Belajar Forex dengan saya

Wednesday, September 9, 2015

TERIMA KASIH KEPADA PRESIDEN UMNO DAN BARISAN MAJLIS TERTINGGI KERANA MENGEKALKAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN ,DATUK SERI SHAFIE APDAL DAN DATUK SERI MUKHRIZ TUN MAHATHIR,SEKALIGUS MENOLAK SPEKULASI BAHAWA 3 PEMIMPIN INI ANTARA YANG BAKAL DI PECAT.

Bagi pihak UMNO Cawangan Bokara,saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Presiden UMNO YAB Datuk Seri Panglima Hj Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak dan barisan Majlis Tertinggi UMNO setelah selesai mesyuarat MT pertama selepas rombakan kabinet kerajaan pada julai 2015 lepas.
Demi kelangsungan perjuangan Parti UMNO selaku payung kepada Barisan Nasional,adalah lebih penting masa ini Parti UMNO di semua peringkat dari atas hingga ke peringkat Cawangan perlu bekerja lebih kuat agar persepsi negatif terhadap kerajaan Barisan Nasional pada masa ini dapat di tangani dengan lebih baik.
Kepercayaan rakyat Malaysia terhadap Kerajaan Pemerintah pada hari ini perlu di perkasakan lagi ekoran pelbagai fitnah,tohmahan serta berita2 negatif yang disebarkan melibatkan Kerajaan secara tidak langsung mengakibatkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan akan tergugat.
Oleh itu,diharap UMNO pada masa ini dapat memfokuskan masalah rakyat disemua peringkat yang mana usul2 diperingkat cawangan perlu diambil kira dan dititikberatkan agar mesej serta dasar kerajaan itu betul2 membantu rakyat dan sampai kepada yang berhak.
Disamping itu juga,kita diperingkat akar umbi ini mahu agar Parti2 Komponen Barisan Nasional juga mesti melipatgandakan usaha agar rakyat kembali mengundi calon2 mewakili Parti mereka. Kita tidak mahu,hanya UMNO sahaja kerja kuat turun padang mendengar keluh kesah masalah rakyat.
Sebagai ringkasan, kini Media Massa melalui Internet umpanya menjadi platform utama penyebaran maklumat,tidak betul atau tidak sumbernya ,jika rakyat tersalah tafsir dan terima bulat2 penyebaran berita tersebut,maka ianya akan menjadikan persepsi negatif terhadap pemimpin malah kepada kerajaan pemerintah.
Teruskan perjuangan,
BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT
YASSER HAMDAN
Ketua UMNO Cawangan Bokara
Pengerusi Biro Bridget Kesatria Muda Pemuda UMNO Batu Sapi
10.09.2015

Sunday, January 25, 2015

Selamat datang Tahun 2015

Assalammualaikum kepadasemua rakanblogger dan pembaca sekalian. Dikesempatan ini admin ingin memaklumkan bahawa pada tahun 2014 yang lepas agak kurang kemaskini laman web tersebut. Ini berikutan komitmen masa yang agak sibuk sehingga tidak mempunyai ruang dan kesempatan untuk kemaskini perkembangan terbaru serta berita semasa. Sungguh begitu, terima kasih juga kepada para pengunjung laman di seluruh Negara yang melayarilaman ini walaupun tidak kemaskini sejak April 2014. InShaaAllah ditahun 2015 ini,admin akan perkemaskini dan paparkan aktiviti sepanjang tahun ini serta 2014 yang lepas yang mana sesuai untuk dipaparkan. Kita imbas sejenak sekitar 2014 yang lalu, Negara kita Malaysia digemparkan dengan Misteri kehilangan Pesawat MAS jenis Boieng 777 MH370 yang hilang sejak mac tahun lepas dan sehingga kini ianya masih belum menunjukkan tanda-tanda sebarang penemuan pesawat tersebut. Tidak cukup dengan itu,pada Julai 2014 Negara digemparkan sekali lagi dengan Tragedi Nahas MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine dan ini sekaligus menjadi 2 pesawat MAS menjadi tragedi pada tahun lalu,bila tiba penghujung 2014 ,Negara sekali lagi digemparkan dengan Tragedi Pesawat QZ8501 milik Air Asia yang jatuh terhempas dilaut. Di tahun 2014 sahaja,terlalu banyak ujian dan cabaran yang dihadapi Negara, ini menjadikan semangat penyatuan dan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia memerlukan muafakat yang lebih erat dan kuat. Disebalik musibah yang menimpa negara, sewajarnya kita harus ingat akan sebab ianya berlaku. Allah SWT tidak akan mendatangkan sesuautu ujian samaada kecil atau besar tanpa sebab disebaliknya. Ingatlah ,Allah SWT Maha Mengetahui, Semoga ditahun 2015 ini,akan lebih menjadikan kita lebih kuat untuk menempuhi segala cabaran yang dihadapi. YASSER HAMDAN

Tuesday, March 11, 2014

Raja Bomoh muncul di KLiA bantu kesan Pesawat MH370 yang hilang. Apakah saudara saudari bersetuju dengan amalan yang boleh dianggap "khurafat" ini?

"Raja Bomoh" muncul di KLiA untuk turut membantu mengesan Pesawat MH370 yang hilang.
Amalan seperti ini sewajarnya tidak menjadi keutamaan dalam masyarakat kita apatah lagi dalam isu besar seperti kehilangan Pesawat MH370 ini. Persepsi orang awang akan menilai dari bermacam sudut apakah sebenarnya dengan hanya menggunakan teropong Bomoh ini mampu memberi petunjuk atau penyebab Pesawat MH370 ini hilang? Sebagai umat Islam kita sewajarnya kembali kepada Al-Quran dan Sunnah agar kita tidak jauh terpesong dari amalan khurafat yang boleh menyimpangkan akidah kita itu sendiri. Dengan Usaha dari pelbagai Negara membantu mengesan pesawat MH370 yang hilang,negara-negara lain menggunakan kapal perang,helikopter,kapal terbang,submarine,imej satelit dan pelbagai lagi kaedah demi untuk mengesan pesawat ini boleh pula dengan hanya berbekalkan dua buah teropong bomoh ini mampu mengatasi semua teknologi diatas?. Apabila usaha ini sukar, eloklah kita bermunajat serta mengadakan Solat Hajat berterusan kepada Allah SWT agar semua usaha ini dipermudahkanNya kerana hanya Allah SWT Maha Mengetahui akan kedudukan pesawat ini. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya, berdoa dan berserahkan lah kepada ALLAH ,InShaAllah...Doa kita semua akan dimakbulkanNya. Semoga Krew dan penumpang pesawat MH370 selamat ditemui semula.

Friday, March 7, 2014

MH370 Pesawat MAS Boeing 777 dari KL-Beijing disahkan hilang dari kawalan radar.

Sabtu 08 Mac 2014 ,Sebagai rakyat Malaysia,bersamalah kita mendoakan keselamatan para penumpang yang berada dalam pesawat tersebut.

Belia Bokara terima sumbangan alatan daripada Kementerian Belia Dan Sukan yang disampaikan oleh YB Datuk Linda Tsen Thau Lin,Ahli Parlimen Batu Sapi

07 Mac 2014 ,Sandakan. Satu majlis mesra rakyat Ahli Parlimen Batu Sapi telah diadakan di Restoran Sandy Plain Seafood bersama belia Parlimen Batu Sapi.

Dalam majlis tersebut,satu penyampaian sumbangan alatan sukan kepada persatuan2 belia berdaftar dan belia baru di kawasan ini.

Belia Bokara mengucapkan terima atas insentif tersebut.

Gambar ehsan oleh : Roziana Sarabi.

Saturday, March 1, 2014

Majlis Penyerahan Projek PPR Sg,Manila Jalan Labuk Sandakan Oleh YAB Tan Sri Dato Hj Muhyiddin Hj MohdnYassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Sandakan ,01 Mac 2014";Warga Sandakan mengucapkan jutaan terima kasih atas komitmen Kerajaan Barisan Nasional dalam menjaga kebajikan rakyat Malaysia khasnya di Negeri Sabah.

Penyerahan kunci rumah kepada penerima-penerima Projek Rumah PPR ini sekaligus mencerminkan aku janji Parti Barisan Nasional dikotakan demi kesejahteraan rakyat.

Tahniah YAB Tan Sri dan juga barisan Pimpinan Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Tuesday, January 28, 2014

Penduduk Taman Poh hing Batu Sapi desak pihak berwajib selesaikan masalah Jalan raya.

Desakan penduduk sewajarkan bukan saja diambil perhatian akan tetapi ianya memerlukan tindakan drastik bagi menyelesaikan masalah struktu Jalan Raya Batu Sapi yang menyusahkan para penduduk di kawasan ini. Adalah menjadi tanggungjawab pihak berwajib untun turun padang menyelesaikan masalah tersebut serta memberikan penjelasan kepada penduduk setempat apakah sebenarnya enigma di sebalik isu jalan raya batu sapi ini.
Masalah yang berlarutan lebih 2 tahun ini telah menyebabkan imej Kerajaan terutama Wakil Rakyat kawasan ini yang telah dianggap penduduk seperti hanya melepas batuk di tangga. Apakah wakil rakyat hanya mampu bersuara tanpa menubuhkan Jawatankuasa Bertindak bagi menangani masalah ini? Adalah jelas wakil-wakil rakyat kawasan ini tidak seharusnya berpeluk tubuh dalam isu berbangkit yang dikemukakan rakyat.
Sebagai Ahli UMNO dan penyokong kuat Kerajaan dibawah Pimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ,adalah saya berharap pemimpin Parti tidak kira peringkat tampil untuk mengetengahkan isu ini sebagai isu rakyat yang sewajarnya diselesaikan segera. Sekada memberikan alasan ataupun pendapat,tidak memadai selagi jalan raya tersebut tidak diperbaiki dengan segera.