Friday, April 13, 2012
Simbah Asid di Kereta, apa motif?
Pada pagi 24 Mac 2012, kenderaan jenis pacuan 4 Roda Nissan Navara milik saya telah di simbah sejenis cecair yang dipercayai asid pencair cat yang merbahaya.Kenderaan saya diletakkan dihadapan kediaman Atuk Saya Hj Syed Kasim Hj Syed Omar Ali di Kampung Bokara. Tidak dapat dipastikan apakah motif sebenar si pelaku ini samaada ianya bertujuan untuk merosakkan harta benda milik saya ataupun untuk tujuan ancaman jenayah. Laporan polis telah saya buat di Balai Polis Bandar Sandakan sekitar jam 8.40pagi selepas saya menghubungi 999 untuk bantuan kecemasan agar pihak Peronda Polis dapat segera datang ke tempat lokasi kejadian.
Pada 27 Mac 2012 sekitar jam 8.05 malam saya telah terima satu panggilan telefon dari seorang lelaki yang tidak saya kenali yang mengancam untuk menyimbah asid ke muka saya,dengan alasan si Pemanggil tersebut saya suka bermain facebook. Ini adalah amat pelik dan janggal bagi diri saya apakah ini sekadar untuk mengalihkan suspek ataupun cuba untuk melakukan jenayah yang lebih serius. Sehingga hari ini saya tidak dapat pastikan motif sebenar kes simbah asid ke atas kenderaan saya itu.
Oleh yang demikian, setelah beberapa minggu, saya memang tidak ada bukti kukuh untuk menuduh siapa dalang disebalik kes simbah asid ini,tetapi secara jelas saya amat mengenali ciri-ciri si dalang ini. Mungkin dia merasakan puas hati ke atas kelakuan gilanya ini. Apakah dia tidak sedar perbuatannya ini akhirnya akan diketahui umum juga? InsyaAllah ,dia tidak akan selamat dunia dan akhirat selagi dia tidak meminta maaf kepada seluruh keluarga saya.
Kita sedia maklum, firasat tidak boleh dibuat aduan di Balai,apa saja dalam bentuk gerak hati ataupun anggapan juga tidak boleh di buat sebagai laporan,akan tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya dia akan jatuh ke tanah juga.
Pada malam kejadian simbah asid itu, semestinya ada saksi yang melihat suspek2 yang melakukan perbuatan tersebut,tetapi apakah sebab saksi-saksi ini tidak tampil berhadapan untuk memberitahu apa yang mereka lihat? atau mereka takut kerana mengenali si pelaku yang terlibat melakukan jenayah ini sehingga saksi-saksi ini tutup mulut? Sukar untuk difahami, walaupun begitu saya yakin insyaAllah si dalang dan si pelaku tidak akan terlepas juga atas perbuatan mereka ini.
Secara jujur,saya tidak mempunyai Hutang dengan Ah Long, saya tidak mempunyai musuh peribadi dalam Politik,Perniagaan mahupun pekerjaan saya. Tetapi lumrah kehidupan,lazimnya kita memang pernah terkasar bahasa dengan seseorang mungkin tidak sependapat dengan kita atas beberapa sebab yang mereka tidak puas hati dengan kita.
KAMU TIDAK AKAN BOLEH MENGELAK DARIPADA HUKUMAN ALLAH SWT DI AKHIRAT KELAK. Saya dan keluarga tidak akan Ampunkan kamu sekeluarga sehingga kamu ke liang lahat!.
admin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment