Belajar Forex dengan saya

Friday, March 29, 2013

Satu Briged PGA Ditempatkan Di ESSZONE- Hishammuddin

Satu Briged PGA Ditempatkan Di ESSZONE- Hishammuddin KUALA LUMPUR, 25 Mac – Satu briged Pasukan Gerakan Am (PGA) akan diletakkan di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) bertujuan memperkukuh ketenteraman awam dan kesejahteraan penduduk di kawasan itu. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata penempatan PGA itu sebagai kekuatan tambahan kepada lima batalion Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditempatkan di kawasan berkenaan. “Kita akan tambah briged PGA itu di peringkat polis yang ada di Sabah dan bergabung dengan lima batalion ATM untuk memperkukuhkan Sabah,” katanya kepada pemberita selepas majlis peringatan Hari Polis ke-206 di sini, hari ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan ESSZONE membabitkan daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau yang berkuat kuasa hari. Berikutan itu, jumlah polis sokongan di negeri berkenaan dijangka ditambah selain memperluas Unit Rondaan Bermotosikal (URB). “Kita sedang fikir untuk menambah polis sokongan di estet-estet dan kawasan Felda di Sabah dan perluaskan URB seluruh negara yang mana di Sabah, URB akan beroperasi di taman-taman perumahan termasuk di Sandakan dan Kota Kinabalu,” kata Hishammuddin. URB menggunakan motosikal Kawasaki Ninja berkuasa 250 cc. Daripada 1,000 unit yang diperuntukkan untuk peringkat awal, 560 dibekalkan kepada polis di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang, manakala baki akan diagih secara berperingkat bagi tujuan rondaan di kawasan perumahan dan perniagaan. Hishammuddin berkata perdana menteri turut meluluskan peruntukan untuk pembelian tambahan motosikal itu kerana yakin terhadap kemampuan URB dalam mengurangkan jenayah. Dalam pada itu, beliau berkata tujuh balai polis akan dibina di pulau-pulau strategik, manakala tempat keluar masuk yang dikenal pasti akan mempunyai pusat kawalan imigresen serta Kompleks Kastam dan Kuarantin (CIQ). Menurutnya, tiga balai polis sementara menggunakan kabin telah tiba di Lahad Datu dan akan beroperasi dalam masa terdekat sementara menunggu pembinaan tujuh balai polis tetap. Mengenai rakyat di Sabah yang terpaksa dipindahkan bagi tujuan keselamatan, Hishammuddin berkata beberapa lokasi telah dikenal pasti bagi tujuan itu dan lokasi tersebut boleh diterima penduduk terlibat. Antara kawasan terlibat ialah perkampungan air dan beberapa kawasan perkampungan di bandar yang menjadi kawasan panas jenayah, katanya sambil berharap tiada pihak cuba mengambil kesempatan untuk melaga-lagakan penduduk berhubung perkara itu. share from www.umno-online.my

No comments: