Official Blog of UMNO Cawangan Bokara.
This blog is not intended solely for Comments or political opinion is concerned, this blog is my partnership with our counterparts on the current activities, hobbies, travel, including the activities to take interesting pictures.
Belajar Forex dengan saya
Sunday, July 17, 2016
Perasmian Masjid Wassatiyah,Batu Sapi oleh YAB Datuk Seri Musa Haji Aman ,Ketua Menteri Sabah
BATU SAPI,SANDAKAN,02 JULAI 2016 - Majlis Berbuka Puasa UMNO ZON 5 merangkumi UMNO Bahagian Sandakan,Libaran,Beluran,Kinabatangan dan Batu telah diadakan di perkarangan tempat letak kereta Masjid Wassatiyah Batu Sapi,Sandakan dan seterusnya Perasmian Masjid baru ini oleh YAB Datuk Seri Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah.
Ucapan alu-aluan telah dimulakan oleh YB Datuk Haji Samsudin Yahya selaku Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi serta Pengerusi tuan rumah bagi majlis berbuka puasa UMNO Zon 5 pada kali ini. Antara intipati ucapan beliau banyak menekankan pentingnya perpaduan serta semangat kesetiaan kepada Parti demi kelangsungan wadah perjuangan Parti UMNO bukan sahaja di Parlimen Batu Sapi malah di seluruh negeri Sabah amnya.
Seterusnya Ucapan Perasmian oleh YAB Ketua Menteri Sabah,yang banyak mengingatkan para ahli-ahli UMNO di negeri ini agar tidak terpengaruh dengan dakyah segelintir pihak cuba menghasut serta memecahbelahkan ahli-ahli parti UMNO khasnya bagi tujuan kepetingan politik peribadi.
Terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana telah mengotakan janji bagi membina Masjid baru yang indah ini.
No comments:
Post a Comment