Monday, August 13, 2012
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Al-Mubarak kepada semua Warga Kampung Bokara dan Seluruh Umat Islam
Saya beserta Isteri dan Keluarga saya ingin mengucapkan Selamat hari raya aidilfitri ,maaf zahir dan batin kepada semua warga kampung bokara tidak kira di mana saudara saudari berada.
Ditujukan khas juga kepada semua Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan bokara serta ahli-ahli Pemuda UMNO Cawangan Bokara semoga dilebara tahun ini akan lebih memantapkan lagi kekuatan dan semangat perjuangan kita semua. Walaupun kita hanya ahli di peringkat akar umbi dalam UMNO, ingatlah bahawa dalam memperjuangankan Agama Bangsa dan Negara ianya tidak memerlukan jawatan yang tinggi,jawatan yang bergaji mahupun jawatan yang mempunyai kepentingan tertentu,tetapi bila di sebut Agama,ianya adalah Jihad, bila disebut bangsa ianya juga adlah Jihad,dan bila disebut Negara ianya juga adalah Jihad. Bersamalah kita berjihad mempertahankan Semangat Perjuangan ini sepertimana semangat pejuang yang terdahulu.
InsyaAllah,segala apa yang anda bantu,anda sumbangkan hanya Allah SWT yang akan membalasnya.
Salam Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin
Ikhlas daripada,
YASSER RASHDAN HJ HAMDAN
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Cawangan Bokara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment