Sunday, April 22, 2012
Perjuangan perlu Ikhlas, bukan perebutan Kerusi.
11:00pm
Gambar ketika Majlis berbuka puasa 2011 di Perkarangan Masjid Nurussholihin Kampung Bokara
Gambar semasa penyerahan Baucer BR1M di pejabat UPKR N.44 Karamunting. Selepas majlis ini, para pemegang Jawatan yang dilantik diminta untuk buat kenyataan akhbar menyokong dan mengusulkan agar YB Datuk Peter Pang dicalonkan semula pada PRU13.
Berdasarkan senario semasa politik tanahair khususnya di DUN N.44 Karamunting kawasan Parlimen 185 Batu Sapi. DUN N.44 Karamunting ini telah di beri kuota kepada Komponen Barisan Nasional BN iaitu Parti Liberal Demokratik LDP Sabah.
Pada PRU12 2008 lepas, wakil Calon BN adalah Datuk Peter Pang En Yin yang pada ketika itu beliau masih mewakili Parti Liberal Demoktarik LDP BN untuk bertanding dalam PRU 12 lepas. Beliau menang dengan majoriti besar pada masa tersebut.
Pada sekitar penghujung 2010 sebelum PRK Batu Sapi 2010, YB Datuk Peter Pang En Yin telah mengumumkan dirinya keluar secara rasmi daripada Parti LDP dan meletakkan semua Jawatannya dalam Parti LDP tersebut ekoran ketidaksefamahan kepimpinan dalaman Parti tersebut. Pada masa itu beliau menjadi wakil Rakyat BEBAS menyokong BN. Selepas beberapa bulan, sekitar awal 2011, beliau telah secara rasmi menyertai Parti komponen BN yang lain iaitu GERAKAN.
Kini,apakah kerusi DUN N.44 Karamunting ini akan kekal kepada LDP untuk meletakkan calonnya bagi mewakili BN ataupun apakah akan ada perubahan pada PRU13 akan datang yang mana GERAKAN akan bertanding di kerusi DUN N.44 Karamunting ini? Bagaimana pula dengan kuota yang menjadi ikatan persefahman dan perkongsian kuasa UMNO dan Komponen BN yang lain? Semuanya keputusan bergantung kepada pucuk pimpinan tertinggi BN yang ditunjangi UMNO untuk menetukan samaada mengekal sistem kuota ataupun terdapatnya pengecualian kepada kerusi N.44 Karamunting ini? Ianya sama sekali berbeza dengan dua kerusi DUN di PARLIMEN SANDAKAN iaitu N.45 Elopura diwakili oleh YB En.Au Kam Wah dan N.46 Tg.Papat YB Datuk Raymond Tan Shu Kiah yang sebelum ini ke-dua-dua kerusi DUN ini sebelum ini diwakili komponen BN pada masa itu iaitu SAPP. Tetapi SAPP telah keluar daripada Barisan Nasional, dan wakil rakyat di kedua-dua DUN ini tidak sehaluan dengan Parti asal mereka iaitu SAPP dan sekaligus menyertai GERAKAN untuk tetap bersama BN. Bagaimana pula dengan kerusi di DUN N.44 Karamunting? Kerusi DUN N.44 Karamunting ini adalah kerusi Kuota kepada LDP-BN untuk meletakkan Calonnya bagi tiap kali Pilihanraya dan sehingga kini LDP tetap bersama dengan BN. Bagaimana pula status wakil rakyat N.44 Karamunting ini iaitu YB Datuk Peter Pang En Yin,apakah ia akan dikekal sebagai calon Pilihanraya pada PRU13 ini bagi mewakili BN-GERAKAN,tanpa memikirkan soal kuota? semestinya ini akan menjadi lebih rumit.
Sebagai Pemuda UMNO diperingkat Cawangan Bokara, rakyat serta pengundi di kampung ini yang lokaliti pengundi bagi ZON BOKARA agak besar mencatatkan 2 ribu lebih pengundi berdaftar,semestinya Pemuda UMNO Cawangan mendokong penuh apa saja keputusan pucuk pimpinan BN pusat bagi menentukan siapa calon Pilihanraya mewakili Barisan Nasionaln pada PRU13 yang bakal menjelang tiba pada bila-bila masa.
Soalnya disini,bagi calon sedia ada,jika YB Datuk Peter Pang selaku ADUN N.44 Karamunting tidak dipilih lagi sebagai calon Wakil Rakyat di kerusi DUN N.44 Karamuning, maka terima lah ia atas sebab penghormatan dan perjuangan bersama dalam Barisan Nasional. Dan jika YB Datuk Peter Pang dikekalkan juga sebagai calon pada PRU13 kali ini, maka diharap mana-mana kelemahan terutama sekali pendekatan beliau terhadap belia yang beliau pada masa ini Menteri Belia dan Sukan perlu ditingkatkan lagi, dan masalah setempat diperingkat Kampung harus di atasi segera.
Pemuda UMNO Cawangan Bokara
Ahad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment