Belajar Forex dengan saya

Saturday, November 24, 2012

Rakyat Perlu Diberi Ruang Bantah Kekejaman Israel Di Gaza – Hishammuddin

Rakyat Perlu Diberi Ruang Bantah Kekejaman Israel Di Gaza – Hishammuddin PUTRAJAYA, 22 Nov - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata rakyat perlu diberi ruang untuk meluahkan kesedihan, bantahan dan menyatakan pendirian bagi membantah kekejaman rejim Zionis ke atas rakyat Palestin di Gaza. Katanya ini bagi mengelakkan mereka melakukan perkara-perkara di luar batasan sehingga kemungkinan diterjemahkan ke arah keganasan atau menyertai kumpulan militan. “Jika tidak ada ruang pun untuk menyatakan pendirian, tidak mustahil tindakan-tindakan yang lebih ganas (akan berlaku), kumpulan-kumpulan militant yang boleh mengambil tindakan yang lebih teruk kerana kita rasa bahawa kita tidak ada ruang untuk meluahkan apa yang terbuku dalam jiwa,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Gelombang Kedamaian 1KDN dan Tabung Kecemasan Gaza di sini hari ini. Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar. Malah Hishammuddin berkata perhimpunan warga Skuad Muda Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang turut disertai kepimpinan tertinggi kementerian hari ini adalah satu daripada usaha untuk mewujudkan gelombang keamanan sejagat dan mengecam keganasan yang dilakukan Israel. Katanya gelombang keamanan sejagat perlu diterapkan dalam skuad itu yang dianggotai sukarelawan di bawah agensi-agensi kementerian kerana golongan muda perlu disemai dengan nilai-nilai murni ke arah keharmonian, kesejahteraan dan keamanan. Beliau berkata Timbalan Menterinya Datuk Lee Chee Leong akan mengetuai usaha untuk mewujudkan gelombang keamanan sejagat di kalangan anggota skuad melalui penganjuran pelbagai program, manakala seorang lagi timbalan menterinya Datuk Wira Abu Seman Yusop akan mengetuai gerakan kutipan Tabung Kecemasan Gaza peringkat kementerian. Hishammuddin berkata meskipun baru dilancarkan hari ini, tabung itu Berjaya memperoleh kutipan awal sebanyak RM126,000 dan warga KDN masih boleh menghulurkan bantuan kewangan bagi meringankan derita penduduk di Gaza. Menurutnya jumlah kutipan itu akan diserahkan kepada Tabung Kecemasan Gaza kelolaan Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF)yang dilancarkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa. Dalam pada itu, Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO tidak menolak kemungkinan isu mengenai kekejaman Israel akan dibahaskan pada Perhimpunan Agung UMNO ke-66 minggu depan. “Saya percaya jurucakap-jurucakap kita daripada sayap, negeri dan parti induk tidak boleh elak daripada membahaskannya. Ini merupakan sesuatu yang dekat dengan hati kita semua, pejuang-pejuang parti daripada dulu lagi,” katanya. share from : www.umno-online.my

Kerajaan BN Ada “Road Map” Jelas Untuk Masa Depan Rakyat Dan Negara – Najib

Kerajaan BN Ada “Road Map” Jelas Untuk Masa Depan Rakyat Dan Negara – Najib Oleh : Azman Abas KUALA LUMPUR 24 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kejayaan yang dikecapi oleh negara hari ini boleh ditingkatkan lagi dengan penuh cemerlang kerana kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) mempunyai hala tuju yang jelas. Menurut beliau ‘road map’ berkenaan boleh menjadikan negara ke arah yang lebih baik dengan tumpuan terhadap rakyat secara adil dan saksama demi kepentingan bersama khususnya untuk kepentingan negara. “Kita boleh jadikan Malaysia ini lebih baik lagi sebab sudah ada ‘road map’. ‘Road map’ kita dah jelas, terang….. jangan macam buku jingga. Janji macam-macam, kita tidak main janji, kita tunaikan dan kita laksanakan. “Tengok dalam suratkhabar hari ini 2,000 ibu tunggal nak saman kerajaan negeri, janji 100 sebulan kalau menang tubuh kerajaan. Hari ini orang dah nampak sekarang, kredibiliti mereka boleh dipersoalkan. Kita di Malaysia penuh dengan pengharapan yang jauh lebih baik daripada hari ini dan kita telah buktikan segala-galanya,“ katanya. Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Himpunan Barisan 1Malaysia di Dewan Merdeka, PWTC, di sini, hari ini. Turut Hadir Pengerusi Himpunan Datuk Hj Ahmad Maslan, Pengerusi-Pengerusi NGO serta wakil-wakil yang terlibat serta pimpinan BN. Terdahulu sebelum ucapan perasmian, tiga sesi pembentangan kertas kerja oleh beberapa tokoh akademik dan aktivis terkenal tanah air. Hampir 1500 NGO terlibat dalam program berkenaan. Datuk Seri Najib seterusnya menambah kejayaan negara hari ini adalah berasaskan kepada kerjasama dan permuafakatan seluruh rakyat termasuk kalangan NGO serta parti politik. “Kita memahami bahawa untuk mendapatkan sokongan rakyat kita tidak boleh lagi tertumpu dan memberi fokus kepada parti siasah sahaja walaupun tidak boleh dinafikan parti politik tetap merupakan jentera dan institusi yang sangat penting. “Sebab itu kita iktirafnya…..sebab itu Barisan Nasional (BN) faham bahawa masa depan negara ini bergantung kepada permuafakatan kerjasama dengan NGO-NGO dan ‘sivil society’ masyarakat madani. “Dan kita seharusnya bawa dengan kita sebagai rakan kongsi kita, sebagai rakan seperjuangan kita yang faham bahawa untuk mencapai matlamat mentransformasikan negara, kita kita perlu dokongan masyarakat madani dan juga NGO-NGO malah setiap komuniti kecil dan besar mesti bersama meniti arus perubahan besar yang nak dibawa oleh kita,” katanya. Tambah Datuk Seri Najib lagi jika kelompok komuniti bergerak dalam kumpulan masing-masing negara dan rakyatnya tidak akan berjaya. “Saya telah mula dengan Gagasan 1Malaysia……sebab saya faham dan kita mesti terima hakikat bahawa kalau kita bergerak dalam kelompok komuniti masing-masing ibarat macam enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, kita tidak akan jadi bangsa yang berjaya. “Kalau kita bermentaliti kelompok kita buat hal kita, kelompok lain buat cara dia, tetapi kita tidak cari titik pertemuan maka negara kita tidak mungkin menjadi sebuah negara hebat dan berada di saf hadapan. “Kita faham bahawa kelainan ini tidak seharusnya menjadikan kita ini bergerak dalam kelompok masing-masing apatah lagi saling bertentangan antara satu sama lain sepertimana saya nak sebut bahawa kalau kita bertindak secara kolektif, kebersamaan, kita lebih kuat. “Apabila kita berhimpun dalam dewan ini atas nama Barisan 1Malaysia, kita beri isyarat dan signal yang cukup kuat. Siapa kata NGO tidak sokong kerajaan, siapa kata orang muda tidak sokong kerajaan, siapa kata orang tua tidak sokong kerajaan. “Jadi kita berhimpun kerana apa..kerana kita cinta kepada negara kita….kita membesar di sini, dan satu hari nanti kita akan disemadikan di sini juga. Tidak ada tempat lain bagi kita….Malaysia. Sebab itu kita nak lakukan yang terbaik untuk negara kita,” katanya. Pada akhir himpunan Pengerusi Himpunan, Datuk Ahmad Maslan menyerahkan deklarasi himpunan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Deklarasi Barisan 1Malaysia Bahawasanya kami Barisan Rakyat 1Malaysia yang berhimpun pada hari ini dengan tulus dan ikhlas, merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri di atas kebijaksanaan menerajui negara Malaysia yang tercinta. Atas kesedaran dan keinsafan yang mendalam, kami berjanji dan berikrar bahawa sesungguhnya kami; Berazam untuk mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara Malaysia, menjunjung tinggi perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara bagi menjamin kestabilan politik dan keutuhan perpaduan rakyat berbilang kaum agar terus hidup dalam suasana rukun, damai, aman dan sejahtera. Berazam untuk terus membangunkan negara dengan membantu kerajaan melaksanakan dasar-dasar yang boleh meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat di semua peringkat, sesuai dengan matlamat Wawasan 2020. Berazam untuk terus memerangi segala bentuk penyelewengan, rasuah, salahguna kuasa, fahaman sempit perakauman, sikap chauvinisme dan melampau demi kesejahteraan agama, bangsa dan tanah air. Berazam untuk meningkatkan kualiti hidup dan jati diri, keluarga dan masyarakat, agar sentiasa dihormati dan dicontohi di peringkat lokal dan global menerusi rasa kasih sayang dan cinta terhadap negara, semangat kesukarelaan dengan bekerja bersungguh-sungguh untuk memaju dan memakmurkan negara. Demi keazaman dan iltizam ini sesungguhnya kami Himpunan Barisan Rakyat 1Malaysia yang berhimpun pada hari ini akan bekerja bersungguh-sungguh merealisasikan kemenangan Untuk Masa Depan Rakyat pada PRU-13 akan datang. 1Barisan – 1Bangsa – 1Negara – 1Matlamat – 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan Himpunan Barisan 1Malaysia Kuala Lumpur SABTU, 24 November 2012 Pada akhir himpunan Pengerusi Himpunan, Datuk Ahmad Maslan menyerahkan deklarasi himpunan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. -MediaUMNO share from : www.umno-online.my

Saturday, November 17, 2012

Mahathir Mahu PAS Perjelas Undang-Undang Hudud

KOTA KINABALU, 18 Nov — Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu PAS perjelas tafsirannya mengenai pelaksanaan hukum hudud. Beliau berkata pelaksanaannya harus berlandaskan keadilan sepertimana yang terkandung dalam ajaran Islam. Dr Mahathir berkata parti itu seharusnya melaksanakan hukum yang dapat diterima pakai oleh semua golongan termasuk bukan Islam sesuai dengan kedudukan negara ini yang mempunyai penduduk berbilang agama. “Saya hendak tahu hudud yang dikenakan oleh orang Islam dan bukan Islam itu sebagai adil seperti yang dikehendaki oleh agama Islam. “Terdapat 43 ayat dalam Al-Quran iaitu kalau mahu hukum, hukumlah dengan adil dan tidak adil itu bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya. “Hukum orang Islam potong tangan manakala bukan Islam dikenakan penjara dua bulan akibat kesalahan mencuri. “Itu dilihat tidak adil dan bertentangan dengan agama Islam,” katanya kepada pemberita di sini, semalam. Dr Mahathir mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merestui orang Melayu menyertai DAP memandangkan sebelum ini Pengerusi DAP Karpal Singh menyatakan tentangannya terhadap pelaksanaan hukum Hudud. Terdahulu, Mahathir menyampaikan ucaptama pada kongres tahunan ke-22 Persatuan Pakar Bedah Torasik dan Kardiovaskular Asia (ATCSA) di sini. Kongres itu dirasmikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. share from : www.umno-online.my

“Usaha Dalam Perjalanan” Untuk Ubah Nasib Rakyat- Najib

SUNGAI SIPUT, 17 Nov — Komitmen kerajaan untuk mengubah untung nasib rakyat Malaysia adalah “usaha dalam perjalanan”, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata walaupun telah banyak usaha yang dilaksanakan untuk memastikan kesejahteraan rakyat, namun kerajaan sedar banyak lagi perlu dilakukan. “Kita memerlukan sokongan rakyat, kita perlukan mandat baru daripada rakyat. “Jika tuan-tuan bagi mandat, saya jamin usaha ini bukan sahaja akan diteruskan malah akan diperhebatkan lagi pada masa yang akan datang,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2012 di Ladang Info Ternak Sungai Siput di sini, hari ini. Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Penerangan Komunikasi dan kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Masnah Rais, serta pemimpin peringkat nasional dan negeri. Perdana Menteri berkata sebagai contoh, kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan dan peruntukan yang besar untuk kesejahteraan masyarakat India. Katanya, antara usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat India ialah dengan memberi peruntukan bagi pembangunan pendidikan dan kemahiran, pemberian biasiswa, serta menambah bilangan kemasukan ke universiti. “Sebagai satu kerajaan, kita telah lakukan banyak usaha untuk mengubah nasib rakyat Malaysia,” kata Najib. Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya berpegang kepada prinsip percaya mempercayai berdasarkan “nambikei” antara rakyat dan kerajaan. “Marilah kita berpegang kepada nambikei ini…janji kita akan kita tepati,” katanya. Najib turut melahirkan perasaan gembira dan terharu terhadap sambutan Rumah Terbuka Malaysia Deepavali yang dihadiri masyarakat berbilang kaum di negara ini. Beliau berkata sambutan seumpama itu mungkin tidak dapat diadakan di sesetengah negara kerana tidak wujud perasaan hormat menghormati antara satu sama lain. “Malah mereka berada dalam keadaan berbalah, curiga mencurigai antara satu sama lain, tapi di Malaysia kita dapat bertaut kepada semangat dan prinsip 1Malaysia yang menjadi ikutan dan penghayatan kita,” katanya. share from www.umno-online.my

Kesetiaan, Keikhlasan PBS Dalam BN Amat Dihargai- Muhyiddin

PENAMPANG, 17 Nov — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kesetiaan dan keikhlasan Parti Bersatu Sabah (PBS) sebagai anggota komponen Barisan Nasional (BN) amat dihargai terutama dalam membangunkan negara. Muhyiddin berkata beliau melihat perjuangan PBS, parti pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan itu, terus relevan dan semakin mendapat sokongan serta kepercayaan rakyat. Beliau berkata pilihan raya umum ke-13 merupakan penentu kelangsungan perjuangan BN dan jatuh bangun parti bergantung kepada semua ahli. Oleh itu, beliau berkata semua jentera pilihan raya perlu bersatu padu dan mengelak gejala sabotaj atau elemen yang boleh menjejaskan kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang. “Isu sensitif hendaklah ditangani dengan bijaksana dan bertolak ansur bagi memelihara perpaduan dan keharmonian,” katanya dalam perutusan sempena Kongres PBS yang akan berlangsung di sini selama tiga hari bermula 20 Nov. Muhyiddin berkata rakyat kini semakin bosan dengan mainan politik pembangkang, tetapi kecenderungan mereka untuk menyokong BN bergantung kepada sejauh mana jentera BN berjaya menawan hati mereka. “Justeru marilah kita sama-sama bersatu hati memastikan asas pembinaan negara bangsa yang telah berlaku sejak merdeka dapat dipertahan serta menjunjung prinsip Rukun Negara,” katanya sambil menambah bahawa matlamat negara menuju Wawasan 2020 akan tercapai sekiranya perpaduan, kemakmuran dan keharmoniaan negara terpelihara,” katanya. Beliau berkata kejayaan BN mengemudi negara berbilang kaum dan silang budaya ke arah perpaduan bukanlah mudah. “Sepanjang 55 tahun memerintah negara, pelbagai dasar kita rancang dan laksanakan sehingga semua kaum dan setiap wilayah mendapat manfaatnya. “Amalan toleransi, musyawarah dan budaya kompromi merupakan tonggak dan kekuatan BN dalam memenuhi setiap tuntutan parti komponen secara adil dan berperingkat,” katanya. Beliau berkata langkah bijak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan Gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan dan Transformasi Nasional berjaya memulihkan reputasi negara. “Gagasan ini bukan slogan politik semata-mata tetapi peniup semangat untuk bertaut di bawah satu payung dengan mengutamakan kesejahteraan negara,” katanya. Share from www.umno-online.my

Friday, November 16, 2012

ISRAEL patut musnah di Bumi ini!

Kekejaman yang dilakukan oleh Yahudi Laknatullah Israel ketika membedil penduduk Palestin baru-baru ini dilihat satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan sungguh kejam serta tidak beradab dan berhati perut. Israel dengan angkuhnya tidak lagi segan silu mendabik dada kan perbuatan terkutuk mereka itu.
Berikut adalah sumber berita dari www.utusan.com.my NEW YORK 15 Nov. - Palestin mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghalang operasi ketenteraan Israel di Genting Gaza, yang mereka anggap tidak sah, selepas perancang utama pejuang Hamas, Ahmed Jabari terbunuh dalam serangan udara terbarunya ke atas wilayah Palestin itu. Pada mesyuarat tertutup yang diadakan malam tadi, Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour berkata, Israel 'tidak beradab' dan bangga dengan tindakannya membunuh penduduk Palestin. Mansour turut mendakwa Israel sedang melakukan jenayah perang ke atas Palestin. "Komuniti antarabangsa patut bertindak menamatkan polisi dan amalan tidak sah Israel ke atas Palestin," katanya. Bagaimanapun, Israel mendakwa serangan tersebut dilancarkan sebagai tindak balas terhadap serangan roket oleh pejuang Palestin selama beberapa hari ke atas wilayahnya. Duta Israel ke PBB, Ron Prosor sebelum itu berkata, tiada sesiapa yang membuat bantahan ketika pejuang Palestin melancarkan serangan roket ke atas penduduk awam Israel, sambil menambah kata, tidak ada negara yang boleh bertolak ansur terhadap perbuatan seperti itu. Dalam perkembangan lain di Gaza, sekurang-kurangnya tiga penduduk Palestin maut, selepas Israel melancarkan serangan udara ke atas wilayah Palestin itu hari ini, menyebabkan angka kematian dalam operasi ketenteraan terbaru Israel ke atas pejuang Palestin di Gaza meningkat kepada 11 orang, manakala lebih 100 lagi cedera. Sayap tentera Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam berkata, ketiga-tiga mangsa merupakan anggota pergerakan itu dan mereka diserang ketika sedang menaiki kenderaan. Serangan yang dimulakan Israel sejak semalam yang mengorbankan Jabari itu diikuti dengan 60 lagi serangan udara, menyebabkan lima terbunuh, dua daripada mereka kanak-kanak, menurut Menteri Kesihatan Hamas, Mufid Mukhalalati pada satu sidang media, semalam. - AFP Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121116/lu_01/PBB-didesak-halang-Israel#ixzz2COMkxlsf © Utusan Melayu (M) Bhd

Persidangan UMNO Rumusan Gerak Kerja Parti Menjelang PRU

Persidangan UMNO Rumusan Gerak Kerja Parti Menjelang PRU


KUALA LUMPUR, 16 Nov. – Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang akan berlangsung hujung bulan ini amat penting sebagai satu rumusan kepada gerak kerja parti untuk penggal ini sebelum berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti, kata Setiausaha Agung Mubarak, Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim.

“Persidangan Agung pada tahun ini amat penting bagi menghadapi PRU yang ke-13 untuk merumuskan segala usaha, pendekatan dan juga program bagi memastikan kemenangan
BN dalam PRU.

“Saya pasti perwakilan akan membincangkan secara serius perkara-perkara yang bersangkut dengan kemajuan UMNO selama ini dan usaha-usaha menentukan kepada perancangan ke arah PRU,” katanya kepada UMNO-Online.

Ujarnya, sebagai parti yang besar dan memainkan peranan signifikan dalam kemajuan dan pembangunan negara sudah pastilah perwakilan akan menumpukan untuk melontarkan segala idea dan pandangan agar ia dirumuskan menjadi satu perancangan dan gerak kerja untuk menjamin kepada kemenangan pada PRU. – MediaUMNO

Kepimpinan PAS Di Minta Berhenti Bohongi Ahli dan Rakyat Tentang Perlaksanaan Hudud dan Negara Islam

Kepimpinan PAS Di Minta Berhenti Bohongi Ahli dan Rakyat Tentang Perlaksanaan Hudud dan Negara Islam


Kuala Lumpur, 16 Nov -  PAS dilihat sanggup mengorbankan prinsip perjuangan mereka untuk menegakkan negara Islam dan secara berterusan membohongi ahli dan rakyat tentang usaha mereka untuk menegakkan negara dan undang-undang Islam di negara ini semata-mata demi kepentingan kuasa dan politik mereka.

