Monday, August 6, 2012
Salam Ramadhan
Hari ini genap 18 hari Umat Islam menunaikan Ibadah puasa. Saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya dalam siri kembara Tarawikh saya secara persendirian ke Masjid-masjid sekitar Sandakan dan di luar daerah Sandakan.
Boleh dikatakan hampir ke semua Masjid mempunyai tahap kebersihan yang baik dan susun atur untuk para jemaah juga sangat baik. Saya berasa syukur kerana di bulan mulia ini, jemaah di mana-mana Masjid yang saya pergi jumlahnya memang ramai,tidak kira usia kanak-kanak,remaja mahupun dewasa.
Malangnya disini, sesetengah Masjid yang saya pergi tidak menitik beratkan kebersihan tandas. Ada juga tandas yang terbiar kotor dan airnya melimpah. Saya sangat tidak bersetuju dengan apa yang saya lihat. Apakah petugas-petugas Masjid tidak nampak akan kejadian ini?. Perkara seperti ini boleh mencemarkan Imej pentadbiran Masjid itu sendiri, sukar untuk dikatakan kerana budaya masyarakat kita amat sukar untuk ditegur.
Tidak lah dapat saya nyatakan Masjid mana yang mempunya tanda yang kotor dan tidak bersihkan,cukuplah sekadar pengetahuan umum untuk peringatan kita bersama,agar dimasa-masa akan datang jika berlaku perkara seperti ini dihadapan kita,jangan lah buat-buat tidak tahu atau tidak ambil peduli. Masjid adalah tanggungjawab kita bersama,ini rumah Tuhan dan adalah menjadi tanggungjawab kita semua menjaga kesucian Masjid.
Kepada para pentadbir Masjid-masjid yang berkaitan, lihat-lihat kebersihan tandas itu, kerana bila tandas tidak dijaga dengan baik ,maka tempiasnya akan mengena kepada pentadbiran Masjid tersebut. Masjid tempat Ibadah, dan seharusnya menjadi tanggung jawab bersama menjaga kesuciannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment