Belajar Forex dengan saya

Sunday, August 12, 2012

Masalah PATI di Sabah

Sumber : Utusan Malaysia
KOTA KINABALU 11 Ogos - Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kehadiran pendatang asing di Sabah akan menyiasat segenap aspek isu berkenaan termasuk bilangan mereka yang diberikan kad pengenalan biru, kewarganegaraan dan sama ada didaftarkan sebagai pemilih. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, RCI juga akan menyiasat sama ada pemberian dokumen berkenaan adalah sah mengikut peruntukan undang-undang atau sebaliknya. Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan terhadap cadangan Kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan RCI di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 bagi menyiasat kehadiran pendatang asing di Sabah. "Ia akan dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong dengan dibantu oleh empat Pesuruhjaya dan dikehendaki menyelesaikan siasatan dalam tempoh enam bulan dari tarikh tauliah pelantikan dikeluarkan," katanya. Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Badan Perhubungan UMNO negeri dan Jawatankuasa Barisan Nasional (BN) negeri di sini hari ini. Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah dalam rangka lawatan sehari ke Sabah sempena majlis berbuka puasa bersama rakyat di Bongawan, Kimanis dekat sini. Najib berkata, empat Pesuruhjaya RCI ialah bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Prof. Datuk Seri Dr. Kamaruzaman Ampon; bekas Peguam Besar Sabah, Tan Sri Herma J. Luping; Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia yang juga bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Chin Poy-Wu dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Kee Mustafa. "Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Saripuddin Kasim dilantik sebagai Setiausaha suruhanjaya ini," katanya
.................................................................................... Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bokara berpandangan Penubuhan RCI yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini bagi menangani masalah kerakyatan Songsang PATI di Sabah, adalah tepat pada masanya. PATI yang boleh dikatakan telah lama ujud di Negeri mengundang beberapa masalah dalam Negeri yang sukar untuk di bendung. Jumlah PATI di Sabah yang ramai telah menyebabkan rakyat Sabah sendiri menghadapi masalah ini dalam jangka masa yang agak lama. Adalah tidak adil jika status kerakyatan Songsang di Sabah ini yang telah berlaku kian lama dibiarkan begitu sahaja. Apakah bumiputera Sabah ini sama taraf dengan mereka? Sudah tentu tidak. Oleh itu,pengumuman YAB Perdana Menteri berhubung penubuhan RCI ini adalah sangat sesuai dan InsyaAllah masalah yang kian berlarutan ini akan selesai dalam tempoh yang telah diberikan kepada RCI itu. Ini jelas sekali menunjukkan keperihatinan YAB Perdana Menteri dalam mendengar keluhan dan luahan rakyat Sabah khasnya agar perkara ini dapat ditangani segera melalui prosedur yang betul. Justeru itu, adalah tidak sesuai jika segelintir pihak hanya tahu menuding jari sedangkan perkara ini adalah menjadi tanggungjawab bersama. PATI tidak seharusnya ujud di Sabah apatah lagi pemberian taraf kerakyatan Negara ini di berikan kepada mereka. Mungkin Sabah dilihat tempat yang selamat untuk didiami dan tempat yang paling sesuai untuk golongan ini mencari rezeki tetapi biarlah di landasan yang mengikut undang-undang Negara ini. Kita berharap ,dengan tertubuhnya RCI di Sabah ini dalam menangani isu kerakyatan Songsang PATI di Sabah, ianya akan dapat membuka lembaran baru buat Negeri Sabah khasnya agar perkara ini tidak lagi menjadi isu utama untuk segelintir pihak menjadikannya modal kempen bagi menggulingkan kerajaan sedia ada. Kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Najib Tun Abd Razak adalah suatu kempinan yang terbaik buat masa ini dan beliau selaku pemimpin NO.1 Negara tidak mengambil ringan isu ini.Oleh itu, kita berbangga dengan kepimpinan dan pentadbiran yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri ini sememangya selaras dengan dasar Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan. Terima kasih YAB Perdana Menteri kerana mewujudkan RCI di Sabah,InsyaAllah isu kerakyatan songsang PATI di Sabah ini akan dapat tangani segera. Perjuangan tetap diteruskan.

No comments: