Friday, April 27, 2012
Siapa layak jadi Calon,serahkan pada Pucuk Pimpina BN Pusat
Pada 26. April 2012, satu perjumpaan yang diadakan di Balai Raya kampung bokara dan penyampaian hamper kepada warga tua lebih kurang dalam 70 orang, ketika membaca akhbar The Borneo Post pada pagi 27 April 2012, terdapat satu ruangan yang memaparkan usul dari Penduduk kampung meminta agar ADUN N.44 Karamunting yang diwakili oleh YB Datuk Peter Pang En Yin BN-GERAKAN ,agar pucuk pimpinan mencalonkan semula beliau sebagai Calon BN pada PRU13 akan datang ini.
Pemuda UMNO Cawangan Bokara berpandangan adalah, Kita sedia maklum, BN yang ditunjangi UMNO dan disertai parti2 komponen yang lain adalah salah satu ikatan kekukuhan perjuangan BN melalui sistem kuota Parti2 Komponen bagi meletakkan setiap calon Parti mereka yang layak untuk menjadi Calon Wakil Rakyat bagi kawasan yang dipilih.
Wakil Rakyat BN Kawasan DUN N.44 Karamunting adalah Kuota Parti LDP,dan selayaknyalah atas dasar perjuangan dan penghormatan kepada komponen BN yang lain LDP wajar meletakkan Calon Boleh Menang bagi kawasan N.44 Karamunting. Parti GERAKAN tidak seharusnya diberi peluang untuk meletakkan Calon di Kawasan N.44 Karamunting kerana GERAKAN tidak mempunyai 1 kerusi pun di Sabah, dan kerusi yang sedia ada adalah diwakili oleh dua wakil rakyat bekas ahli SAPP yang keluar dan menyertai GERAKAN kerana SAPP keluar daripada perjuangan BN. Tetapi situasi yang berlaku di DUN N.44 Karamunting adalah berbeza, YB Datuk Peter Pang keluar Parti LDP dan menyertai GERAKAN adalah atas sebab tidak sehaluan lagi dengan kepimpinan LDP Pusat,sedangkan LDP masih dalam Komponen BN dan perjuangan BN. Pada PRU12 2008 yang lepas, LDP meletakkan YB Datuk Peter Pang sebagai calon wakil rakyat BN mewakili Partinya bagi menggantikan bekas ADUN N.44 Karamunting Datuk Wong Lien Tat yang tidak dicalonkan semula pada PRU12 lepas.
Oleh itu, Pemuda Bokara tidak pasti apakah tujuan warga Kampung ku ini yang hadir sekadar mungkin dipergunakan oleh pihak2 yang mahukan cara sebegini wakil rakyat dipilih tanpa memberi mandat sepenuhnya kepada keputusan Pucuk Pimpinan BN Pusat?
Saya sendiri juga pernah diperlakukan sedemikian, sebagai Pemuda UMNO,prinsip perjuangan dalam UMNO adalah membela,menegakkan Agama Bangsa dan Negara serta Parti UMNO itu sendiri, dan bukannya diperbudakkan oleh Kumpulan dari Parti Gerakan kawasan ini yang jelas seolah-olah mempergunakan Warga Kampung Bokara dengan 70 buah hamper berkenaan.
Diambang pilihanraya ini,saya berasa pelik, kenapa Kampung Air dan Kampung Bokara sahaja seringkali masuk di dada-dada akhbar tempatan Sabah yang mengusulkan Wakil Rakyat ini dicalonkan semula? Bagaimana Kampung kawassan yang diduduki majoriti Kaum Cina, seperti Kampung Pukat, Cecily,Tanah Merah, Bandar Ramai,Bandar Leila, Sibuga,Pasir Putih, ke mana penduduk Kampung ini atau kawasan ini? Kenapa pihak atau Kumpulan yang menganjurkan perjumpaan atau perhimpunan seperti ini tidak pula boleh mendapatkan sokongan dari Kampung2 tersebut diatas? Apakah Kampung air dan Kampung Bokara ini mudah dipergunakan oleh mereka? Ini satu helah oleh kumpulan2 tertentu yang cuba mempergunakan warga kampung ini.
Kita setia kepada Parti UMNO-BN dan bekerjasama dengan Parti Komponen BN, tetapi bukan dengan cara seperti ini, yang seolah-olah warga kampung Bokara ini dipergunakan sahaja.
Apa saja keputusan Pucuk Pimpinan BN Pusat, untuk meletakkan siapa Calon Wakil Rakyat kawasan N.44 Karamunting,kita sokong dan kita akan bantu dalam Pilihanraya ke-13 ini. Tidak perlu dengan cara seperti ini, yang kami lihat sendiri segelintir yang terdapat dalam Gambar tersebut adalah Pengundi di DUN N.43 Sekong dan juga kami juga tidak lihat Golongan Muda yang hadir dalam perjumpaan ini. Hanya warga tua saja yang sering digunakan dan seolah-olah dipergunakan oleh pihak yang menganjurkan Perhimpunan seperti ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment