Selamat Tahun Baru 2016
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua barisan Jawatankuasa UMNO Cawangan Kampung Bokara, Ahli-ahli Cawangan serta rakan-rakan dan keluarga di kampung bokara Sandakan.
Tidak dilupa juga kepada barisan pimpinan Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi yang diketuai oleh Sdr. Haji Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan dan rakan2 seperjuangan serta seluruh pimpinan UMNO Bahagian Batu Sapi secara amnya.
Tahun 2015 sudah semestinya masa kita dipenuhi dengan pelbagai kisah,peristiwa serta kenangan tak kira manis dan pahit mahupun suka serta duka. Dalam kita menempuhi cabaran hidup seharian, janganlah kita leka akan tanggungjawab kita untuk mengingati Allah SWT tiap masa tak kira tempat walau dimana kita berada. Kita sebagai hambanya wajib berasa syukur kerana masih dibenarkan bernafas dibumi indah ini serta diberi kudrat tenaga untuk berjuang demi mempertahanKAN Agama Islam,Bangsa Bumiputera dan Tanahair serta Parti UMNO.
Bersama kita panjatkan doa agar 2016 ini Negara kita selamat serta berada dalam keadaan aman dan damai dibawah lindungan Allah SWT. Kita sedia maklum bahwa,tidak semua negara di dunia ini aman dan damai. Oleh itu kita perlu tekadkan semangat juang bersatu padu sekalipun kita berbeda fahaman politik,kerana perpaduan adalah jaminan untuk sesebuah Negara itu aman dan damai.
Disamping itu juga, kita berharap agar pernag dingin dan krisis pimpinan dalaman UMNO peringkat Pusat dapat selesai dan reda kerana apa yang menjadi fokus utama pada masa ini adalah untuk membantu Kerajaan dibawah Pimpinan YAB Perdana Menteri agar bersama memastikan kestabilan politik serta kuasa pemerintahan UMNO kekal sehingga PRU14 akan datang. Sebagai pemimpin agar umbi,saya tidak mahu melihat perang dingin di peringkat pusat akan menyebabkan ahli diperingkat akar umbi akan menjadi pecah belah dan menyebabkan keyakinan rakyat terhadap Parti UMNO semakin pudar dan hilang.
Apapun situasinya,bagi diri saya sendiri, saya lebih memfokuskan kerja-kerja menambahkan ahli UMNO diperingkat cawangan serta kerja-kerja kebajikan untuk para ahli juag menjadi keutamaan dalam perjuangan saya untuk membantu Parti UMNO. Masa berjalan begitu pantas,kita tidak pasti bagaimana pula aura dan cabaran yang bakal UMNO serta BN hadapi gelombang PRU14 akan datang. Oleh yang demikian,bersamalah kita tekadkan semangat dan lipatgandakan usaha demi untuk memastikan UMNO kekal relevan sebagai pemerintah di Negara Malaysia tercinta ini.
Akhir kata,selamat tahun baru 2016, semoga kita semua beroleh kejayaan dan mendapat rahmat dari Allah SWT.
-YASSER RASHDAN
Ketua UMNO Cawangan Kg.Bokara
/AJK Pemuda UMNO Batu Sapi
12.30am / 01.01.16
No comments:
Post a Comment