Belajar Forex dengan saya

Monday, November 12, 2012

1MOCC Sejajar Dengan Prinsip Rakyat Didahulukan – Najib

PUTRAJAYA, 12 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC), sebuah pusat penyelesaian setempat untuk rakyat mengemukakan pertanyaan, aduan atau cadangan mengenai perkhidmatan awam. Beliau berkata pusat yang beroperasi 24/7 termasuk pada cuti umum itu sejajar dengan prinsip rakyat didahulukan dan percaya ia dapat meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat. “Saya yakin dan percaya 1MOCC ini benar-benar dapat meletakkan perkhidmatan awam dan kerajaan sebagai satu yang dibanggakan oleh rakyat. “Saya amat berharap 1MOCC ini disokong dan didokong sepenuhnya oleh semua jabatan dan agensi kerajaan atas semangat kita sebagai satu entiti…,” katanya pada majlis pelancaran 1MOCC di sini hari ini. Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G. Palanivel dan Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohamad Zabidi Zainal. 1MOCC merupakan satu projek ‘National Flagship’ di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang membolehkan orang awam mengemukan pertanyaan, aduan atau cadangan kepada pelbagai agensi kerajaan menggunakan nombor rujukan tunggal 03 8000 8000. Selain itu, pengguna boleh memilih untuk menggunakan faks di talian 03 8000 8001, melayari laman web di www.malaysia.gov.my, e-mel 80008000@1mocc.gov.my dan laman-laman sosial iaitu facebook.com/myGovernment dan twitter.com/myGovPortal. Perdana menteri berkata inisiaitf itu akan lebih memudahkan rakyat kerana hanya satu nombor yang perlu diingat selain membolehkan kerajaan mencapai objektif dengan kos minima. “Dengan cara ini, kita ada satu perkhidmatan yang revolusionari, tiada tolok bandingan di mana-mana negara. Kita sudah mencapai sesuatu yang di luar jangkaan yang mungkin tidak terfikir oleh kita dan hari ini ia menjadi satu kenyataan,” katanya. Pada masa sama, perdana menteri meminta penjawat awam untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan berkesan secara kolektif bagi memenuhi jangkaan dan aspirasi rakyat. Beliau berkata penjawat awam tidak boleh melakukan perkara-perkara lazim sebaliknya mesti menggunakan keupayaan untuk berfikir secara kreatif dan inovatif bagi mencetus idea yang lebih unggul. “Kalau kita tidak membuat perubahan dan penambahbaikan yang begitu ketara, maka kita akan ketinggalan dari sudut persaingan global sebab yang membezakan sama ada negara itu berjaya atau tidak ialah keupayaan untuk berdaya saing,” katanya. Najib yang berbangga dengan pencapaian Malaysia sebagai negara ke-12 dalam kalangan 185 negara ekonomi dunia dalam penarafan pelaksanaan perniagaan 2012 oleh Bank Negara, berharap Malaysia akan berada di kedudukan 10 teratas dalam masa terdekat. share from : www.umno-online.com

No comments: