Belajar Forex dengan saya

Thursday, December 31, 2015

Selamat Tahun Baru 2016

Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua barisan Jawatankuasa UMNO Cawangan Kampung Bokara, Ahli-ahli Cawangan serta rakan-rakan dan keluarga di kampung bokara Sandakan.
Tidak dilupa juga kepada barisan pimpinan Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi yang diketuai oleh Sdr. Haji Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan dan rakan2 seperjuangan serta seluruh pimpinan UMNO Bahagian Batu Sapi secara amnya.
Tahun 2015 sudah semestinya masa kita dipenuhi dengan pelbagai kisah,peristiwa serta kenangan tak kira manis dan pahit mahupun suka serta duka. Dalam kita menempuhi cabaran hidup seharian, janganlah kita leka akan tanggungjawab kita untuk mengingati Allah SWT tiap masa tak kira tempat walau dimana kita berada. Kita sebagai hambanya wajib berasa syukur kerana masih dibenarkan bernafas dibumi indah ini serta diberi kudrat tenaga untuk berjuang demi mempertahanKAN Agama Islam,Bangsa Bumiputera dan Tanahair serta Parti UMNO.
Bersama kita panjatkan doa agar 2016 ini Negara kita selamat serta berada dalam keadaan aman dan damai dibawah lindungan Allah SWT. Kita sedia maklum bahwa,tidak semua negara di dunia ini aman dan damai. Oleh itu kita perlu tekadkan semangat juang bersatu padu sekalipun kita berbeda fahaman politik,kerana perpaduan adalah jaminan untuk sesebuah Negara itu aman dan damai.
Disamping itu juga, kita berharap agar pernag dingin dan krisis pimpinan dalaman UMNO peringkat Pusat dapat selesai dan reda kerana apa yang menjadi fokus utama pada masa ini adalah untuk membantu Kerajaan dibawah Pimpinan  YAB Perdana Menteri agar bersama memastikan kestabilan politik serta kuasa pemerintahan UMNO kekal sehingga PRU14 akan datang. Sebagai pemimpin agar umbi,saya tidak mahu melihat perang dingin di peringkat pusat akan menyebabkan ahli diperingkat akar umbi akan menjadi pecah belah dan menyebabkan keyakinan rakyat terhadap Parti UMNO semakin pudar dan hilang.
Apapun situasinya,bagi diri saya sendiri, saya lebih memfokuskan kerja-kerja menambahkan ahli UMNO diperingkat cawangan serta kerja-kerja kebajikan untuk para ahli juag menjadi keutamaan dalam perjuangan saya untuk membantu Parti UMNO. Masa berjalan begitu pantas,kita tidak pasti bagaimana pula aura dan cabaran yang bakal UMNO serta BN hadapi gelombang PRU14 akan datang. Oleh yang demikian,bersamalah kita tekadkan semangat dan lipatgandakan usaha demi untuk memastikan UMNO kekal relevan sebagai pemerintah di Negara Malaysia tercinta ini.

Akhir kata,selamat tahun baru 2016, semoga kita semua beroleh kejayaan dan mendapat rahmat dari Allah SWT.


Tuesday, December 29, 2015

LAKUKAN 2 KERJA, SETUJU ATAU TIDAK?

LAKUKAN 2 KERJA  UNTUK TAMPUNG KOS SARA HIDUP
Saya terbaca artikel kenyataan Seorang Menteri Persekutuan yang menyarankan agar rakyat di Negara ini melakukan 2 kerja dalam seharian bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
Ramai komentar di Facebook menyatakan pandangan,kritikan serta komen mengenai saranan menteri berkenaan. Saya secara peribadi masih tertanya-tanya apakah rasionalnya menteri tersebut mengeluarkan kenyataan sedemikian? Tidak beliau peka terhadap kemarahan rakyat terhadap perlaksanaan GST yang masih memerlukan penambahbaikan? Malah kos sara hidup rakyat meningkat ekoran harga barangan keperluan yang semakin meningkat. Tidak kita samaada apapun status jawatan menteri berkenaan, ianya telah menimbul pelbagai reaksi rakyat yang sekaligus mencerminkan persepsi negatif terhadap beliau. 
Justeru itu diharapkan agar menteri berkenaan memikirkan semula saranan tersebut.

Berikut adalah salah satu artikel yang mana MTUC menyarankan agar menteri berkenaan menarik balik kenyataan tersebut.

 
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Ahmad Maslan telah menerima kritikan kerana mencadangkan golongan berpendapatan rendah perlu bekerja pada dua pekerjaan untuk menyara hidup.

Malaysia Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) Setiausaha Agung N Gopal Krishnam mengutuk cadangan yang dilaporkan di Astro Awani Sabtu lepas, berkata kerajaan sebaliknya perlu mencadangkan strategi untuk meningkatkan pendapatan.

"MTUC adalah kuat berpendapat bahawa cadangan itu bukan satu idea yang membina untuk membawa.

"Sebaliknya, MTUC mahu kerajaan memikirkan semula pendekatan dan merangka strategi-strategi yang berkesan untuk memastikan bahawa semua pekerja, tidak kira sama ada dalam sektor swasta atau awam, mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk menyara diri dan keluarga mereka," kata Gopal dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Astro Awani, Ahmad berkata kerajaan menggalakkan yang sukar diperoleh ditekan rakyat Malaysia mengambil pekerjaan kedua.

"Saya rasa tidak salah (mempunyai dua pekerjaan) di Malaysia, walaupun kita mempunyai peraturan-peraturan, tetapi ia masih salah satu cara untuk menangani kenaikan kos sara hidup.

"Mereka boleh bekerja pada waktu pejabat (8:00-5:00) dan masih menjalankan perniagaan online mereka ... Selagi mereka mempunyai tidur yang cukup dan datang untuk bekerja.

"Mereka boleh menjalankan perniagaan mereka pada hujung minggu," saluran berita itu memetik Ahmad berkata.

Selain MTUC, timbalan menteri itu juga menerima cemuhan di ruang siber lebih laporan itu.

'Tidak menggalakkan moonlighting'

Gopal berkata, bekerja dua pekerjaan adalah satu amalan yang tidak sihat dan menggesa kerajaan untuk sebaliknya menggalakkan ia.

"Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Ahmad Maslan, MTUC belives dalam penyelidikan yang menunjukkan mempunyai dua pekerjaan akan membawa kepada kesan negatif dari segi kesihatan dan produktiviti pekerja.

"Mereka tidak akan mempunyai masa yang berkualiti dengan keluarga mereka, dan jika ini berlaku, kita bimbang bahawa lebih banyak masalah sosial akan berlaku dalam jangka masa panjang.

"Jika kerajaan terus menggalakkan skim dua pekerjaan, ia akan menjejaskan produktiviti keseluruhan organisasi mereka bekerja untuk, dan negara keseluruhannya," kata Gopal.


 
 


 
 
 

Saturday, December 26, 2015

AL-Fatihah kepada Allahyarham Encik Sulaiman Bin Abdullah atas kembalinya beliau ke Rahmahtullah ketika menunaikan Ibadah UMRAH di Tanah Suci Mekah.

Foto terakhir Allahyarham Encik Sulaiman Bin Abdullah di lapangan terbang Sandakan bersama Isteri sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah.

Allahyarham Encik Sulaiman Abdullah adalah Pakcik Saya dan beliau mengerjakan Umrah bersama Isterinya Fatimah Hj Syed Kassim yang juga adik kepada Ibu Saya pada 14 Disember 2015.
          Hampir seminggu berada di Tanah Suci, pada jam 12:00 malam waktu Malaysia bersamaan 21 Disember 2015,Allahyarham telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di sana selepas menunaikan tawaf.
Pemergian Allahyarham sangat dirasai keluarga kerana beliau adalah seorang yang sangat baik,peramah dan suka menolong orang. Sifat pendiam dan rendah dirinya dari zaman saya kanak-kanak lagi menjadikan Allahyarham cukup disenangi oleh semua lapisan keluarga.
Secara peribadi,saya berasa sangat sedih pemergian arwah ini adalah satu kehilangan besar dalam keluarga kami.
Kepada rakan-rakan serta sesiapa yang mengenai Allahyarham Encik Sulaiman Abdullah ini,bersama kita sedekahkan Surah Al-Fatihah, semoga Allahyarham diletakkan bersama orang-orang yang beriman. Uncle Man.... Kami amat merindui mu.....................
-By 
YASSER  RASHDAN

26.12.2015
09.13pm 
 




Saturday, December 19, 2015

Perpaduan UMNO & PAS adalah perlu dipandang Positif Demi Kelangsungan Menegakkan Syiar Islam dan Kestabilan Politik di Negara ini

Saya secara peribadi amat bersetuju yang mana Kerjasama diantara Pimpinan UMNO dan PAS adalah sangat penting untuk memastikan kelangsungan menegakkan Syiar Islam dan Kestabila Politik dalam negara ini.
Pada Saya UMNO bersikap terbuka untuk mewujudkan kerjasama kepada Pimpinan Pas bahawa kerjasama dan Ukhwah ini adalah satu alternatif terbaik agar usaha untuk memastikan keharmonian dan keamanan rakyat dapat dikekalkan.
Saya berharap,usaha positif ini akan berkekalan untuk masa ini tetapi untuk masa-masa akan datang. PAS kini dalam dilema Penyertaan mereka dalam "Pakatan Rakyat (PR)" kerana dengan Kewujudan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang telah bersama-sama mewujudkan " Pakatan Harapan" yang tidak disertai PAS tetapi di sertai pula oleh PKR dan DAP. Ini sekaligus memperlihatkan kepincangan PAS dan bekas Ahli PAS yang telah mewujudkan Parti Amanah Negara.
Jueteru itu, saya berpandangan adalah eloknya PAS pada masa ini sewajarnya mempertimbangkan untuk memberikan kerjasama kepada UMNO untuk muafakat dalam mentadbir negara ini khasnya dalam memastikan kestabilan politik dan dasar-dasar negara dapat di realisasikan dengan lebih baik.

Sunday, December 13, 2015

UMNO 2015 : Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia



" Rakyat sudah sampai ke 'Breaking Point' !, jangan di tambah lagi minyak ke dalam api kemarahan rakyat" -KJ

HENTIKAN SEGALA KENAIKAN :- KJ

Saya menyokong penuh usul daripada Ketua Pegerakan Pemuda UMNO Malaysia,Sdr Khairy Jamaluddin yang menggesa agar Kerajaan melalui agensi berwajib dapat menghentikan segala kenaikan harga seperti tiket,tambang, dan segala kenaikan kerana ianya sungguh membebankan rakyat yang berpendapatan rendah. Gesaan ini dibuat oleh beliau ketika memberikan ucapan dasarnya dalam Persidangan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia baru-baru ini.
Saya juga berbangga dengan pendirian Khairy yang menyatakan beberapa teguran terhadap pentadbiran kerajaan mahupun krisis dalaman Parti. Bagi beliau,keutamaan dalam memperkasakan perjuangan parti dalam membela nasib rakyat adalah nadi utama untuk memfokuskan halatuju UMNO agar senantiasa relevan sebagai Parti tunggal bangsa Melayau dalam Negara ini.
Tahniah kepada Sdr,Khairy kerana ketegasan dan pendirian yang cukup membanggakan.

Saturday, December 12, 2015

ISU JURURAWAT : HORMATI SENSITIVITI AGAMA

Saya secara peribadi sangat bersetuju dan menyokong kenyataan yang dibuat oleh Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dalam satu kenyataan yang dibuat kepada Utusan Malaysia bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden MMA, Dr. Ashok Zachariah Philip tersebut jelas menunjukkan beliau tidak menghormati sensitiviti agama dan tidak berpijak di bumi nyata.
Malaysia adalah sebuah Negara yang meletakkan Islam itu sebagai Agama Rasmi Persekutuan dan segala peraturan dan undang-undang dalam Negara ini ianya wajib di patuhi.
Bagi diri saya sendiri,adalah elok Presiden MMA Dr. shok Zachariah Philip ini menarik balik kenyataan yang dibuatnya dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam.
Kenyataan penuh oleh Ketua Aktivis PPIM bolehlah rujuk di :-http://www.utusan.com.my/berita/nasional/isu-jururawat-hormat-sensitiviti-agama-1.168418