Sunday, January 25, 2015
Selamat datang Tahun 2015
Assalammualaikum kepadasemua rakanblogger dan pembaca sekalian.
Dikesempatan ini admin ingin memaklumkan bahawa pada tahun 2014 yang lepas agak kurang kemaskini laman web tersebut. Ini berikutan komitmen masa yang agak sibuk sehingga tidak mempunyai ruang dan kesempatan untuk kemaskini perkembangan terbaru serta berita semasa.
Sungguh begitu, terima kasih juga kepada para pengunjung laman di seluruh Negara yang melayarilaman ini walaupun tidak kemaskini sejak April 2014. InShaaAllah ditahun 2015 ini,admin akan perkemaskini dan paparkan aktiviti sepanjang tahun ini serta 2014 yang lepas yang mana sesuai untuk dipaparkan.
Kita imbas sejenak sekitar 2014 yang lalu, Negara kita Malaysia digemparkan dengan Misteri kehilangan Pesawat MAS jenis Boieng 777 MH370 yang hilang sejak mac tahun lepas dan sehingga kini ianya masih belum menunjukkan tanda-tanda sebarang penemuan pesawat tersebut.
Tidak cukup dengan itu,pada Julai 2014 Negara digemparkan sekali lagi dengan Tragedi Nahas MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine dan ini sekaligus menjadi 2 pesawat MAS menjadi tragedi pada tahun lalu,bila tiba penghujung 2014 ,Negara sekali lagi digemparkan dengan Tragedi Pesawat QZ8501 milik Air Asia yang jatuh terhempas dilaut.
Di tahun 2014 sahaja,terlalu banyak ujian dan cabaran yang dihadapi Negara, ini menjadikan semangat penyatuan dan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia memerlukan muafakat yang lebih erat dan kuat. Disebalik musibah yang menimpa negara, sewajarnya kita harus ingat akan sebab ianya berlaku. Allah SWT tidak akan mendatangkan sesuautu ujian samaada kecil atau besar tanpa sebab disebaliknya. Ingatlah ,Allah SWT Maha Mengetahui,
Semoga ditahun 2015 ini,akan lebih menjadikan kita lebih kuat untuk menempuhi segala cabaran yang dihadapi.
YASSER HAMDAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment