Belajar Forex dengan saya

Thursday, December 6, 2012

Beranikah Pas Sahut Cabaran Jadikan Hudud Sebagai Manifesto?

Beranikah Pas Sahut Cabaran Jadikan Hudud Sebagai Manifesto?

KUALA LUMPUR 6 Dis – Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris hari ini mempersoalkan ke mana hilangnya suara golongan ulama yang berada dalam Pas untuk mendesak agar  Hudud dimasukkan di dalam manifesto serta Buku Jingga pakatan pembangkang bagi menujukkan kesunguhan mereka dalam isu berkenaan.
Menurut beliau jika pihak lain dalam parti itu mengunci mulut mereka berkenaan dengan perkara tersebut, ianya bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana seperti diketahui umum matlamat mereka adalah untuk menumbangkan BN dan menuju Putrajaya.
“Jika golongan itu tidak berbunyi saya tidaklah rasa janggal atau pelik…tetapi yang menimbulkan persoalan adalah golongan ulama juga senyap dan sunyi sepi walaupun diasak dan didesak oleh pelbagai pihak menyatakan perkara berkenaan.
“Kita nak tahu jugalah sejauh mana keseriusan golongan ulama dalam Pas bersuara dalam hal berkenaan. Kita nak tengok Hudud dimasukkan di dalam manifesto atau sekurang-kurangnya dalam Buku Jingga,“ katanya kepada UMNO-Online di sini.
Kata beliau lagi jika perkara itu tidak kelihatan dalam masa terdekat, golongan ulama tidak perlu menyalahkan pihak lain sekiranya timbul pelbagai gelaran kerana mereka sendiri yang menunjukkan sikap mereka.
Tambah beliau lagi suara akar umbi juga menyatakan perkara yang sama apabila Pas hari ini sudah jauh daripada matlamat asal setelah melihat kuasa dan kepentingan politik semata-mata.
“Inilah yang berlegar di akar umbi…..Mereka pun sangsi dan mula keliru apakah matlamat sebenar Pas hari ini…Apakah matlamat mengejar kuasa, perjuangan segala-galanya dipadamkan begitu sahaja.
“Kita nak tengok keseriusan mereka dalam isu Hudud ini….Kita nak tengok mereka lantang dalam soal ini dan bukan hanya sekadar lantang mengutuk serta memfitnah UMNO dengan pelbagai tohmahan. Buktikan diri mereka dahulu,“ katanya. -MediaUMNO

share from www.umno-online.my

No comments: