Belajar Forex dengan saya

Sunday, September 11, 2016

Selamat Menyambut Hari Raya AildilAdha kepada seluruh muslimin & muslimat.


UMNO Cawangan Kg.Bokara serta Jawatankuasa Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AildilAdha khasnya kepada semua warga Kg.Bokara tidak kira yang berada di daerah ini dan juga kepada mereka yang berada di perantauan.

Semoga ikatan ukhwah silaturrahim terus terjalin dan perjuangan tetap diteruskan demi masa depan yang gemilang, InShaaAllah...

Wednesday, September 7, 2016

UMNO Bahagian Batu Sapi sebulat suara mahukan Barisan Nasional serahkan kerusi calon untuk Parlimen Batu Sapi kepada wakil dari UMNO.

 
Antara pembentang usul dan pembahas usul dari UMNO Bhgn Batu Sapi 

04.September 2016. - Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu Sapi pada kali ini telah merumuskan untuk sebulat suara mahukan Barisan Nasional yang naungi UMNO agar mempertimbangkan isu kedudukan kerusi Calon bagi Parlimen Batu Sapi.
Usul Politik yang telah dibentangkan oleh Sdr.Yasser Rashdan Haji Hamdan Ketua UMNO Cawangan Bokara yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Batu Sapi telah menjelaskan beberapa faktor dan faktar yang wajar diambil kira dalam memastikan kerusi Parlimen Batu Sapi ini seharusnya diwakili oleh calon dari Parti UMNO dan bukannya dari Parti Komponen Barisan Nasional.
Adalah wajar,pada kali ini Parti Komponen BN iaitu PBS seharusnya bertolak ansur dan terbuka hati untuk memberi ruang kerjasama dalam memastikan kerusi Parlimen Batu Sapi ini tidak jatuh ke tangan Parti Pembangkang pada PRU-14 yang akan datang.
Dengan kekuatan ahli UMNO di Batu Sapi yang kini seramai 23,000 lebih,sekaligus meyakinkan dan menyokong usaha berkenaan agar tiba masanya kerusi ini wajar diserahkan kepada UMNO kerana faktor majoriti ahlinya dan masyrakat bumiptera di kawasan ini.
Statistik sejak PRU 2008, PRK 2010 dan PRU2013 telah menunjukkan jumlah majoriti undi yang diperolehi oleh Ahli Parlimen Batu Sapi YB Datuk Linda Tsen semakin menurun. Tambahan pula pada PRU13 yang lepas,majoriti kawasan Peti Undi (Bukan Bumiputera) menunjukkan pengundi tersebut cenderung kepada Parti Pembangkang. Pengundi Bumiputeralah yang telah menyelamtkan calon Barisan Nasional di kawasan ini.
Justeru itu, UMNO Batu Sapi dengan tekad dan bersemangat memohon agar pucuk pimpinan UMNO dan Barisan Nasional segera mempertimbangkan usul UMNO Bahagian Batu Sapi agar kelangsungan pembangunan di kawasan ini lebih pesat dan kepercayaan para pengundi di parlimen ini kembali kepada BN.

Thursday, August 25, 2016

Perasmian serentak Mesyuarat UMNO ZON 5 ,Sandakan,Libaran,Beluran,Kinabatangan dan Batu Sapi oleh YAB Datuk Seri Panglima Dr.Ahmad Zahid Hamidi Naib Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

YAB Timbalan Perdana Menteri bersamaYAB Ketua Menteri dan barisan Ketua2 UMNO Bahagian serta Timbalan2 Ketua UMNO Bahagian ZON 5 sedang beridiri segak menyanyikan lagu Negaraku,Sabah Tanahirku dan Lagu UMNO "BERSATU"

 Walaupun dalam keadaan sesak oleh para perwakilan UMNO 5 bahagian,YAB TPM sempat meluangkan sedikit masa untuk bergambar bersama "admin" ketika selesai Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO ZON 5.

Sebahagian Perwakilan UMNO Cawangan Kg.Bokara yang hadir dalam Majlis Perasmian Tersebut,antaranya Ketua Pemuda UMNO Cawangan,Tuan Hj Mohd Safrizan Hj Jailang, Ketua UMNO Cawangan Sdr.Yasser Rashdan Hj Hamdan, dan Setiausaha UMNO Cawangan Sdr.Mohd Sallem Hj Jifli.

" antara petikan ucapan YAB Timbalan Perdana Menteri adalah, mengingatkan para Pemimpin UMNO di semua peringkat samaada Negeri,Bahagian,mahupun Cawangan agar mengutamakan kelangsungan perjuangan Parti UMNO tanpa mementingkan kepetingan peribadi. Usaha-usaha untuk memastikan ahli akar umbi dan rakyat terbela sewajarnya adalah terletak dibahu semua para ahli UMNO sama ada yang berjawatan mahupun hanya sebagai ahli."  

BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT 
 




Sunday, July 17, 2016

UMNO Batu Sapi nafi 600 ahli UMNO dan 100 Ketua Cawangan umum keluar Parti.

Pg.Roslan Pg.Nasrun telah mengumumkan keluar dari UMNO dan meletak jawatan sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi pada satu Majlis di Ballroom Sanbay hotel.
 Hj Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan selaku Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi bersama Ketua Wanita Puan Rahimah Hj Asrah dan Ketua Puteri Puan Hazulizah Md Dani bersama jawatankuasa bahagian dan sebilangan ketua-ketua Cawangan dalam satu kenyataan menafikan bahawa 600 Ahli dan 100 Ketua Cawangan UMNO Batu Sapi keluar parti.


Selaku Ketua UMNO Cawangan Kg.Bokara dan juga AJK Pemuda UMNO Batu Sapi, saya menyangkal bahawa dakwaan 100 ketua cawangan UMNO di Bahagian Batu Sapi ini telah keluar parti. Apa yang saya lihat berdasarkan gambar serta maklumat yang diperolehi,kelihatan mereka adalah sebilangan ahli Parti Pembangkang iaitu Sdr.Mustafa Talib yang telah keluar dari UMNO pada Ogos 2015 setelah kecewa ketika tewas pada pemilihan UMNO Bahagian Batu Sapi 2013 lepas,dan ramai lagi adalah dikalangan ahli Parti pembangkang yang hadir dalam majlis tersebut.

Apa yang saya boleh simpulkan adalah keputusan mereka meninggal UMNO ini bukanlah atas dasar perjuangan tetapi adalah atas kapasiti peribadi dan kepentingan mereka sendiri. Saya tidak melihat semangat perjuangan diwajah mereka. Mereka tidak seharusnya melabel UMNO ini teruk dan tidak berperaturan sedangkan mereka juga adalah bekas ahli UMNO. Jika mereka beranggapan bahawa dibawah wadah perjuangan baru mereka ini punya masa depan yang cerah,masa saya ucapkan selamat berjuang serta semoga berjaya!

YRH

DATUK SERI HJ MOHD SHAFIE APDAL UMUM KELUAR PARTI


Rujukan  - http://www.bharian.com.my/node/171263
SEMPORNA -4 JULAI - YB Datuk Seri Haji Mohd Shafie Apdal telah mengumumkan secara rasmi keluar dari Parti UMNO dalam satu majlis di Semporna. Beliau yang baru sahaja kembali dari mengerjakan ibadah umrah telah mengumumkan pendirian berkenaan setelah Majlis Tertinggi UMNO membuat keputusan untuk menggantung keahlian dan jawatan beliau sementara menunggu keputusan Lembaga Disiplin Parti bagi menentukan status beliau dalam parti.

Perasmian Masjid Wassatiyah,Batu Sapi oleh YAB Datuk Seri Musa Haji Aman ,Ketua Menteri Sabah








BATU SAPI,SANDAKAN,02 JULAI 2016 - Majlis Berbuka Puasa UMNO ZON 5 merangkumi UMNO Bahagian Sandakan,Libaran,Beluran,Kinabatangan dan Batu telah diadakan di perkarangan tempat letak kereta Masjid Wassatiyah Batu Sapi,Sandakan dan seterusnya Perasmian Masjid baru ini oleh YAB Datuk Seri Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah.

Ucapan alu-aluan telah dimulakan oleh YB Datuk Haji Samsudin Yahya selaku Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi serta Pengerusi tuan rumah bagi majlis berbuka puasa UMNO Zon  5 pada kali ini. Antara intipati ucapan beliau banyak menekankan pentingnya perpaduan serta semangat kesetiaan kepada Parti demi kelangsungan wadah perjuangan Parti UMNO bukan sahaja di Parlimen Batu Sapi malah di seluruh negeri Sabah amnya.

Seterusnya Ucapan Perasmian oleh YAB Ketua Menteri Sabah,yang banyak mengingatkan para ahli-ahli UMNO di negeri ini agar tidak terpengaruh dengan dakyah segelintir pihak cuba menghasut serta memecahbelahkan ahli-ahli parti UMNO khasnya bagi tujuan kepetingan politik peribadi.

Terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana telah mengotakan janji bagi membina Masjid baru yang indah ini.



 
 










Thursday, June 30, 2016

Tahniah kepada YB Datuk Datu Nasrun Datu Hj Mansur atas perlantikan sebagai Timbalan Menteri dalam kerajaan Persekutuan.


UMNO Cawangan Kg.Bokara mengucapkan Tahniah kepada Ahli Parlimen Silam YB Datuk Datu Nasrun Datu Hj Mansur atas perlantikan sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia baru-baru ini, atas perkenan DYMM YDP Agong.

Perlantikan beliau sekaligus mewakili Negeri Sabah sebagai salah seorang wakil rakyat yang memegang portfolio Timbalan Menteri dalam kerajaan persekutuan.

Selamat menjalankan tugas,dan selamat maju jaya.

Tuesday, June 28, 2016

MUHYIDDIN,MUKHRIZ DIPECAT DARI PARTI UMNO & SHAFIE DIGANTUNG KEAHLIAN

Rujukan,Pemecatan Muhyiddin,Mukhriz/




Selaku pimpinan akar umbi,saya terpanggil untuk memberikan pandangan secara peribadi tanpa memihak kepada sesiapa. Setelah Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY), Dato Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir (DSMM) dan menggangtung  keahlian Datuk Seri Mohd Shafie Hj Apdal (DSSA) sementara menunggu laporan Jawatankuasa Badan Disiplin UMNO bagi menentukan nasib DSSA .

Keputusan ini pastinya sukar akan tetapi ianya mempunyai Pro & Kontra iaitu impak selepas keputusan yang dibuat oleh MT  terhadap ketiga-tiga pemimpin berpengaruh tersebut.

Secara peribadi,saya tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap keputusan yang telah dibuat oleh pihak MT,sekalipun begitu saya masih tertanya tanya apakah keputusan ini dibuat secara tergesa-gesa ataupun ianya telah melalui proses yang betul.

Sememangnya beberapa pelanggaran Tataetika Ahli UMNO telah dilakukan oleh ketiga-tiga pemimpin tersebut tak kira samaada yang mereka sedari mahupun tidak,ianya dilihat bukan menjurus kepada menjatuh Parti UMNO tetapi mereka lebih fokus terhadap masalah yang mereka anggap Skandal melibatkan Presiden UMNO antaranya isu hutang 1MDB dan kesahihan Derma berjumlah RM 2.6 Billion .

Sehingga kini,ketiga - tiga pemimpin ini lantang bersuara di mana-mana perjumpaan yang dianjurkan samaada oleh pihak pimpinan  UMNO akar umbi mahupun NGO serta Pembangkang. Apa yang menjadi persoalan ialah,kenapa saat mereka lantang bersuara,tidak ada pula pihak dari MT atau Pemimpin yang mereka maksudkan tampil untuk berhadapan dengan mereka samaada secara tertutup ataupun terbuka melalui Debat atau lain-lain platform.

Sekaligus mencerminkan sikap "menghalalkan cara" kelihatan dalam skandal besar yang mereka anggap sesetengah pimpinan UMNO hanya buat pekak dan membuta tuli. 

Akan tetapi,disebalik isu ini,kelangsungan perjuangan Parti UMNO juga wajib diutamakan. Terlalu banyak lagi permasalahan rakyat yang masih belum selesai jika dibandingkan dengan isu yang melibatkan ketiga-tiga pemimpin ini. Isu skandal melibatkan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri ini sewajarnya kita beri peluang untuk beliau memperjelaskan ,menyelesaikan malah menutup kemelut yang menimpa dirinya. Sebagai ahli UMNO,kita harus ingat tidak semua pemimpin itu sempurna, dalam isu 1MDB dan derma RM2.6 Billion ini telah dijawab beberapa kali,akan tetapi ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan. 

Secara peribadi,saya amat menghormati YAB Tun Dr Mahathir Mohamad,beliau juga adalah idola saya, tetapi terdapat beberapa perbuatan beliau yang saya beranggapan adalah perbuatan terdesak antaranya "Deklarasi Rakyat" yang mendesak untuk YAB Perdana Menteri ketika ini meletakkan jawatan. Mendesak itu tidak salah,kerana itu adalah hak setiap warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pemilih,tetapi adakah saluran yang digunakan oleh Tun Dr.Mahathir ini betul? Pada saya,mungkin pada penilaian Tun Dr.M,tindakannya adalah betul.

Pada masa yang sama,kita juga seharusnya melihat dalam menjelang PRU14 nanti,apakah YAB Dato Seri Najib dapat mengekalkan pengaruh dan kuasanya? Terserah kepada rakyat untuk memilih beliau. Kita sebagai Ahli UMNO dan pimpinan akar umbi,sewajarnya kita beringat pada satu pepatah lama " jangan kerana nila setitik,rosak susu sebelanga". Ibarat jangan kerana taksub untuk menjatuhkan YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak,maka kita sanggup gadaikan perjuangan asal semata-mata memenuhi kehendak seseorang.

Perlu diingat, apabila UMNO hilang kuasa,maka kuasa itu tidak kembali. Walaupun UMNO Sabah baru berusia 26 tahun,dan masih muda tetapi jika UMNO hilang kuasa maka jangan "Melayu mendabik dada".

Pepatah lama juga pernah menyebut "dalam satu tanda pisang,tak akan semua buruk", ibarat dalam ramai-ramai pemimpin UMNO,tidak semuanya jahil dan teruk. Kita sebagai ahli menentukan siapa pimpinan di atas,jika silap memilih maka kita yang bertanggungjawab untuk menjatuhkannya,tetapi bukan dengan sabotaj atau deklarasi,gunalah saluran pilihanraya atau pemilihan parti. Keputusan itu lebih telus dan adil.

Bagi diri saya sendiri, mendesak untuk YAB Dato'Seri Najib berundur pada saat ini tidak menyelesaikan masalah sedia ada,malah akan menimbulkan masalah yang baru.


YASSER RASHDAN
Ketua UMNO Cawangan Kg.Bokara
AJK Pemuda UMNO Bhgn.Batu Sapi


29 Jun 2016.

08.30am

Tuesday, June 21, 2016

Salam Nuzul Qur'an

UMNO Cawangan Kg Bokara mengucapkan Selamat Hari Nuzul Qur'an kepada Muslimin dan Muslimat seluruh Negara,khasnya di Negeri Sabah.


 

Sunday, June 19, 2016

Tahniah atas kemenangan Calon Barisan Nasional pada Pilihanraya Kecil Parlimen Sg.Besar dan Parlimen Kuala Kangsar.


UMNO Cawangan Kg.Bokara mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kemenangan kedua -dua caloan Barisan Nasional YB Budiman Bin Mohd Zohdi dan YB Datin Mastura Dato Mohd Yazid atas kemenangan dalam Pilihanraya Kecil Parlimen P.093 Sg besar dan P.067 Kuala Kangsar.

Kemenangan besar ini juga adalah bukti kesungguhan jentera pilihanraya Barisan Nasional yang bertungkus lumus memastikan kemenangan calon Barisan Nasional pada PRK kali ini.

Usaha berterusan dalam mendekati rakyat serta pengundi yang dilakukan sepanjang tempoh kempen membuahkan hasil dan terbukti Parti Barisan Nasional masih relevan sebagai parti pilihan untuk di undi dan mentadbir negara ini secara amnya.


 
 

Sunday, May 22, 2016

Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak dan Selamat menunaikan Ibadah Puasa


UMNO Cawangan Kampung Bokara mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak dan Selamat menunaikan Ibadah Puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat di Negeri Sabah. 
Semoga kedatangan Ramadhan tahun ini melipatganda usaha kita semua untuk mendapatkan rahmat dan keredhaan Allah SWT.
Selamat Berpuasa.
 

Tuesday, May 17, 2016

Pemuda UMNO Cawangan Bokara sepakat saranan Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi.

15.Mei.2016 Saranan Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi Tn Hj Khairul Firdaus Datuk Hj Akbar Khan agar wakil rakyat kawasan di DUN Karamunting ini peka terhadap masalah penduduk setempat,khasnya golongan belia yang mempunyai jumlaj lebih 2/3 undi dalam lokaliti Pengundi Bokara.

Untuk itu adalah wajar Adun Karamunting  melalui peruntukan sedia ada kepada Adun2 mewakili Kerajaan Barisan Nasional BN untuk memberi peruntukan khas kepada progran pembangunan belia di kawasan ini.

Selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Sapi,Hj Khairul Firdaus turut bersetuju dengan desakan Oleh Ketua UMNO Cawangan Kg Bokara Sdr Yasser Rashdan Hj Hamdan agar Adun karamunting kerap mengadakan program untuk belia bukan sahaja di kampung bokara tetapi di kasawan DUN Karamunting amnya.

Adun Karamunting kurang mengadakan komunikasi dengan pimpinan UMNO Cawangan Bokara apatah lagi pada PRU13 lepas, jentera pilihanraya dari UMNO Cawangan dan Jentera Pemuda Cawangan turut banyak membantu kemepen beliau. Mungkin Adun Karamunting sudah mula lupa diri! Ujarnya.

Di sampung itu, Hj Khairul Firdaus bersetuju menyumbangkan sejumlah set kain samping untuk pasukan kompang kg.bokara dan juga akan memberi bantuan untuk pembaikan tiang gol futsal serta kelengkapan futsal.

Pengumuman itu dibuat selepas Hj Khairul Firdaus merasmikan mesyuarat pemuda2 UMNO di Zon Bokara.

Pemuda UMNO Cawangan Bokara merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi atas kesudian untuk turun padanag bersama pemuda cawangan2 di kampung ini.

Admin.

Friday, April 1, 2016

Utamakan Agenda Perjuangan Parti

Mengutamakan perjuangan Parti bermaksud,

" Jika Pimpinan Parti tak kiralah samada diperingkat atas atau peringkat cawangan sekalipun, jika berlaku krisis atau drama pimpinan, maka mesti ada satu kumpulan dalam parti mempunyai rasa tanggungjawab.

Sbg contoh, diperingkat cawangan,  tak semua juga sehaluan, jika ketua cawangan gagal dalam mentadbir atau mementingkan diri, maka jawatankuasa atau ahli cawangan wajar merombak pimpinan ketua cawangan. Jangan sesekali ikut rentak "Ketua Cawangan" yang merajuk kerana kekalahan dalam pertandingan pemilihan peringkat bahagian atau pusat.

Yang kedua, diperingkat Bahagian, jika ada ketua, timbalan atau naib termasuk sayap2 pergerakan wanita, pemuda dan puteri mempunyai masalah pimpinan serta drama politik, maka ahli peringkat bahagian serta perwakilan cawangan sewarjanya meletakkan asas perjuangan Parti menjadi agenda utama, sekali pun calon ketua yang mereka ikuti atau sokong tewas dalam pemilihan peringkat bahagian. Jangan sesekali ikut merajuk dan merosakkan parti hanya kerana keputusan pertandingan ketika dalam pemilihan.

Yang ketiga, jika diperingkat pusat pula, ini lebih besar dan berprofil tinggi, ada calon yang bertanding jawatan dalam Parti,  menjawat jawatan Menteri,timbalan menteri dan ketua Menteri, perwakilan di peringkat bahagian wajar menentukan pucuk pimpinan yang sesuai. Jika ada calon diperingkat pusat yang kalah, tidak perlu merajuk atau mempertikai keputusan pemilihan, cuba lagi di masa akan datang.

Itu sebahagian sahaja, pandangan saya mengenai "Mengutamakan agenda perjuangan parti",bukan bermaksud untuk menyentuh sensitiviti sesiapa, tetapi kepada para pembaca dan ahli politik, saya juga pernah mengalami situasi yang sama hanya keadaannya saja berbeza.

Jika ada pemimpin merajuk, kita perlu menilai banyak kali sebelum membuat keputusan.

Dan harus diingat, jangan sesekali sandarkan masalah integriti pemimpin dengan masalah dalaman Parti."

Friday, March 25, 2016

Sesi temuramah bersama Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah.

25.03.2016

Beberapa sesi temuramah oleh kumpulan  Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah untuk membuat kajian mengenai etnik penduduk kampung bokara dan sejarahnya.

Terima kasih kerana memilih Kampung Bokara untuk projek kajian anda.

Friday, February 26, 2016

Teruskan Perjuangan

Mulai daripada saat ini, situasi untuk Parti UMNO berhadapan cabaran menghadapi Parti lawan akan berbeza dari penggal sebelumnya.

Disaat kemelut dalaman Parti masih tidak selesai, ditambah lagi dengan pelbagai isu nasional dan juga permasalahan yang dihadapi oleh rakyat Negara ini.

Sebagai Ahli UMNO, kita perlu melihat ke depan sekalipun jarum tertusuk samaada di depan atau di belakang kita.

Selagi Parti dan pimpinannya meneruskan perjuangan ini, maka taat setia kepada Parti itu wajar diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang rasional dan bukannya menuntut kehendak emosi.

Kepada pemimpin yang telah dipecat, digugurkan, digantung keahlian atau jawatan, bersabarlah dalam apa jua pun keadaan, disaat sulit seperti ini semestinya legasi untuk mempertahankan Kapal Perang UMNO itu, seseorang Kapten akan membuat keputusan bukan saja demi kelangsungan perjuangan Parti semata tetapi demi mengekalkan Kapal UMNO ini tidak karam di lautan yang sedang bergelora.

Berjuanglah selagi hayat dikandung badan.

Bak kata pujangga,

"Seorang Ketua belum tentu boleh jadi seorang Pemimpin yang baik, akan tetapi Pemimpin yang baik semestinya akan menjadi Seorang Ketua"

Ayat penuh mendalam dan punya sedikit metafora walaupun ringkas tetapi panjang untuk dinilai.

YR

Monday, January 4, 2016

4 Januari 2016, Selamat kembali ke Sekolah!

UMNO Cawangan mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada Guru-guru dan para pelajar di seluruh negara kerana pada hari ini 04 Januari 2016 adalah hari pertama sesi persekolahan bemula untuk tahun ini.
Bersama kita berharap agar pendidikan di negara ini akan terus berkembang maju malah akan melahirkan lebih ramai para cendikiawan demi masa negara yang terbilang.
Selamat memulakan sesi perskolahan,dan selamat maju jaya.