Bagi pihak UMNO Cawangan Bokara,saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Presiden UMNO YAB Datuk Seri Panglima Hj Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak dan barisan Majlis Tertinggi UMNO setelah selesai mesyuarat MT pertama selepas rombakan kabinet kerajaan pada julai 2015 lepas.
Demi kelangsungan perjuangan Parti UMNO selaku payung kepada Barisan Nasional,adalah lebih penting masa ini Parti UMNO di semua peringkat dari atas hingga ke peringkat Cawangan perlu bekerja lebih kuat agar persepsi negatif terhadap kerajaan Barisan Nasional pada masa ini dapat di tangani dengan lebih baik.
Kepercayaan rakyat Malaysia terhadap Kerajaan Pemerintah pada hari ini perlu di perkasakan lagi ekoran pelbagai fitnah,tohmahan serta berita2 negatif yang disebarkan melibatkan Kerajaan secara tidak langsung mengakibatkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan akan tergugat.
Oleh itu,diharap UMNO pada masa ini dapat memfokuskan masalah rakyat disemua peringkat yang mana usul2 diperingkat cawangan perlu diambil kira dan dititikberatkan agar mesej serta dasar kerajaan itu betul2 membantu rakyat dan sampai kepada yang berhak.
Disamping itu juga,kita diperingkat akar umbi ini mahu agar Parti2 Komponen Barisan Nasional juga mesti melipatgandakan usaha agar rakyat kembali mengundi calon2 mewakili Parti mereka. Kita tidak mahu,hanya UMNO sahaja kerja kuat turun padang mendengar keluh kesah masalah rakyat.
Sebagai ringkasan, kini Media Massa melalui Internet umpanya menjadi platform utama penyebaran maklumat,tidak betul atau tidak sumbernya ,jika rakyat tersalah tafsir dan terima bulat2 penyebaran berita tersebut,maka ianya akan menjadikan persepsi negatif terhadap pemimpin malah kepada kerajaan pemerintah.
Teruskan perjuangan,
BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT
YASSER HAMDAN
Ketua UMNO Cawangan Bokara
Pengerusi Biro Bridget Kesatria Muda Pemuda UMNO Batu Sapi
10.09.2015
No comments:
Post a Comment