Thursday, August 30, 2012
Merdeka Merdeka Merdeka!
Hari ini 31 Ogos 2012 adalah hari dan detik bersejarah bagi setiap rakyat Malaysia. Kemerdekaan adalah impian bagi setiap Negara didunia ini yang menuntut keamanan,kebebasan dan keharmonian dalam membentuk Negara serta Kerajaan yang dipimpin oleh rakyat tanpa cengkaman Penjajah.
Pengorbanan pejuang-pejuang masa lalu amatlah besar maknanya kerana sehingga hari ini keamanan dan kemakmuran yang dikecapi oleh setiap pelusuk rakyat Negara ini adalah hasil pengorbanan daripada pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu.
Anak-anak yang lahir selepas Merdeka 31 Ogos 1957 adalah golongan yang bernasib baik kerana hidup dalam keamanan tanpa penindasan,peperangan mahupun kebuluran. Di Malaysia kita sangat bersyukur kerana Negara ini sehingga hari ini adalah Negara yang jauh daripada huru-hara dan masalah kebuluran mahupun ekonomi yang teruk berbanding Negara-negara yang lain.
Sebagai rakyat Malaysia, bersamalah kita pertahankan Kemerdekaan Negara ini daripada dinodai oleh musuh-musuh kita. Semoga Allah SWT senantiasa merahmati Negara Malaysia yang tercinta ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment