Amalan seperti ini sewajarnya tidak menjadi keutamaan dalam masyarakat kita apatah lagi dalam isu besar seperti kehilangan Pesawat MH370 ini. Persepsi orang awang akan menilai dari bermacam sudut apakah sebenarnya dengan hanya menggunakan teropong Bomoh ini mampu memberi petunjuk atau penyebab Pesawat MH370 ini hilang? Sebagai umat Islam kita sewajarnya kembali kepada Al-Quran dan Sunnah agar kita tidak jauh terpesong dari amalan khurafat yang boleh menyimpangkan akidah kita itu sendiri. Dengan Usaha dari pelbagai Negara membantu mengesan pesawat MH370 yang hilang,negara-negara lain menggunakan kapal perang,helikopter,kapal terbang,submarine,imej satelit dan pelbagai lagi kaedah demi untuk mengesan pesawat ini boleh pula dengan hanya berbekalkan dua buah teropong bomoh ini mampu mengatasi semua teknologi diatas?. Apabila usaha ini sukar, eloklah kita bermunajat serta mengadakan Solat Hajat berterusan kepada Allah SWT agar semua usaha ini dipermudahkanNya kerana hanya Allah SWT Maha Mengetahui akan kedudukan pesawat ini. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya, berdoa dan berserahkan lah kepada ALLAH ,InShaAllah...Doa kita semua akan dimakbulkanNya. Semoga Krew dan penumpang pesawat MH370 selamat ditemui semula.
Tuesday, March 11, 2014
Raja Bomoh muncul di KLiA bantu kesan Pesawat MH370 yang hilang. Apakah saudara saudari bersetuju dengan amalan yang boleh dianggap "khurafat" ini?
"Raja Bomoh" muncul di KLiA untuk turut membantu mengesan Pesawat MH370 yang hilang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment