Belajar Forex dengan saya

Friday, March 29, 2013

Jangan Terikut Stail Politik Longkang Pakatan Pembangkang – Khairy

Oleh : Wan Hafiz Hamzah KUALA LUMPUR, 16 Mac – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Malaysia, Khairy Jamaluddin meminta semua aktivis siber Pemuda BN agar tidak terikut-ikut dengan pendekatan politik longkang pakatan pembangkang yang lebih suka menabur fitnah dan tohmahan yang tersebar luas di dalam media sosial hari ini. Menurut beliau, aktivis siber Pemuda BN perlu lebih berhemah dalam usaha menyebarkan maklumat bagi menangkis fitnah dan tohmahan dengan disertai hujah yang berdasarkan fakta-fakta, bukti yang sahih dan benar. “Kita tak perlu terikut-ikut untuk main politik longkang sepertimana mereka dari pakatan pembangkang. Jelas pada kita hari ini, mereka dari pembangkang cukup mudah menabur tohmahan dan fitnah dalam dunia siber. Kalau pakatan pembangkang suka main politik longkang sebegitu, biarkan mereka dengan cara mereka. “Saya yakin rakyat juga tidak bersetuju dan menentang politik longkang pakatan pembangkang hari ini. Justeru itu, aktivis siber Pemuda BN, yang juga menjadi penyebar maklumat dalam dunia media baru hari ini perlulah lebih baik, lebih mulia dan lebih berhemah pendekatannya berbanding dengan mereka dari pakatan pembangkang,” tegas beliau ketika berucap di dalam program Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN di Royale Bintang Damansara, Kota Damansara hari ini. Selain itu, beliau juga menegaskan penyampaian aktivis siber Pemuda BN perlulah dengan cara yang lebih baik dan berhemah yang dapat menawan hati dan minda rakyat bagi mempermudahkan penerimaaan rakyat terhadap maklumat yang disalurkan. “Kalau kita dapat memberikan hujah yang penuh dengan statistik, bukti yang jelas dan kukuh, maka tidak ada siapa yang boleh sanggah maklumat yang kita berikan. Maka dengan itu, kita dapat mempengaruhi dan merasionalkan pemikiran rakyat dengan fakta dan bukti sahih yang kita sebarkan melalui media sosial hari ini. “Tetapi kita perlu ingat, dalam menawan hati dan minda rakyat, kita bukan sekadar memerlukan fakta yang kukuh, atau bukti yang jelas, tetapi cara dan corak penyampaian kita dengan berhemah juga amat penting untuk memastikan maklumat yang ingin kita sampaikan itu menyentuh hati rakyat terutamanya pada golongan muda,” katanya. Program Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN dihadiri oleh lebih 500 aktivis BN Youth Cyberteam (BNYCT) dari seluruh pelusuk negara ini yang turut menyaksikan pelancaran aplikasi BN Youth untuk pengguna telefon bimbit yang menggunakan sistem Android. Manakala bagi pengguna Iphone dan Blackberry, aplikasi ini boleh dimuat turun dalam masa yang terdekat. Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN ini turut dihadiri oleh pemimpin pemuda parti komponen antaranya Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong, Ketua Pemuda PPP, Haridz Mohan, Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Lian, Ketua Pemuda Gerakan Pahang, Ong Boon Hong, bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, dan beberapa pemimpin BN yang lain.- MediaUMNO

No comments: