Yasser Rashdan selaku Ketua UMNO Cawangan Kg.Bokara membangkitkan pelbagai isu serta kelemahan ADUN Karamunting yang mana sejak kemenangan beliau pada PRU-14 lepas, sikap sinis PPM DUN Karamunting terhadap sebilangan Ketua-ketua UMNO Cawangan menyebabkan kredibiliti ADUN Karamunting menjadi tidak digemari dan tidak popular.

Pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Batu Sapi 2016, Ybhg Sdr Hj Khairul Firdaus Datuk Hj Akbar Khan telah mengemukakan usul kepada pucuk pimpinan pusat Agar ADUN Karamunting YB Datuk Charles O Pang dan Ahli Parlimen Batu Sapi YB Datuk Linda Tsen Thau Lin tidak dicalonkan semula sebagai calon Pilihanraya mewakili Barisan Nasional pada PRU-14. Usul tersebut disambut baik oleh semua perwakilan pemuda yang hadir.

Perkara ini telah disampaikan kepada YB Datuk Charles O Pang dalam perjumpaan Santai kali ini dan beliau memohon maaf kepada barisan ketua-ketua cawangan yang hadir atas segala kelemahan pentadbiran yang timbul sepanjang beliau menjadi wakil rakyat kawasan ini.
Beliau juga berjanji akan jika dicalonkan semula dalam PRU-14 akan datang, beliau akan susun atur semula strategi pentadbiran agar peranan PPM ADUN dan Ketua-ketua Cawangan UMNO Khasnya mencapai kesepakatan yang dinginkan. 

Tuesday, January 3, 2017

Jemaah Haji 1MDB Tidak Perlu Risau, Status Ibadah Mereka Ditentukan Allah SWT Bukan Seseorang




KUALA LUMPUR, 3 Jan –  Jemaah haji yang menunaikan ibadah haji melalui tajaan di bawah Program Khas Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak perlu risau dengan status ibadah mereka.
Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata jemaah haji perlu yakin bahawa setiap ibadah yang dilakukan itu diterima oleh Allah SWT dan bukannya ditentukan oleh seseorang.

“Mereka (jemaah haji) perlu letak harapan dan berdoa bahawa amalan seperti menunaikan solat, puasa, zakat dan haji ini diterima dan selepas itu mereka harus yakin Allah SWT menerima permintaan kita,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  yang mendakwa ibadah haji dilakukan jemaah menerusi tajaan yayasan itu tidak akan mendapat haji mabrur.

“Bukan semua berpeluang menjadi tetamu Allah dan usaha murni yang dilakukan ini boleh diteruskan…ia tidak menjadi masalah untuk penerima sumbangan itu pergi (tunai haji),” kata Mohamed Shukri.

Bagi Imam Masjid Negara Khisamudin Ismail pula, kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir itu hanyalah berunsur politik semata-mata dan tidak seharusnya dibimbangi jemaah haji yang terlibat.

“Bagi pandangan saya, kenyataan itu lebih berunsurkan politik dan jemaah haji yang ditaja itu menerima hadiah dan ia tidak mendatangkan masalah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ketua-ketua Kampung Daerah Pekan Abdul Kadir Bakar melahirkan kekecewaan berhubung kenyataan yang dikeluarkan bekas perdana menteri berkenaan.

“Saya dukacita mendengar kenyataan itu. Bagi saya, beliau tidak berhak menentukan bahawa haji seseorang yang ditaja di bawah yayasan itu mabrur atau tidak.

“Kenyataan itu juga hanya politik semata-mata tetapi membuatkan sesetengah jemaah haji yang terlibat marah, ini kerana kami bersyukur kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan program sebegitu,” katanya.

Kata Abdul Kadir, beliau sendiri berpeluang menunaikan haji pada tahun pertama program itu dilancarkan iaitu pada 2011.


SUMBER : http://www.umno-online.my/2017/01/03/jemaah-haji-1mdb-tidak-perlu-risau-status-ibadah-mereka-ditentukan-allah-swt-bukan-seseorang/

Sekitar suasana Majlis Perarakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Sandakan 02.Januari 2017.

Ketua UMNO Cawangan Kg.Bokara Sdr.Yasser Rashdan bersama Sdr.Mohd Sallem Hj Jifli Setiausaha Cawangan dan Tn Hj Mohamad Safrizan Hj Jailang Ketua Pemuda UMNO Cawangan di Padang Bandaran Sandakan.
Jawatankuasa UMNO Bahagian Batu Sapi diketuai oleh Setiausaha Bahagian Sdr Zantapha Zainal Abidin.
Perarakan menuju Masjid Daerah Sandakan sempena Maulidur Rasul peringkat daerah Sandakan diketuai oleh YAB Datuk Seri Panglima Hj Musa Hj Aman. 

Tahniah kepada warga Sandakan yang menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Sandakan kali ini, 

Monday, January 2, 2017

SELAMAT TAHUN BARU 2017 - YASSER RASHDAN

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selamat Tahun Baru 2017 kepada seluruh warga Kampung Bokara khasnya dan rakyat Negeri Sabah khasnya. Dikesempatan ini saya ingin memberikan sepatah dua kata dalam penulisan melalui blog rasmi UMNO Cawangan Kg.Bokara.
Tahun 2016 yang lepas,kita disajikan pelbagai memori pahit mahupun manis dan segala kenangan suka mahupun duka. Pelbagai cabaran ekonomi menimpan negara, harga barangan keperluan yang saban hari semakin meningkat, harga minyak yang tidak menentu, harga pasaran Ringgit yang juga tidak stabil sehinggan mencecah RM 4.40/ USD1.00 dalam pasaran matawang ,kemelut politik semasa yang melanda pemimpin mahupun pentadbiran semasa.
Pada pembentangan Bajet 2017 oleh YAB Perdana Menteri pada tahun lepas, kerajaan telah meluluskan untuk meneruskan Program Bantuan Rakyat 1Malaysia bagi sesi tahun 2017 serta pelbagai bantuan kebajikan lain untuk rakyat khasnya. Pastinya pembukaan tahun 2017 ini,sedikit sebanyak meringankan beban rakyat bagi mereka yang kurang berkemampuan. Inisiatif kerajaan melalui BR1M ini adalah salah satu program asas yang sewajarnya menjadi keutamaan kerajaan setiap tahun. Tahniah kepada kerajaan Barisan Nasional kerana peka terhadap permasalahan rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik. Bagi mereka yang layak sebagai penerima,maka mereka layak untuk memohon program ini.


Kerajaan juga pada pembentangan Bajet 2017,telah mengumumkan insentif atau bayaran khas kepada penjawat awam berjumlah RM500 dan Pesara RM250 yang akan dibayar pada 3 Januari 2017. Insentif ini juga sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban kakitangan awam pada awal tahun lebih-lebih bermulanya musim awal persekolahan untuk tahun 2017. Sekalipun negara berhadapan dengan cabaran ekonomi dunia pada ketika ini yang agak tidak menentu,namun  usaha Kerajaan Barisan Nasional tidak sesekali mengabaikan kebajikan para penjawat awam dan pesara khasnya. Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri atas bayaran insentif  khas ini.


Pada 2016 lepas juga, Kerajaan Barisan Nasional melancarkan Projek "PAN BORNEO Highway" di Negeri Sabah. Projek ini adalah satu kebanggaan dan kejayaan kerajaan pemerintah dalam memastikan pembangunan serta kemudahan infrastruktur untuk rakyat Sabah dinaik taraf sepertimana "Highway" di Semenanjung Malaysia. Kerajaan Negeri Sabah dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima  Hj Musa Hj Aman selaku Ketua Menteri Sabah,telah banyak melakukan perubahan kepada Negeri ini dengan peranan beliau untuk memastikan Negeri Sabah membangun secara berterusan dari kawasan pedalaman hinggalah kawasan bandar utama dalam negeri ini.

Bila sebut soal politik semasa, UMNO Sabah tidak terkecuali menghadapi cabaran politik baru sejak tertubuhnya Parti WARISAN Sabah oleh bekas pemimpin UMNO YB Datuk Seri Hj Mohd Shafie Hj Apdal yang kini menjelajah ke seluruh pelusuk negeri ini berkempen mempromosi Parti WARISAN yang diasaskannya dengan tujuan untuk menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional Sabah. Sentimen politik yang dibawa oleh beliau, sedikit sebanyak memberi kesan kepada sebilangan ahli UMNO Sabah di negeri ini yang mana terdapat beberapa pemimpin UMNO dan ahli UMNO peringkat bahagian serta cawangan keluar dari UMNO untuk menyertai Parti WARISAN ini. Namun demikian, UMNO Sabah tidak gentar menghadapi situasi ini kerana UMNO Bahagian2 di 25 Parlimen negeri ini masih kukuh dan mantap dalam organisasinya. Kepercayaan yang diberikan oleh ahli-ahli UMNO kepada pucuk pimpinan UMNO negeri dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Hj Musa Hj Aman masih kuat dan akan terus berjuang mempertahankan Kerajaan Barisan Nasional di Negeri Sabah ini.

Dalam kesempatan ini juga,tidak saya lupakan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada Boss saya iaitu Tn Hj Khairul Firdaus Datuk Hj Akbar Khan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi merangkap Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Semoga jiwa kental dan perjuangan dalam memartabatkan ekonomi bumiputera dan belia di Parlimen Batu Sapi tercapai sekalipun ianya secara berperingkat-peringkat. Bersama terus berjuang semoga usaha-usaha murni serta kebajikan yang beliau lakukan selama ini mendapat berkat dan manfaat secara keseluruhannya.
Diringkaskan penulisan saya pada kali ini,tahun 2017 adalah tahun untuk kita ahli politik dan ahli parti untuk terus tekad bekerja dan berjuang demi memastikan UMNO dan Barisan Nasional kekal memerintah negeri ini dan Negara Malaysia secara amnya.
Sekian,wassalam.
Salam Perjuangan
YRH
 02 Januari 2017   11:00pm