Belajar Forex dengan saya

Tuesday, March 11, 2014

Raja Bomoh muncul di KLiA bantu kesan Pesawat MH370 yang hilang. Apakah saudara saudari bersetuju dengan amalan yang boleh dianggap "khurafat" ini?

"Raja Bomoh" muncul di KLiA untuk turut membantu mengesan Pesawat MH370 yang hilang.
Amalan seperti ini sewajarnya tidak menjadi keutamaan dalam masyarakat kita apatah lagi dalam isu besar seperti kehilangan Pesawat MH370 ini. Persepsi orang awang akan menilai dari bermacam sudut apakah sebenarnya dengan hanya menggunakan teropong Bomoh ini mampu memberi petunjuk atau penyebab Pesawat MH370 ini hilang? Sebagai umat Islam kita sewajarnya kembali kepada Al-Quran dan Sunnah agar kita tidak jauh terpesong dari amalan khurafat yang boleh menyimpangkan akidah kita itu sendiri. Dengan Usaha dari pelbagai Negara membantu mengesan pesawat MH370 yang hilang,negara-negara lain menggunakan kapal perang,helikopter,kapal terbang,submarine,imej satelit dan pelbagai lagi kaedah demi untuk mengesan pesawat ini boleh pula dengan hanya berbekalkan dua buah teropong bomoh ini mampu mengatasi semua teknologi diatas?. Apabila usaha ini sukar, eloklah kita bermunajat serta mengadakan Solat Hajat berterusan kepada Allah SWT agar semua usaha ini dipermudahkanNya kerana hanya Allah SWT Maha Mengetahui akan kedudukan pesawat ini. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya, berdoa dan berserahkan lah kepada ALLAH ,InShaAllah...Doa kita semua akan dimakbulkanNya. Semoga Krew dan penumpang pesawat MH370 selamat ditemui semula.

Friday, March 7, 2014

MH370 Pesawat MAS Boeing 777 dari KL-Beijing disahkan hilang dari kawalan radar.

Sabtu 08 Mac 2014 ,Sebagai rakyat Malaysia,bersamalah kita mendoakan keselamatan para penumpang yang berada dalam pesawat tersebut.

Belia Bokara terima sumbangan alatan daripada Kementerian Belia Dan Sukan yang disampaikan oleh YB Datuk Linda Tsen Thau Lin,Ahli Parlimen Batu Sapi

07 Mac 2014 ,Sandakan. Satu majlis mesra rakyat Ahli Parlimen Batu Sapi telah diadakan di Restoran Sandy Plain Seafood bersama belia Parlimen Batu Sapi.

Dalam majlis tersebut,satu penyampaian sumbangan alatan sukan kepada persatuan2 belia berdaftar dan belia baru di kawasan ini.

Belia Bokara mengucapkan terima atas insentif tersebut.

Gambar ehsan oleh : Roziana Sarabi.

Saturday, March 1, 2014

Majlis Penyerahan Projek PPR Sg,Manila Jalan Labuk Sandakan Oleh YAB Tan Sri Dato Hj Muhyiddin Hj MohdnYassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Sandakan ,01 Mac 2014";Warga Sandakan mengucapkan jutaan terima kasih atas komitmen Kerajaan Barisan Nasional dalam menjaga kebajikan rakyat Malaysia khasnya di Negeri Sabah.

Penyerahan kunci rumah kepada penerima-penerima Projek Rumah PPR ini sekaligus mencerminkan aku janji Parti Barisan Nasional dikotakan demi kesejahteraan rakyat.

Tahniah YAB Tan Sri dan juga barisan Pimpinan Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Tuesday, January 28, 2014

Penduduk Taman Poh hing Batu Sapi desak pihak berwajib selesaikan masalah Jalan raya.

Desakan penduduk sewajarkan bukan saja diambil perhatian akan tetapi ianya memerlukan tindakan drastik bagi menyelesaikan masalah struktu Jalan Raya Batu Sapi yang menyusahkan para penduduk di kawasan ini. Adalah menjadi tanggungjawab pihak berwajib untun turun padang menyelesaikan masalah tersebut serta memberikan penjelasan kepada penduduk setempat apakah sebenarnya enigma di sebalik isu jalan raya batu sapi ini.
Masalah yang berlarutan lebih 2 tahun ini telah menyebabkan imej Kerajaan terutama Wakil Rakyat kawasan ini yang telah dianggap penduduk seperti hanya melepas batuk di tangga. Apakah wakil rakyat hanya mampu bersuara tanpa menubuhkan Jawatankuasa Bertindak bagi menangani masalah ini? Adalah jelas wakil-wakil rakyat kawasan ini tidak seharusnya berpeluk tubuh dalam isu berbangkit yang dikemukakan rakyat.
Sebagai Ahli UMNO dan penyokong kuat Kerajaan dibawah Pimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ,adalah saya berharap pemimpin Parti tidak kira peringkat tampil untuk mengetengahkan isu ini sebagai isu rakyat yang sewajarnya diselesaikan segera. Sekada memberikan alasan ataupun pendapat,tidak memadai selagi jalan raya tersebut tidak diperbaiki dengan segera.