Belajar Forex dengan saya

Thursday, November 28, 2013

Gelaran ‘Kucing Kurap’ : Jangan Lupa Jasa Kakitangan Awam

Gelaran ‘Kucing Kurap’ : Jangan Lupa Jasa Kakitangan Awam
Oleh : Azman Abas
KUALA LUMPUR, 27 Nov – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirleen melahirkan rasa sedih melihat istilah yang didakwa dibuat oleh Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi terhadap penjawat awam di negeri itu dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.
Menurut beliau istilah ‘kucing kurap’ bukanlah jalan terbaik dan penggunaan kata-kata yang mengguris hati seharusnya dielakkan kerana kakitangan awam juga merupakan sebahagian besar penyumbang kepada pentadbiran.
“Saya sendiri terguris sebab saya tahu sebahagian besar mereka ini penggerak pentadbiran..kenapa mereka harus diheret dalam kancah politik sebegini. Kalau marah sekalipun jangan guna perkataan yang mengguris hati orang.
“Jadi saya nasihatkan supaya ada tindakan yang diambil oleh pihak yang berkenaan supaya perbuatan kurang ajar macam ini jangan berulang lagi. Kita tidak pilih pemimpin mana…dalam soal ini beliau kena bertanggungajwab,” katanya kepada UMNO-Online.
Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerjaraya seterusnya menambah beliau terkejut dengan apa yang berlaku itu.
“Saya sangat terkejut mengenai perkara itu. Tentunya ramai yang marah termasuklah saya sendiri dan juga kakitangan awam lain tanpa beliau memikirkan sumbangan mereka ini kepada pentadbiran negara.
“Apa yang kita capai selama ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh mereka ini (penjawat awam). Jadi saya nasihatkan beliau kalau nak cari publisiti murahan janganlah sampai menyentuh hati…saya tengok ini tidak sepatutnya…pendekatan beliau itu tanpa memikirkan kesan,” ujarnya. -MediaUMNO
share from : www.umno-online.my

No comments: