Sunday, April 15, 2012
Rumah Terbalik @ Tamparuli,satu keunikan.
Boleh dikatakan setiap bulan saya pergi ke Kota Kinabalu,menaiki kenderaan sendiri. Setiap kali melalui Laluan Jalan Tamparuli - Kundasang, saya tidak mempunyai kesempatan masa untuk meluangkan masa singgah di tempat Rumah Terbalik ini dibina.
Akhirnya,baru-baru ini ketika dalam perjalanan balik ke Sandakan saya sempat singgah ke Rumah Tebalik ini dan melihatnya secara realiti.
Memang satu keunikan terhadap kreativiti pemiliknya kerana seni binanya yang seakan-akan rumah terbalik berdiri teguh atas tanah. Pendek kata semua yang ada di sekitar dan dalam rumah ini adalah terbalik. Kalau tak tahan,boleh pening kepala bila berada dalam rumah ini kerana semua barang-barang perabot rumah ini berada dalam keadaan terbalik. Tahniah kepada pemiliknya,kerana Rumah Terbalik ini telah menjadi satu kewajipan para pengunjung mahupun Pelancong luar dan dalam Negeri untuk melihat sendiri keadaan sebenar Rumah Terbalik ini. Mendatangkan hasil yang cukup lumayan.
Agak-agak lepas ni apa lagi yang benda yang akan terbalik? ;-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment