Rujukan,Pemecatan Muhyiddin,Mukhriz/
Selaku pimpinan akar umbi,saya terpanggil untuk memberikan pandangan secara peribadi tanpa memihak kepada sesiapa. Setelah Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY), Dato Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir (DSMM) dan menggangtung keahlian Datuk Seri Mohd Shafie Hj Apdal (DSSA) sementara menunggu laporan Jawatankuasa Badan Disiplin UMNO bagi menentukan nasib DSSA .
Keputusan ini pastinya sukar akan tetapi ianya mempunyai Pro & Kontra iaitu impak selepas keputusan yang dibuat oleh MT terhadap ketiga-tiga pemimpin berpengaruh tersebut.
Secara peribadi,saya tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap keputusan yang telah dibuat oleh pihak MT,sekalipun begitu saya masih tertanya tanya apakah keputusan ini dibuat secara tergesa-gesa ataupun ianya telah melalui proses yang betul.
Sememangnya beberapa pelanggaran Tataetika Ahli UMNO telah dilakukan oleh ketiga-tiga pemimpin tersebut tak kira samaada yang mereka sedari mahupun tidak,ianya dilihat bukan menjurus kepada menjatuh Parti UMNO tetapi mereka lebih fokus terhadap masalah yang mereka anggap Skandal melibatkan Presiden UMNO antaranya isu hutang 1MDB dan kesahihan Derma berjumlah RM 2.6 Billion .
Sehingga kini,ketiga - tiga pemimpin ini lantang bersuara di mana-mana perjumpaan yang dianjurkan samaada oleh pihak pimpinan UMNO akar umbi mahupun NGO serta Pembangkang. Apa yang menjadi persoalan ialah,kenapa saat mereka lantang bersuara,tidak ada pula pihak dari MT atau Pemimpin yang mereka maksudkan tampil untuk berhadapan dengan mereka samaada secara tertutup ataupun terbuka melalui Debat atau lain-lain platform.
Sekaligus mencerminkan sikap "menghalalkan cara" kelihatan dalam skandal besar yang mereka anggap sesetengah pimpinan UMNO hanya buat pekak dan membuta tuli.
Akan tetapi,disebalik isu ini,kelangsungan perjuangan Parti UMNO juga wajib diutamakan. Terlalu banyak lagi permasalahan rakyat yang masih belum selesai jika dibandingkan dengan isu yang melibatkan ketiga-tiga pemimpin ini. Isu skandal melibatkan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri ini sewajarnya kita beri peluang untuk beliau memperjelaskan ,menyelesaikan malah menutup kemelut yang menimpa dirinya. Sebagai ahli UMNO,kita harus ingat tidak semua pemimpin itu sempurna, dalam isu 1MDB dan derma RM2.6 Billion ini telah dijawab beberapa kali,akan tetapi ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.
Secara peribadi,saya amat menghormati YAB Tun Dr Mahathir Mohamad,beliau juga adalah idola saya, tetapi terdapat beberapa perbuatan beliau yang saya beranggapan adalah perbuatan terdesak antaranya "Deklarasi Rakyat" yang mendesak untuk YAB Perdana Menteri ketika ini meletakkan jawatan. Mendesak itu tidak salah,kerana itu adalah hak setiap warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pemilih,tetapi adakah saluran yang digunakan oleh Tun Dr.Mahathir ini betul? Pada saya,mungkin pada penilaian Tun Dr.M,tindakannya adalah betul.
Pada masa yang sama,kita juga seharusnya melihat dalam menjelang PRU14 nanti,apakah YAB Dato Seri Najib dapat mengekalkan pengaruh dan kuasanya? Terserah kepada rakyat untuk memilih beliau. Kita sebagai Ahli UMNO dan pimpinan akar umbi,sewajarnya kita beringat pada satu pepatah lama " jangan kerana nila setitik,rosak susu sebelanga". Ibarat jangan kerana taksub untuk menjatuhkan YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak,maka kita sanggup gadaikan perjuangan asal semata-mata memenuhi kehendak seseorang.
Perlu diingat, apabila UMNO hilang kuasa,maka kuasa itu tidak kembali. Walaupun UMNO Sabah baru berusia 26 tahun,dan masih muda tetapi jika UMNO hilang kuasa maka jangan "Melayu mendabik dada".
Pepatah lama juga pernah menyebut "dalam satu tanda pisang,tak akan semua buruk", ibarat dalam ramai-ramai pemimpin UMNO,tidak semuanya jahil dan teruk. Kita sebagai ahli menentukan siapa pimpinan di atas,jika silap memilih maka kita yang bertanggungjawab untuk menjatuhkannya,tetapi bukan dengan sabotaj atau deklarasi,gunalah saluran pilihanraya atau pemilihan parti. Keputusan itu lebih telus dan adil.
Bagi diri saya sendiri, mendesak untuk YAB Dato'Seri Najib berundur pada saat ini tidak menyelesaikan masalah sedia ada,malah akan menimbulkan masalah yang baru.
YASSER RASHDAN
Ketua UMNO Cawangan Kg.Bokara
AJK Pemuda UMNO Bhgn.Batu Sapi
29 Jun 2016.
08.30am
2 comments:
Secara peribadi pilihan raya akn dtg akn menjadi sengit dgn isu2 sensitif..semoga rakyat sabah membuat pilihan yang bijak;-)
Undi ditangan rakyat.
Post a Comment