Belajar Forex dengan saya

Friday, November 16, 2012

Kepimpinan PAS Di Minta Berhenti Bohongi Ahli dan Rakyat Tentang Perlaksanaan Hudud dan Negara Islam

Kepimpinan PAS Di Minta Berhenti Bohongi Ahli dan Rakyat Tentang Perlaksanaan Hudud dan Negara Islam


Kuala Lumpur, 16 Nov -  PAS dilihat sanggup mengorbankan prinsip perjuangan mereka untuk menegakkan negara Islam dan secara berterusan membohongi ahli dan rakyat tentang usaha mereka untuk menegakkan negara dan undang-undang Islam di negara ini semata-mata demi kepentingan kuasa dan politik mereka.

Justeru itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Dato Zulkifli Nordin meminta agar kepimpinan PAS supaya berhenti dari berbohong kepada ahli-ahli parti mereka serta rakyat, tentang usaha mereka untuk mendirikan negara Islam dan melaksanakan undang-undang hudud di negara ini.

“Pada 18 Disember 2009, secara sedar kepimpinan tertinggi PAS menandatangani perjanjian persefahaman pakatan antara DAP dan PKR di mana di dalam perjanjian tersebut, sekiranya Pakatan Pembangkang menguasai kerajaan, negara Islam, hudud, Qisas dan takzir tak ada dalam agenda. Mereka sedar tentang perkara itu tetapi kepimpinan PAS tetap menandatangi perjanjian tersebut.

“Saya antara orang yang menyaksikan perjanjian tersebut. Saya tahulah tentang perkara itu. Bahkan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang  berulang kali mengatakan bahawa persepakatan antara PAS, DAP dan PKR tidak termasuk agenda Islam dan perlaksanaan undang-undang jenayah Islam!,” tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Sebab itu kata beliau lagi, ahli-ahli PAS perlu membuka mata bahawa segala agenda hudud dan perlaksanaan negara Islam yang diperkatakan saban hari oleh kepimpinan PAS, tidak akan menjadi realiti sekiranya ditakdirkan Pakatan Pembangkang berjaya menguasai pusat pentadbiran Putrajaya.

“Pada saya, ahli-ahli PAS akar umbi dibohongi oleh kepimpinannya sendiri. Sebab itu saya pernah buat kenyataan supaya ahli PAS untuk mendesak mengadakan satu muktamar agung khas untuk membentangkan betul-betul apa perjanjian dan isu-isu berkenaan hal hudud dan perlaksanaan negara Islam.

“Kepimpinan PAS perlu dedahkan kepada ahli akar umbi bahawa di dalam Pakatan Pembangkang bahawa hudud dan negara Islam tidak ada dalam agenda sekiranya Pakatan Pembangkang memenangi PRU yang akan datang ini. Beritahu pada ahli, bahawa Anwar saebagai ketua pembangkang, berpendirian bahawa tidak akan perlaksanaan hudud dan negara Islam sekiranya mereka berkuasa,” tegasnya lagi.

Tambahnya lagi, sekiranya perkara itu sudah didedahkan kepada ahli akar umbi, maka terpulanglah kepada ahli akar umbi samada untuk menyokong atau tidak keputusan berkenaan isu hudud dan perlaksanaan Islam sepertimana yang diputuskan oleh kepimpinan tertinggi ke tiga-tiga parti di dalam Pakatan Pembangkang.

“Kalau mereka dah tau tentang hal itu, tetapi mereka mahu menyokong juga terpulanglah pada mereka. Apa yang penting, kepimpinan PAS perlu memberitahu secara telus dan jujur tentang pendirian dan perjanjian di dalam Pakatan Pembangkang di dalam isu hudud dan perlaksanaan negara Islam, “ jelasnya.

Beliau juga meminta agar rakyat khususnya ahli PAS agar tidak membuat kesilapan seperti mana yang pernah dilakukan olehnya dan rakan-rakan yang mana secara sembrono dan membabi buta menyokong Anwar Ibrahim.

“Kita kena periksa dululah, samada apa yang kita dengar itu betul atau tidak. Jangan ulang lagi kesilapan saya dan kawan yang menyokong tanpa usul periksa. Hari ini apabila saya mula meneliti dan memeriksa dengan lebih mendalam, semakin lama semakin jelas, begitu banyak benda-benda yang tidak betul berlaku,” katanya. -MediaUMNO

No comments: