Thursday, August 9, 2012
10 Ramadhan terakhir
Ramadhan yang mulia bakal meninggalkan kita tidak lama lagi. 10 Akhir Ramadhan ini sememangnya malam-malam yang dinanti oleh seluruh pelusuk umat Islam dunia kerana di akhir 10 Malam Ramadhan ini terdapat 1 malam yang penuh keberkatan yang mana ganjaran pahala amalan pada malam tersebut menyama'i seribu bulan,itulah yang dipanggil malam Lailatul Qadar.
InsyaAllah, mudah-mudahan di akhir 10 Ramadhan ini kita akan bertemu dengan Malam Lailatul Qadar. Hati terasa sayu bila masa berlalu tanpa kita rasai,kini Ramadhan berada dipenghujungnya. Bersamalah kita tingkatkan Ketaqwaan kita kepada Allah SWT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment