Sunday, December 16, 2012
Parti Komponen BN Yang Kecil Penting Untuk Pastikan Kemenangan Besar Dalam PRU-13, Kata Najib
Parti Komponen BN Yang Kecil Penting Untuk Pastikan Kemenangan Besar Dalam PRU-13, Kata Najib
SANDAKAN, 16 Dis – Semua parti komponen Barisan Nasional (BN), termasuk yang kecil adalah penting bagi memastikan kemenangan besar pada pilihan raya umum akan datang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Dalam tempoh berbaki (yang singkat) ini…tidak ada lagi masa untuk kita bertelagah. Kita mestilah bergerak sebagai satu pasukan bagi mencapai
kemenangan,” kata Perdana Menteri.
Berucap pada majlis perasmian Kongres Parti Liberal Demokratik (LDP) di sini hari ini, Pengerusi BN itu berkata dalam hal ini, beliau menghargai kesetiaan LDP yang menjadi anggota BN sejak dua dekad lepas.
Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, presiden LDP Datuk VK Liew dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Najib menyambut baik kehadiran Mahathir ke kongres itu yang menurutnya menunjukkan “beliau adalah seorang pemimpin yang sanggup berkorban dan sayang kepada BN yang memperjuangkan kepentingan rakyat”.
“Sebagai bekas perdana menteri, Tun Mahathir boleh memilih beriadah pada hari minggu namun beliau datang ke Sandakan bersama kita. Mesejnya ialah meskipun tiada jawatan…meskipun tidak terpilih calon kita tetap menyokong BN,” katanya.
Sambil menyifatkan 13 anggota parti komponen BN itu sebagai anak, beliau berkata bukan mudah untuk mengurus segala-galanya terutama memberi kepuasan kepada semua.
“Namun dengan adanya tolak ansur maka 13 orang anak ini hidup dalam keadaan aman damai. Inilah kelebihan BN berbanding pembangkang, kita kuat kerana kita bersatu dan bekerjasama sebagai sebuah keluarga,” katanya.
Najib berkata kawasan Sandakan, yang merupakan pinta masuk (gateway) ke Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina BIMP-EAGA, mempunyai masa depan yang cerah di bawah BN.
“Seperti yang dicadangkan oleh presiden LDP (VK Liew), tiada masalah kita naiktaraf lapangan terbang Sandakan…cadangan bina jalan pintas Libaran pun saya setuju. Namun, pada masa yang sama, rakyat di sini harus memberi sokongan kepada kerajaan BN,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Sandakan memberi sokongan padu kepada BN, sekaligus mempertahankan kerusi Parlimen Sandakan pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata BN merupakan pilihan terbaik untuk rakyat negara ini terutama di Sabah.
“Apa juga janji BN, kita akan deliver (tunaikan). Misalnya dalam pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi yang lalu, janji kita…kita deliver. Saya gembira kerana Sabah memberi respon yang baik kepada BN.
“Sebelum ini, apabila saya kata Sabah adalah ‘fixed deposit’ untuk BN…pihak pembangkang ajak rakyat Sabah simpan di tempat lain, namun the best interest is still the Barisan Nasional,” katanya
share from www.umno-online.my
Thursday, December 6, 2012
Beranikah Pas Sahut Cabaran Jadikan Hudud Sebagai Manifesto?
Beranikah Pas Sahut Cabaran Jadikan Hudud Sebagai Manifesto?
KUALA LUMPUR 6 Dis – Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris hari ini mempersoalkan ke mana hilangnya suara golongan ulama yang berada dalam Pas untuk mendesak agar Hudud dimasukkan di dalam manifesto serta Buku Jingga pakatan pembangkang bagi menujukkan kesunguhan mereka dalam isu berkenaan.
KUALA LUMPUR 6 Dis – Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris hari ini mempersoalkan ke mana hilangnya suara golongan ulama yang berada dalam Pas untuk mendesak agar Hudud dimasukkan di dalam manifesto serta Buku Jingga pakatan pembangkang bagi menujukkan kesunguhan mereka dalam isu berkenaan.
Menurut beliau jika pihak lain dalam parti itu mengunci mulut mereka berkenaan dengan perkara tersebut, ianya bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana seperti diketahui umum matlamat mereka adalah untuk menumbangkan BN dan menuju Putrajaya.
“Jika golongan itu tidak berbunyi saya tidaklah rasa janggal atau pelik…tetapi yang menimbulkan persoalan adalah golongan ulama juga senyap dan sunyi sepi walaupun diasak dan didesak oleh pelbagai pihak menyatakan perkara berkenaan.
“Kita nak tahu jugalah sejauh mana keseriusan golongan ulama dalam Pas bersuara dalam hal berkenaan. Kita nak tengok Hudud dimasukkan di dalam manifesto atau sekurang-kurangnya dalam Buku Jingga,“ katanya kepada UMNO-Online di sini.
Kata beliau lagi jika perkara itu tidak kelihatan dalam masa terdekat, golongan ulama tidak perlu menyalahkan pihak lain sekiranya timbul pelbagai gelaran kerana mereka sendiri yang menunjukkan sikap mereka.
Tambah beliau lagi suara akar umbi juga menyatakan perkara yang sama apabila Pas hari ini sudah jauh daripada matlamat asal setelah melihat kuasa dan kepentingan politik semata-mata.
“Inilah yang berlegar di akar umbi…..Mereka pun sangsi dan mula keliru apakah matlamat sebenar Pas hari ini…Apakah matlamat mengejar kuasa, perjuangan segala-galanya dipadamkan begitu sahaja.
“Kita nak tengok keseriusan mereka dalam isu Hudud ini….Kita nak tengok mereka lantang dalam soal ini dan bukan hanya sekadar lantang mengutuk serta memfitnah UMNO dengan pelbagai tohmahan. Buktikan diri mereka dahulu,“ katanya. -MediaUMNO
share from www.umno-online.my
Tuesday, December 4, 2012
BN Yakin Menang Majoriti Dua Pertiga – Najib
KUALA LUMPUR, 1 Dis – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) yakin akan memperoleh majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang.
Perdana menteri, yang juga presiden UMNO berkata BN, gagasan yang memerintah dengan UMNO sebagai tonggak utama, akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat itu.
“Inilah sasaran kami, untuk mencapai majoriti dua pertiga, dan kami akan berusaha sedaya upaya untuk melaksanakannya,” katanya pada sidang akhbar selepas menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2012 di sini hari ini.
Najib menyuarakan keyakinan bahawa momentum dan semangat parti yang terhasil daripada perhimpunan itu akan dapat dikekalkan sehingga pilihan raya umum.
“Momentum adalah baik dan saya pasti, saya amat yakin bahawa mereka (perwakilan Umno) akan membawa pulang semangat perhimpunan ini…mood perhimpunan keseluruhannya amat bertenaga,” katanya dan menambah UMNO sedia untuk ‘berperang’.
Ditanya bagaimana UMNO akan menangani sabotaj dalam parti, Najib yakin anggota UMNO akan bertindak rasional dan tidak akan merosakkan parti jika mereka benar-benar sayangkan UMNO.
“Kalau dalam hati dia sayangkan UMNO dan dalam minda dia tahu bahawa sesuatu perbuatan seperti itu boleh merosakkan parti, merosakkan dia juga, saya percaya dia akan bertindak secara rasional,” katanya.
Dalam ucapan penggulungannya, Najib melontarkan soalan ‘cepumas’ penuh bermakna bagi menguji tahap kesediaan anggota UMNO untuk menyokong parti sekiranya mereka tidak terpilih sebagai calon pilihan raya umum ke-13 nanti.
Lima kemungkinan ditawarkan beliau bagi menjawab soalan cepumas yang sarat dengan mesej itu — sokong sepenuhnya calon dipilih parti; sokong; tidak bekerja; sabotaj; atau lompat parti.
Dalam ucapannya itu, beliau menyebut terdapat kes menteri dan timbalan menteri yang mengkhianati parti kerana gilakan kuasa setelah tidak lagi diberi jawatan.
share from www.umno-online.my
Saturday, November 24, 2012
Rakyat Perlu Diberi Ruang Bantah Kekejaman Israel Di Gaza – Hishammuddin
Rakyat Perlu Diberi Ruang Bantah Kekejaman Israel Di Gaza – Hishammuddin
PUTRAJAYA, 22 Nov - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata rakyat perlu diberi ruang untuk meluahkan kesedihan, bantahan dan menyatakan pendirian bagi membantah kekejaman rejim Zionis ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Katanya ini bagi mengelakkan mereka melakukan perkara-perkara di luar batasan sehingga kemungkinan diterjemahkan ke arah keganasan atau menyertai kumpulan militan.
“Jika tidak ada ruang pun untuk menyatakan pendirian, tidak mustahil tindakan-tindakan yang lebih ganas (akan berlaku), kumpulan-kumpulan militant yang boleh mengambil tindakan yang lebih teruk kerana kita rasa bahawa kita tidak ada ruang untuk meluahkan apa yang terbuku dalam jiwa,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Gelombang Kedamaian 1KDN dan Tabung Kecemasan Gaza di sini hari ini. Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
Malah Hishammuddin berkata perhimpunan warga Skuad Muda Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang turut disertai kepimpinan tertinggi kementerian hari ini adalah satu daripada usaha untuk mewujudkan gelombang keamanan sejagat dan mengecam keganasan yang dilakukan Israel.
Katanya gelombang keamanan sejagat perlu diterapkan dalam skuad itu yang dianggotai sukarelawan di bawah agensi-agensi kementerian kerana golongan muda perlu disemai dengan nilai-nilai murni ke arah keharmonian, kesejahteraan dan keamanan.
Beliau berkata Timbalan Menterinya Datuk Lee Chee Leong akan mengetuai usaha untuk mewujudkan gelombang keamanan sejagat di kalangan anggota skuad melalui penganjuran pelbagai program, manakala seorang lagi timbalan menterinya Datuk Wira Abu Seman Yusop akan mengetuai gerakan kutipan Tabung Kecemasan Gaza peringkat kementerian.
Hishammuddin berkata meskipun baru dilancarkan hari ini, tabung itu Berjaya memperoleh kutipan awal sebanyak RM126,000 dan warga KDN masih boleh menghulurkan bantuan kewangan bagi meringankan derita penduduk di Gaza.
Menurutnya jumlah kutipan itu akan diserahkan kepada Tabung Kecemasan Gaza kelolaan Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF)yang dilancarkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa.
Dalam pada itu, Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO tidak menolak kemungkinan isu mengenai kekejaman Israel akan dibahaskan pada Perhimpunan Agung UMNO ke-66 minggu depan.
“Saya percaya jurucakap-jurucakap kita daripada sayap, negeri dan parti induk tidak boleh elak daripada membahaskannya. Ini merupakan sesuatu yang dekat dengan hati kita semua, pejuang-pejuang parti daripada dulu lagi,” katanya.
share from : www.umno-online.my
Kerajaan BN Ada “Road Map” Jelas Untuk Masa Depan Rakyat Dan Negara – Najib
Kerajaan BN Ada “Road Map” Jelas Untuk Masa Depan Rakyat Dan Negara – Najib
Oleh : Azman Abas
KUALA LUMPUR 24 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kejayaan yang dikecapi oleh negara hari ini boleh ditingkatkan lagi dengan penuh cemerlang kerana kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) mempunyai hala tuju yang jelas.
Menurut beliau ‘road map’ berkenaan boleh menjadikan negara ke arah yang lebih baik dengan tumpuan terhadap rakyat secara adil dan saksama demi kepentingan bersama khususnya untuk kepentingan negara.
“Kita boleh jadikan Malaysia ini lebih baik lagi sebab sudah ada ‘road map’. ‘Road map’ kita dah jelas, terang….. jangan macam buku jingga. Janji macam-macam, kita tidak main janji, kita tunaikan dan kita laksanakan.
“Tengok dalam suratkhabar hari ini 2,000 ibu tunggal nak saman kerajaan negeri, janji 100 sebulan kalau menang tubuh kerajaan. Hari ini orang dah nampak sekarang, kredibiliti mereka boleh dipersoalkan. Kita di Malaysia penuh dengan pengharapan yang jauh lebih baik daripada hari ini dan kita telah buktikan segala-galanya,“ katanya.
Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Himpunan Barisan 1Malaysia di Dewan Merdeka, PWTC, di sini, hari ini. Turut Hadir Pengerusi Himpunan Datuk Hj Ahmad Maslan, Pengerusi-Pengerusi NGO serta wakil-wakil yang terlibat serta pimpinan BN.
Terdahulu sebelum ucapan perasmian, tiga sesi pembentangan kertas kerja oleh beberapa tokoh akademik dan aktivis terkenal tanah air. Hampir 1500 NGO terlibat dalam program berkenaan.
Datuk Seri Najib seterusnya menambah kejayaan negara hari ini adalah berasaskan kepada kerjasama dan permuafakatan seluruh rakyat termasuk kalangan NGO serta parti politik.
“Kita memahami bahawa untuk mendapatkan sokongan rakyat kita tidak boleh lagi tertumpu dan memberi fokus kepada parti siasah sahaja walaupun tidak boleh dinafikan parti politik tetap merupakan jentera dan institusi yang sangat penting.
“Sebab itu kita iktirafnya…..sebab itu Barisan Nasional (BN) faham bahawa masa depan negara ini bergantung kepada permuafakatan kerjasama dengan NGO-NGO dan ‘sivil society’ masyarakat madani.
“Dan kita seharusnya bawa dengan kita sebagai rakan kongsi kita, sebagai rakan seperjuangan kita yang faham bahawa untuk mencapai matlamat mentransformasikan negara, kita kita perlu dokongan masyarakat madani dan juga NGO-NGO malah setiap komuniti kecil dan besar mesti bersama meniti arus perubahan besar yang nak dibawa oleh kita,” katanya.
Tambah Datuk Seri Najib lagi jika kelompok komuniti bergerak dalam kumpulan masing-masing negara dan rakyatnya tidak akan berjaya.
“Saya telah mula dengan Gagasan 1Malaysia……sebab saya faham dan kita mesti terima hakikat bahawa kalau kita bergerak dalam kelompok komuniti masing-masing ibarat macam enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, kita tidak akan jadi bangsa yang berjaya.
“Kalau kita bermentaliti kelompok kita buat hal kita, kelompok lain buat cara dia, tetapi kita tidak cari titik pertemuan maka negara kita tidak mungkin menjadi sebuah negara hebat dan berada di saf hadapan.
“Kita faham bahawa kelainan ini tidak seharusnya menjadikan kita ini bergerak dalam kelompok masing-masing apatah lagi saling bertentangan antara satu sama lain sepertimana saya nak sebut bahawa kalau kita bertindak secara kolektif, kebersamaan, kita lebih kuat.
“Apabila kita berhimpun dalam dewan ini atas nama Barisan 1Malaysia, kita beri isyarat dan signal yang cukup kuat. Siapa kata NGO tidak sokong kerajaan, siapa kata orang muda tidak sokong kerajaan, siapa kata orang tua tidak sokong kerajaan.
“Jadi kita berhimpun kerana apa..kerana kita cinta kepada negara kita….kita membesar di sini, dan satu hari nanti kita akan disemadikan di sini juga. Tidak ada tempat lain bagi kita….Malaysia. Sebab itu kita nak lakukan yang terbaik untuk negara kita,” katanya.
Pada akhir himpunan Pengerusi Himpunan, Datuk Ahmad Maslan menyerahkan deklarasi himpunan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Deklarasi Barisan 1Malaysia
Bahawasanya kami Barisan Rakyat 1Malaysia yang berhimpun pada hari ini dengan tulus dan ikhlas, merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri di atas kebijaksanaan menerajui negara Malaysia yang tercinta.
Atas kesedaran dan keinsafan yang mendalam, kami berjanji dan berikrar bahawa sesungguhnya kami;
Berazam untuk mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara Malaysia, menjunjung tinggi perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara bagi menjamin kestabilan politik dan keutuhan perpaduan rakyat berbilang kaum agar terus hidup dalam suasana rukun, damai, aman dan sejahtera.
Berazam untuk terus membangunkan negara dengan membantu kerajaan melaksanakan dasar-dasar yang boleh meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat di semua peringkat, sesuai dengan matlamat Wawasan 2020.
Berazam untuk terus memerangi segala bentuk penyelewengan, rasuah, salahguna kuasa, fahaman sempit perakauman, sikap chauvinisme dan melampau demi kesejahteraan agama, bangsa dan tanah air.
Berazam untuk meningkatkan kualiti hidup dan jati diri, keluarga dan masyarakat, agar sentiasa dihormati dan dicontohi di peringkat lokal dan global menerusi rasa kasih sayang dan cinta terhadap negara, semangat kesukarelaan dengan bekerja bersungguh-sungguh untuk memaju dan memakmurkan negara.
Demi keazaman dan iltizam ini sesungguhnya kami Himpunan Barisan Rakyat 1Malaysia yang berhimpun pada hari ini akan bekerja bersungguh-sungguh merealisasikan kemenangan Untuk Masa Depan Rakyat pada PRU-13 akan datang.
1Barisan – 1Bangsa – 1Negara – 1Matlamat – 1Malaysia
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Himpunan Barisan 1Malaysia
Kuala Lumpur
SABTU, 24 November 2012
Pada akhir himpunan Pengerusi Himpunan, Datuk Ahmad Maslan menyerahkan deklarasi himpunan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. -MediaUMNO
share from : www.umno-online.my
Saturday, November 17, 2012
Mahathir Mahu PAS Perjelas Undang-Undang Hudud
KOTA KINABALU, 18 Nov — Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu PAS perjelas tafsirannya mengenai pelaksanaan hukum hudud.
Beliau berkata pelaksanaannya harus berlandaskan keadilan sepertimana yang terkandung dalam ajaran Islam.
Dr Mahathir berkata parti itu seharusnya melaksanakan hukum yang dapat diterima pakai oleh semua golongan termasuk bukan Islam sesuai dengan kedudukan negara ini yang mempunyai penduduk berbilang agama.
“Saya hendak tahu hudud yang dikenakan oleh orang Islam dan bukan Islam itu sebagai adil seperti yang dikehendaki oleh agama Islam.
“Terdapat 43 ayat dalam Al-Quran iaitu kalau mahu hukum, hukumlah dengan adil dan tidak adil itu bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya.
“Hukum orang Islam potong tangan manakala bukan Islam dikenakan penjara dua bulan akibat kesalahan mencuri.
“Itu dilihat tidak adil dan bertentangan dengan agama Islam,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Dr Mahathir mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merestui orang Melayu menyertai DAP memandangkan sebelum ini Pengerusi DAP Karpal Singh menyatakan tentangannya terhadap pelaksanaan hukum Hudud.
Terdahulu, Mahathir menyampaikan ucaptama pada kongres tahunan ke-22 Persatuan Pakar Bedah Torasik dan Kardiovaskular Asia (ATCSA) di sini.
Kongres itu dirasmikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
share from : www.umno-online.my
“Usaha Dalam Perjalanan” Untuk Ubah Nasib Rakyat- Najib
SUNGAI SIPUT, 17 Nov — Komitmen kerajaan untuk mengubah untung nasib rakyat Malaysia adalah “usaha dalam perjalanan”, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata walaupun telah banyak usaha yang dilaksanakan untuk memastikan kesejahteraan rakyat, namun kerajaan sedar banyak lagi perlu dilakukan.
“Kita memerlukan sokongan rakyat, kita perlukan mandat baru daripada rakyat.
“Jika tuan-tuan bagi mandat, saya jamin usaha ini bukan sahaja akan diteruskan malah akan diperhebatkan lagi pada masa yang akan datang,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2012 di Ladang Info Ternak Sungai Siput di sini, hari ini.
Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Penerangan Komunikasi dan kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Masnah Rais, serta pemimpin peringkat nasional dan negeri.
Perdana Menteri berkata sebagai contoh, kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan dan peruntukan yang besar untuk kesejahteraan masyarakat India.
Katanya, antara usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat India ialah dengan memberi peruntukan bagi pembangunan pendidikan dan kemahiran, pemberian biasiswa, serta menambah bilangan kemasukan ke universiti.
“Sebagai satu kerajaan, kita telah lakukan banyak usaha untuk mengubah nasib rakyat Malaysia,” kata Najib.
Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya berpegang kepada prinsip percaya mempercayai berdasarkan “nambikei” antara rakyat dan kerajaan.
“Marilah kita berpegang kepada nambikei ini…janji kita akan kita tepati,”
katanya.
Najib turut melahirkan perasaan gembira dan terharu terhadap sambutan Rumah Terbuka Malaysia Deepavali yang dihadiri masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Beliau berkata sambutan seumpama itu mungkin tidak dapat diadakan di sesetengah negara kerana tidak wujud perasaan hormat menghormati antara satu sama lain.
“Malah mereka berada dalam keadaan berbalah, curiga mencurigai antara satu sama lain, tapi di Malaysia kita dapat bertaut kepada semangat dan prinsip 1Malaysia yang menjadi ikutan dan penghayatan kita,” katanya.
share from www.umno-online.my
Subscribe to:
Posts (Atom)




