Belajar Forex dengan saya

Thursday, November 28, 2013

Gelaran ‘Kucing Kurap’ : Jangan Lupa Jasa Kakitangan Awam

Gelaran ‘Kucing Kurap’ : Jangan Lupa Jasa Kakitangan Awam
Oleh : Azman Abas
KUALA LUMPUR, 27 Nov – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirleen melahirkan rasa sedih melihat istilah yang didakwa dibuat oleh Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi terhadap penjawat awam di negeri itu dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.
Menurut beliau istilah ‘kucing kurap’ bukanlah jalan terbaik dan penggunaan kata-kata yang mengguris hati seharusnya dielakkan kerana kakitangan awam juga merupakan sebahagian besar penyumbang kepada pentadbiran.
“Saya sendiri terguris sebab saya tahu sebahagian besar mereka ini penggerak pentadbiran..kenapa mereka harus diheret dalam kancah politik sebegini. Kalau marah sekalipun jangan guna perkataan yang mengguris hati orang.
“Jadi saya nasihatkan supaya ada tindakan yang diambil oleh pihak yang berkenaan supaya perbuatan kurang ajar macam ini jangan berulang lagi. Kita tidak pilih pemimpin mana…dalam soal ini beliau kena bertanggungajwab,” katanya kepada UMNO-Online.
Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerjaraya seterusnya menambah beliau terkejut dengan apa yang berlaku itu.
“Saya sangat terkejut mengenai perkara itu. Tentunya ramai yang marah termasuklah saya sendiri dan juga kakitangan awam lain tanpa beliau memikirkan sumbangan mereka ini kepada pentadbiran negara.
“Apa yang kita capai selama ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh mereka ini (penjawat awam). Jadi saya nasihatkan beliau kalau nak cari publisiti murahan janganlah sampai menyentuh hati…saya tengok ini tidak sepatutnya…pendekatan beliau itu tanpa memikirkan kesan,” ujarnya. -MediaUMNO
share from : www.umno-online.my

Jangan Jadikan Isu Islam Sebagai Mainan Politik.

Jangan Jadikan Isu Islam Sebagai Mainan Politik – Dr Fathul Bari
Oleh Wan Hafiz Hamzah
KUALA LUMPUR, 28 Nov – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Ustaz Dr Fathul Bari Mat Jaya meluahkan rasa hairan dan ragu apabila kepimpinan tertinggi Pas masih lagi tidak menyatakan pendirian rasmi parti tersebut berhubung tuntutan Comango, biarpun isu tuntutan gabungan NGO tersebut menjadi isu dasar yang diperbahaskan ketika muktamar Pas baru-baru ini.
Ujarnya, pendirian rasmi Pas berhubung isu tuntutan Comango ini amat penting kerana tuntutan yang dibuat oleh NGO tersebut amat jelas secara prinsipnya bertentangan dengan tuntutan Islam.
“Kita boleh lihat dalam beberapa hal yang terkandung di dalam tuntutan Comango ini suatu isu besar bagi umat Islam, seperti isu berhubung dengan Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual (LGBT), kesemarataan dalam agama yang ternyata bercanggah dengan prinsip Islam di negara ini.
fathul bari
“Biarpun ini isu yang bercanggah dan mengancam prinsip-prinsip Islam, tetapi mereka (kepimpinan Pas) tetap tidak bersuara. Maksud saya bersuara itu ialah menyatakan pendirian rasmi parti berhubung perkara itu secara tegas.
“Tetapi sebaliknya, dalam hal-hal yang kita cuba mencari titik persamaan sesama Islam, yang itu Pas dilihat lebih kerap bersuara untuk menimbulkan masalah khususnya dalam isu perpaduan sesama kita. Inilah yang membuatkan saya berasa amat hairan dan keliru dengan sikap kepimpinan Pas hari ini,” luah beliau kepada UMNO-Online disini hari ini.
Kata beliau lagi, contohnya ialah isu perpaduan umat Islam di mana yang terbaru, isu muzakarah antara UMNO dan Pas sekali lagi terbit dari kenyataan Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Haji Hadi Awang dalam ucapan penggulungan di muktamar Pas baru-baru ini.
“Kira-kira setahun yang lalu, ketika Presiden Pas menyatakan kesediaan kepimpinan Pas untuk bermuzakarah dengan sesiapa saja, termasuk UMNO, saya merupakan antara orang pertama yang secara terbuka menyahut tawaran tersebut.
“Namun akhirnya apa yang berlaku? Bila kita (UMNO) nyatakan persetujuan untuk bermuzakarah, ia berlalu sepi begitu saja. Sampaikan kita melalui ILMU, menghantar surat kepada pejabat Pas pusat dan sebagainya untuk menyatakan kesediaan kita bermuzakarah, tetapi sehingga ke hari ini tidak ada apa yang berlaku,” ujarnya.
Justeru itu, beliau meminta agar kepimpinan Pas tidak menjadikan isu muzakarah mahupun isu-isu yang melibatkan kepentingan Islam dan umatnya sebagai retorik politik sahaja.
“Jika kita nak buat muzakarah untuk kepentingan kaum muslimin, untuk kepentingan Islam, maka kita buat secara serius. Jangan jadikan ia semata-mata sebagai satu mainan politik. Apa yang penting, ialah bila berbicara soal kepentingan Islam, baik UMNO atau Pas kita mesti sepakat.
“Berbalik kepada isu Comango tadi. Mengapa kita tidak berdiri teguh bersama-sama menentang dalam isu ini, seperti mana kita boleh bersama-sama dalam isu Palestin, isu Syiria? Saya nak juga, di dalam isu Comango, UMNO dan Pas bersama-sama,” katanya.
Jangan hanya kerana ada terdapat beberapa tokoh politik Pakatan Rakyat yang terlibat dalam Comango, menyebabkan Pas sampai hari ini tidak berani bersuara. Pas perlu menyatakan pendirian mereka dengan tegas, tegas beliau lagi.
“Pas mesti bersuara secara tegas. Presidennya bersuara, Ketua Pemudanya bersuara. Tetapi hari ini, kita tidak mendengar suara mereka. Di mana suara Pas dalam isu yang melibatkan kepentingan Islam secara keseluruhnya ini,?”soalnya.
-MediaUMNO
share from : www.umno-online.my

Thursday, November 21, 2013

CADANGAN MELUPUSKAN KENDERAAN BERUSIA LEBIH 12 TAHUN DI NEGARA INI ADALAH TIDAK WAJAR! KAMI BANTAH!

Cadangan untuk menghadkan jangka hayat kereta pada pandangan saya adalah tidak wajar sama sekali.
Kita sedia maklum, kondisi kenderaan yang berusia lebih 10 atau 12 tahun ataupun lebih sememangnya tidak sama dengan kenderaan baru.
Akan tetapi tidak semua jenis kenderaan yang berusia lebih 10 tahun ke atas itu akan mempunyai kondisi yang teruk dari segi aspek keselamatan pemanduan, keupayaan enjin dan beberapa komponen utama yang lain.
Kondisi sesuatu kenderaan adalah bergantung kepada cara penjagaan pemiliknya. Jika pemiliknya peka terhadap komponen2 kenderaan yang perlu berada sentiasa dalam keadaan baik dan stabil,maka penyelenggaraan kenderaan tersebut mengikut jadual seharusnya dibuat. Ini akan memastikan jaminan serta kemampuan kenderaan tersebut berada di atas jalan.
Logiknya adalah, jika sebuah kenderaan baru memecut dengan kelajuan 110km/j dan kenderaan yang berusia lebih 10 tahun juga memecut dengan kelajuan yang sama, tidak mustahil pemandu yang menggunakan kenderaan baru itu tadi tidak cedera parah ataupun maut jika berlaku kemalangan. Apakah impak yang dialami pemandu kenderaan baru dengan kenderaan berusia lebih 10 tahun itu tidak sama?
Sebagai contoh kita bandingkan Proton Perdana V6 Lengkap dngan beg udara dan sistem brek ABS keluaran tahun 2003 VS Proton Preve 1.6 CFE Turbo lengkap dengan beg udara dan ABS keluaran 2013. Memecut dengan kelajuan 110km/j kemudian melanggar objek pegun seperti pokok. Apakah impaknya kepada pemandu kedua-dua kenderaan itu tidak sama?
Fikirkan.
Saya memberi pandangan bukanlah untuk menunjukkan kelemahan sesuatu cadangan yang dibuat oleh Kerajaan melalui wakil rakyat.Bagi saya cadangan itu tidak mustahil akan membebankan rakyat.
Beberapa pendekatan dan mekanisme terbaik dalam menangani isu kemalangan jalan raya atau yang berkaitan tidak seharusnya diselesaikan dengan membuat cadangan tanpa mengambil pendapat awam melalui suara ramai ataupun secara rawak melalui media massa.
Rakyat ingin melihat,cadangan perlaksanaan sesuatu dasar tidak kira peringkat bawah hingga ke peringkat antarabangsa, sedikit sebanyak impaknya akan dirasai oleh rakyat Malaysia.
Justeru itu, cadangan menghadkan jangka hayat kereta ini janganlah sampai dianggap sebagai cadangan ibarat "melepas batuk ditangga".
Rakyat kini dibebani kenaikan harga barang,minyak,bahan mentah,dll dan semuanya memerlukan peranan serta kebertanggungjawaban kerajaan untuk memastikan rakyat Negara ini tidak merempat di tanahnya sendiri.
Oleh yang demikian, saya sebagai salah seorang belia dan rakyat Malaysia menyarankan agar cadangan menghadkan usia kenderaan itu memerlukan kajian yang mendalam serta asas yang kukuh agar perlaksanaannya adalah untuk memudahkan rakyat dan bukannya menyusahkan rakyat.
Kerajaan ditubuh oleh rakyat, dan rakyat seharusnya mendapat keutamaan dalam apa2 dasar yang diputuskan.
1Malaysia,Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Sunday, November 10, 2013

Typhoon Haiyan / Yolanda Landfall Update

http://www.youtube.com/v/VmqMfEUNdNA?version=3&autohide=1&autoplay=1&showinfo=1&attribution_tag=JOKODmShwBkgkHACRliyYw&feature=share&autohide=1

Tuesday, November 5, 2013

Selamat menduduki peperiksaan STPM dan SPM kepada semua para pelajar yang bakal menjalani ujian tersebut pada 6 November 2013.

UMNO Cawangan Bokara dan GBBS Sabah Mengucapkan selamat dan semoga berjaya menduduki serta menjawab soalan peperiksaan STPM dan SPM kepada semua pelajar yang menjalani ujian tersebut.

Semoga tenang dan berjaya hendaknya. InShaAllah.

Sunday, November 3, 2013

Bangunan Lama di Bandar Sandakan perlu dicat baru untuk mengindahkan pemandangan bandar.

Antara bangunan lama di bandar Sandakan yang perlu di cat baru.

Selamat Pengantin Baru Sitti Khadijah dan Mohd Faizam

Menghadiri Majlis Perkahwinan Sitti Khadijah dan Mohd Faizam bertempat di Sabah Hotel pd 03 November 2013 jam 7 malam.