Justeru itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Dato Zulkifli Nordin meminta agar kepimpinan PAS supaya berhenti dari berbohong kepada ahli-ahli parti mereka serta rakyat, tentang usaha mereka untuk mendirikan negara Islam dan melaksanakan undang-undang hudud di negara ini.

“Pada 18 Disember 2009, secara sedar kepimpinan tertinggi PAS menandatangani perjanjian persefahaman pakatan antara DAP dan PKR di mana di dalam perjanjian tersebut, sekiranya Pakatan Pembangkang menguasai kerajaan, negara Islam, hudud, Qisas dan takzir tak ada dalam agenda. Mereka sedar tentang perkara itu tetapi kepimpinan PAS tetap menandatangi perjanjian tersebut.

“Saya antara orang yang menyaksikan perjanjian tersebut. Saya tahulah tentang perkara itu. Bahkan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang  berulang kali mengatakan bahawa persepakatan antara PAS, DAP dan PKR tidak termasuk agenda Islam dan perlaksanaan undang-undang jenayah Islam!,” tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Sebab itu kata beliau lagi, ahli-ahli PAS perlu membuka mata bahawa segala agenda hudud dan perlaksanaan negara Islam yang diperkatakan saban hari oleh kepimpinan PAS, tidak akan menjadi realiti sekiranya ditakdirkan Pakatan Pembangkang berjaya menguasai pusat pentadbiran Putrajaya.

“Pada saya, ahli-ahli PAS akar umbi dibohongi oleh kepimpinannya sendiri. Sebab itu saya pernah buat kenyataan supaya ahli PAS untuk mendesak mengadakan satu muktamar agung khas untuk membentangkan betul-betul apa perjanjian dan isu-isu berkenaan hal hudud dan perlaksanaan negara Islam.

“Kepimpinan PAS perlu dedahkan kepada ahli akar umbi bahawa di dalam Pakatan Pembangkang bahawa hudud dan negara Islam tidak ada dalam agenda sekiranya Pakatan Pembangkang memenangi PRU yang akan datang ini. Beritahu pada ahli, bahawa Anwar saebagai ketua pembangkang, berpendirian bahawa tidak akan perlaksanaan hudud dan negara Islam sekiranya mereka berkuasa,” tegasnya lagi.

Tambahnya lagi, sekiranya perkara itu sudah didedahkan kepada ahli akar umbi, maka terpulanglah kepada ahli akar umbi samada untuk menyokong atau tidak keputusan berkenaan isu hudud dan perlaksanaan Islam sepertimana yang diputuskan oleh kepimpinan tertinggi ke tiga-tiga parti di dalam Pakatan Pembangkang.

“Kalau mereka dah tau tentang hal itu, tetapi mereka mahu menyokong juga terpulanglah pada mereka. Apa yang penting, kepimpinan PAS perlu memberitahu secara telus dan jujur tentang pendirian dan perjanjian di dalam Pakatan Pembangkang di dalam isu hudud dan perlaksanaan negara Islam, “ jelasnya.

Beliau juga meminta agar rakyat khususnya ahli PAS agar tidak membuat kesilapan seperti mana yang pernah dilakukan olehnya dan rakan-rakan yang mana secara sembrono dan membabi buta menyokong Anwar Ibrahim.

“Kita kena periksa dululah, samada apa yang kita dengar itu betul atau tidak. Jangan ulang lagi kesilapan saya dan kawan yang menyokong tanpa usul periksa. Hari ini apabila saya mula meneliti dan memeriksa dengan lebih mendalam, semakin lama semakin jelas, begitu banyak benda-benda yang tidak betul berlaku,” katanya. -MediaUMNO

Thursday, November 15, 2012

Malaysia Terjemah Konsep Hijrah Dalam Transformasi Negara

.
KUALA LUMPUR, 14 Nov – Pendekatan Hijrah telah diterjemahkan dalam melaksanakan transformasi negara demi membawa Malaysia ke suatu keadaan yang lebih baik. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, berpegang dengan definisi hijrah yang memberi maksud perpindahan atau perubahan, Malaysia telah melakukan perubahan sehingga berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa. “Hasilnya, Malaysia kini menjadi antara negara yang sering mendapat pengiktirafan dan pujian negara luar sebagai sebuah negara Islam yang dinamik dan progresif,” kata Najib di dalam perutusan Maal Hijrah beliau dalam blog www.1Malaysia.com.my, di sini, Rabu. Melafazkan rasa syukur kerana Malaysia masih dapat menyambut Maal Hijrah 1434H tahun ini melalui kesederhanaan dan kesejahteraan rakyat, Najib kata ia bertepatan dengan tema Maal Hijrah pada kali ini iaitu ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’. Berhijrah kata Najib adalah sebahagian daripada melaksanakan misi ketakwaan dan ianya adalah satu perintah yang perlu dilakukan sepanjang masa. “Kita mestilah sentiasa berhijrah setiap masa bagi mengharapkan kehidupan lebih baik di dunia dan akhirat…mesti sentiasa berusaha melakukan yang lebih baik dan mengharap rahmat Allah,” katanya, merujuk ayat 218 Surah Al-Baqarah yang menyentuh konsep hubungan hijrah dan kejayaan mendapat rahmat Allah swt. Najib berkata syariat Islam secara fitrahnya jika diamalkan akan menyatukan ummah dilihat daripada kesatuan dan kepimpinan yang mampu menghilangkan sempadan kaum, bahasa dan warna kulit. Katanya Malaysia telah menjana satu fikrah berkenaan tonggak kesatuan dan perpaduan melalui pendekatan wasatiyyah yang telah digarapkan dalam segenap perkara di dalam pelaksanaan pembangunan spiritual dan fizikal secara seimbang di negara ini. “Sesungguhnya melalui pendekatan wasatiyyah, keutuhan perpaduan dan persaudaraan sesama kaum dan agama dapat ditingkatkan,” kata Najib yang menambah bahawa konsep itu juga dapat mempertingkatkan nilai kualiti kebersamaan dalam kemajmukan yang menjadi pemangkin kepada perpaduan ummah secara keseluruhannya. Najib berkata konsep kesederhanaan itu telah diketengahkan oleh Malaysia dalam menyelesaikan sesuatu konflik dalam dan luar negara. Antaranya baru-baru ini ketika Kerajaan Malaysia bertindak sebagai pengantara melalui pendekatan kesederhanaan sehingga berjaya menyelesaikan krisis 40 tahun antara Barisan Pembebasan Islam Moro dan Kerajaan Filipina. “Kita juga telah mengambil pendekatan serupa dalam isu keganasan etnik dan agama di negeri Rakhine, Barat Myanmar dengan menekankan soal kemanusiaan dengan memberi bantuan kepada mangsa keganasan di Rakhine tanpa mengira latar belakang dan agama mereka,” katanya. Selain itu Najib berkata baru-baru ini ulama terkemuka dunia Dr Yusuf Al-Qaradawi juga telah memberi pengiktirafan dan pujian kepada Malaysia di atas komitmen jitu negara dalam membantu dan menyokong rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis di bumi Gaza. Mengakhiri perutusannya, Najib dan keluarga turut mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1434 kepada semua umat Islam Malaysia dan berharap sambutan itu diraikan bersama rakan-rakan daripada pelbagai bangsa demi menjayakan “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” share from www.umno-online.my

Tuesday, November 13, 2012

Dua pemain dipanggil Rajagobal

Dua pemain dipanggil Rajagobal
Datuk K.Rajagobal memanggil penyerang pasukan Harimau Muda, Ahmad Hazwan Bakri dan pemain pertahanan ATM, Irwan Fadzli Idrus untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan.
Rajagobal berkata dua pemain itu akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan empat pemain yang beliau gugurkan daripada senarai pemainnya.
"Hari ini saya memanggil Ahmad Hazwan dan Irwan untuk melihat sejauh mana kemampuan mereka dalam menyesuaikan diri dengan skuad sekarang selain untuk melihat kualiti mereka sama ada sesuai untuk saya senaraikan ke skuad piala AFF Suzuki atau tidak.
"Empat pemain yang saya gugurkan itu bukan bererti mereka tidak sesuai tetapi saya lebih mengutamakan pemain yang boleh bermain di dua posisi bagi memastikan sekiranya ada pemain yang cedera tidak akan berlaku kekosongan posisi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia.
Empat pemain yang digugurkan ialah Amiridzwan Taj Tajudin (ATM), Yong Kuong Yong (Felda United), Nik Shahrul Azim Abdul Halim dan Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid (Kelantan).
Jurulatih berusia 56 tahun itu bagaimanapun menafikan tindakannya memanggil Ahmad Hazwan adalah untuk memperbaiki ketumpulan penyerang negara sebaliknya bagi melihat keserasian pemain muda itu dengan pemain yang lebih senior.
"Saya nak lihat komitmen Hazwan dan keserasian sekiranya dia diturunkan malam esok. Dulu masa dia diberi peluang turun bermain dia berjaya lakukan hatrik semasa skuad negara menentang Sri Lanka, saya yakin pemain ini ada sesuatu yang boleh digunakan untuk pasukan.
Ditanya mengenai perlawanan persahabatan antara pasukan kebangsaan menentang Hong Kong pada malam esok di Stadium Shah Alam, Rajagobal berkata pemainnya akan lebih serius dan akan melihat perkembangan setiap pemain yang benar-benar boleh diserap kepada Skuad Piala AFF Suzuki.
"Esok, saya akan lihat perkembangan pemain disebabkan kita sudah masuk fasa akhir persedian bagi Piala AFF Suzuki sebelum senarai 22 pemain disahkan.
"Saya yakin esok kita akan lihat kualiti dan karakter pemain yang sebenar disebabkan mereka perlu bersaing sesama sendiri untuk memastikan mereka terpilih".
Kini, seramai 35 pemain masih  menjalani latihan di bawah kendalian Rajagobal sebelum senarai 22 pemain yang terpilih untuk bermain di Piala AFF Suzuki yang bermula 23 Nov ini diumumkan.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Hong Kong, Kim Pan Goh berkata pasukannya akan tampil lebih lengkap untuk perlawanan malam esok setelah melakukan lima perubahan di dalam skuadnya.
"Pada perlawanan lepas kami kalah kepada Malaysia disebabkan faktor pasukan lepas bukanlah pasukan sebenar kerana tidak dapat memanggil beberapa pemain yang terpaksa bermain bersama pasukan kelab di Liga Bola Sepak China.
"Esok, saya yakin keputusan yang lebih baik mampu kami hasilkan setelah melihat gaya permainan yang Malaysia pamerkan pada perlawanan lepas," katanya.
Pada 16 Okt lepas, pasukan negara menewaskan Hong Kong 3-0 dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Mong Kok, Hong Kong.

share from :www.staduimastro.com

Monday, November 12, 2012

Imbas kembali Info Pilihanraya Kecil P.185 Batu Sapi 2010

Copy from www.spr.gov.my Keputusan PRK P.185 Batu Sapi 2010 Hampir 10,000 orang pengundi tidak keluar mengundi pada waktu tersebut.

1MOCC Sejajar Dengan Prinsip Rakyat Didahulukan – Najib

PUTRAJAYA, 12 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC), sebuah pusat penyelesaian setempat untuk rakyat mengemukakan pertanyaan, aduan atau cadangan mengenai perkhidmatan awam. Beliau berkata pusat yang beroperasi 24/7 termasuk pada cuti umum itu sejajar dengan prinsip rakyat didahulukan dan percaya ia dapat meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat. “Saya yakin dan percaya 1MOCC ini benar-benar dapat meletakkan perkhidmatan awam dan kerajaan sebagai satu yang dibanggakan oleh rakyat. “Saya amat berharap 1MOCC ini disokong dan didokong sepenuhnya oleh semua jabatan dan agensi kerajaan atas semangat kita sebagai satu entiti…,” katanya pada majlis pelancaran 1MOCC di sini hari ini. Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G. Palanivel dan Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohamad Zabidi Zainal. 1MOCC merupakan satu projek ‘National Flagship’ di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang membolehkan orang awam mengemukan pertanyaan, aduan atau cadangan kepada pelbagai agensi kerajaan menggunakan nombor rujukan tunggal 03 8000 8000. Selain itu, pengguna boleh memilih untuk menggunakan faks di talian 03 8000 8001, melayari laman web di www.malaysia.gov.my, e-mel 80008000@1mocc.gov.my dan laman-laman sosial iaitu facebook.com/myGovernment dan twitter.com/myGovPortal. Perdana menteri berkata inisiaitf itu akan lebih memudahkan rakyat kerana hanya satu nombor yang perlu diingat selain membolehkan kerajaan mencapai objektif dengan kos minima. “Dengan cara ini, kita ada satu perkhidmatan yang revolusionari, tiada tolok bandingan di mana-mana negara. Kita sudah mencapai sesuatu yang di luar jangkaan yang mungkin tidak terfikir oleh kita dan hari ini ia menjadi satu kenyataan,” katanya. Pada masa sama, perdana menteri meminta penjawat awam untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan berkesan secara kolektif bagi memenuhi jangkaan dan aspirasi rakyat. Beliau berkata penjawat awam tidak boleh melakukan perkara-perkara lazim sebaliknya mesti menggunakan keupayaan untuk berfikir secara kreatif dan inovatif bagi mencetus idea yang lebih unggul. “Kalau kita tidak membuat perubahan dan penambahbaikan yang begitu ketara, maka kita akan ketinggalan dari sudut persaingan global sebab yang membezakan sama ada negara itu berjaya atau tidak ialah keupayaan untuk berdaya saing,” katanya. Najib yang berbangga dengan pencapaian Malaysia sebagai negara ke-12 dalam kalangan 185 negara ekonomi dunia dalam penarafan pelaksanaan perniagaan 2012 oleh Bank Negara, berharap Malaysia akan berada di kedudukan 10 teratas dalam masa terdekat. share from : www.umno-online.com

Dua Minggu Atau Sebulan Tempoh Sesuai Umum Calon BN – Khairy

KUALA LUMPUR, 5 Nov – Pemuda Barisan Nasional (BN) berpendapat jarak masa dua minggu atau selewat-lewatnya sebulan sebelum pilihan raya umum adalah tempoh paling sesuai sekiranya cadangan menamakan calon-calon BN lebih awal dilaksanakan. Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata bukan setiap kawasan bersedia diumum calon awal disebabkan faktor dalaman dan risiko lain yang perlu ditangani terlebih dahulu. “Nak umum sekalipun jangan umum enam bulan sebelum pilihan raya. Daripada kita umum dua hari sebelum penamaan calon, BN boleh umum dua minggu atau sebulan, itu paling sesuai,” katanya kepada Bernama. Menurutnya langkah menamakan lebih awal calon-calon itu juga boleh dilaksanakan terlebih dahulu di kawasan yang dikenal pasti majoriti pengundinya menyokong BN. Kawasan yang sesuai dipertimbang bagi penamaan itu perlu mempunyai calon yang jelas dan telah diterima masyarakat seperti kawasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan dan kawasan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pagoh. Pada 26 Okt lepas, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata BN berkemungkinan akan menamakan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini. Mengulas calon dalam kalangan Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy berkata pergerakan itu ada meminta Najib selaku Pengerusi BN memilih calon daripada pergerakan itu untuk bertanding di bawah panji BN pada PRU Ke-13 nanti. “Kami minta, tapi kami tak tuntut peratusan atau bilangan berapa ramai calon Pemuda dipilih kerana yang penting kami perlu ada ‘winnable candidate’ yang dipilih Pengerusi BN (Najib) sendiri bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN. “Senarai Pemuda (UMNO) yang sudah diserah kepada Pengerusi BN hanya pusingan pertama, masih ada pusingan kedua dan seterusnya, masih ada tapisan lagi selepas ini. Maka kami tak tahu siapa akan dipilih dalam kalangan Pemuda,” katanya. Beliau berkata pergerakan itu sedang melipat gandakan usaha bagi memastikan empat negeri yang kini diterajui pembangkang akan kembali ke pangkuan BN. “Usaha kami terkini ialah kami ke depan dengan isu di empat negeri ini. Seperti dalam laporan ketua audit negara banyak kepincanganya dalam negeri pembangkang antaranya skandal Lembah Sireh di Kelantan. “Pemuda BN di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan perlu tonjolkan semua ini kepada rakyat supaya BN dapat beri tekanan kepada pembangkang dan ceritakan kepada rakyat apa mereka buat kini sebenarnya tidak betul,” katanya. share from : www.umno-online.com

Hubungan Tidak Selari Kerajaan Pusat-Negeri Bawa Kesan Tidak Sihat Kepada Rakyat – Shafie

SEMPORNA, 3 Nov – Naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata hubungan tidak selari atau tidak akrab antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri boleh menjejas usaha kerajaan pusat membantu memajukan rakyat. Beliau berkata banyak projek untuk rakyat di beberapa negeri yang ditadbir kerajaan pakatan pembangkang termasuk Projek Loji Rawatan Air Langat 2 menghadapi masalah disebabkan hubungan kerajaan pusat dan negeri yang tidak mesra. “Sebagai contoh, bantuan yang kita berikan kepada negeri Selangor dan Kelantan untuk penyelenggaraan jalan raya di negeri itu tidak digunakan untuk jalan tetapi untuk kepentingan lain. Sebahagian kecil sahaja untuk tujuan asal,” katanya. Shafie berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Pelancaran Kluster Rumpai Laut Sabah yang disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar di sini hari ini. Menurut Shafie projek bekalan air untuk masyarakat Orang Asli di Gua Musang, Kelantan, di bawah kementeriannya juga menghadapi masalah disebabkan tindak-tanduk kerajaan negeri yang tidak mesra dengan kerajaan pusat (persekutuan) meskipun projek itu untuk rakyat. Katanya suatu masa dahulu, ketika Sabah ditadbir oleh kerajaan negeri yang tidak sehaluan dengan kerajaan pusat, pembangunan di negeri itu terbantut disebabkan kesukaran mendapat dana atau bantuan sehingga merugikan Sabah dan penduduk negeri itu sendiri. “Nak atasi masalah air di negeri Selangor, (tetapi) dia (kerajaan Selangor) cuma melihat dari sudut politik dan kuasa yang ada mereka. “Dia tidak fikir kepentingan rakyat, bukan sahaja di Selangor tetapi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dan kawasan sekitarnya,” katanya. Beliau berkata kerajaan negeri Selangor perlu lebih bertanggungjawab menyelesaikan masalah air di negeri itu dan bukan mempolitikkan isu air semata-mata untuk meraih undi. share from : www.omno-online.com

Bebas Pilih Agama… Kenyataan Bodoh, Melampau – Tun Mahathir

LANGKAWI, 11 Nov - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama adalah satu tindakan bodoh dan melampau. Beliau berkata orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati, dan orangbukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak. “Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampaitiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lainnak tukar mereka punya hal lah. “Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing,” katanya ketika ditemui pada Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Dewan Mahsuri, Padang Mat Sirat Ahad. Dr Mahathir berkata walaupun negara ini mempunyai ramai penduduk Islam dan diiktiraf oleh dunia sebagai negara Islam, ia tidak bermakna orang bukan Islam dipaksa menerima agama persekutuan itu. Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 Nov memetik Nurul Izzah sebagai berkata:Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu. “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama…bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata,” katanya. Beliau berkata demikian pada forum bertajuk ‘Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?’ di Subang Jaya pada 3 Nov share from : www.umno-online.com