Mengutamakan perjuangan Parti bermaksud,
" Jika Pimpinan Parti tak kiralah samada diperingkat atas atau peringkat cawangan sekalipun, jika berlaku krisis atau drama pimpinan, maka mesti ada satu kumpulan dalam parti mempunyai rasa tanggungjawab.
Sbg contoh, diperingkat cawangan, tak semua juga sehaluan, jika ketua cawangan gagal dalam mentadbir atau mementingkan diri, maka jawatankuasa atau ahli cawangan wajar merombak pimpinan ketua cawangan. Jangan sesekali ikut rentak "Ketua Cawangan" yang merajuk kerana kekalahan dalam pertandingan pemilihan peringkat bahagian atau pusat.
Yang kedua, diperingkat Bahagian, jika ada ketua, timbalan atau naib termasuk sayap2 pergerakan wanita, pemuda dan puteri mempunyai masalah pimpinan serta drama politik, maka ahli peringkat bahagian serta perwakilan cawangan sewarjanya meletakkan asas perjuangan Parti menjadi agenda utama, sekali pun calon ketua yang mereka ikuti atau sokong tewas dalam pemilihan peringkat bahagian. Jangan sesekali ikut merajuk dan merosakkan parti hanya kerana keputusan pertandingan ketika dalam pemilihan.
Yang ketiga, jika diperingkat pusat pula, ini lebih besar dan berprofil tinggi, ada calon yang bertanding jawatan dalam Parti, menjawat jawatan Menteri,timbalan menteri dan ketua Menteri, perwakilan di peringkat bahagian wajar menentukan pucuk pimpinan yang sesuai. Jika ada calon diperingkat pusat yang kalah, tidak perlu merajuk atau mempertikai keputusan pemilihan, cuba lagi di masa akan datang.
Itu sebahagian sahaja, pandangan saya mengenai "Mengutamakan agenda perjuangan parti",bukan bermaksud untuk menyentuh sensitiviti sesiapa, tetapi kepada para pembaca dan ahli politik, saya juga pernah mengalami situasi yang sama hanya keadaannya saja berbeza.
Jika ada pemimpin merajuk, kita perlu menilai banyak kali sebelum membuat keputusan.
Dan harus diingat, jangan sesekali sandarkan masalah integriti pemimpin dengan masalah dalaman Parti."
No comments:
Post a Comment