Belajar Forex dengan saya

Monday, November 12, 2012

Hubungan Tidak Selari Kerajaan Pusat-Negeri Bawa Kesan Tidak Sihat Kepada Rakyat – Shafie

SEMPORNA, 3 Nov – Naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata hubungan tidak selari atau tidak akrab antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri boleh menjejas usaha kerajaan pusat membantu memajukan rakyat. Beliau berkata banyak projek untuk rakyat di beberapa negeri yang ditadbir kerajaan pakatan pembangkang termasuk Projek Loji Rawatan Air Langat 2 menghadapi masalah disebabkan hubungan kerajaan pusat dan negeri yang tidak mesra. “Sebagai contoh, bantuan yang kita berikan kepada negeri Selangor dan Kelantan untuk penyelenggaraan jalan raya di negeri itu tidak digunakan untuk jalan tetapi untuk kepentingan lain. Sebahagian kecil sahaja untuk tujuan asal,” katanya. Shafie berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Pelancaran Kluster Rumpai Laut Sabah yang disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar di sini hari ini. Menurut Shafie projek bekalan air untuk masyarakat Orang Asli di Gua Musang, Kelantan, di bawah kementeriannya juga menghadapi masalah disebabkan tindak-tanduk kerajaan negeri yang tidak mesra dengan kerajaan pusat (persekutuan) meskipun projek itu untuk rakyat. Katanya suatu masa dahulu, ketika Sabah ditadbir oleh kerajaan negeri yang tidak sehaluan dengan kerajaan pusat, pembangunan di negeri itu terbantut disebabkan kesukaran mendapat dana atau bantuan sehingga merugikan Sabah dan penduduk negeri itu sendiri. “Nak atasi masalah air di negeri Selangor, (tetapi) dia (kerajaan Selangor) cuma melihat dari sudut politik dan kuasa yang ada mereka. “Dia tidak fikir kepentingan rakyat, bukan sahaja di Selangor tetapi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dan kawasan sekitarnya,” katanya. Beliau berkata kerajaan negeri Selangor perlu lebih bertanggungjawab menyelesaikan masalah air di negeri itu dan bukan mempolitikkan isu air semata-mata untuk meraih undi. share from : www.omno-online.com

No comments: