Thursday, September 13, 2012
Pemuda Bokara kecam Filem Hina Nabi di Laman Portal You Tube
Gambar di atas adalah petikan dalam Filem pendek di Laman Portal Youtube yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bokara mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya Filem pendek yang menghina Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dalam laman portal Youtube baru-baru ini. Perbuatan yang biadap oleh pihak yang membuat tayangan video ini telah menimbulkan kemarahan disetiap pelusuk Umat Islam seluruh dunia termasuk Negara kita Malaysia.Filem pendek bertajuk "Sam Bacile Muhammad Movie FULL HD - Innocence of Muslims" ini telah menyebabkan Umat Islam seluruh dunia bangkit membuat bantahan dan protes secara besar-besaran bagi meminta agar pihak bertanggungjawab terhadap pembuatan video yang menghina dihadap kemuka pengadilan dan diberi hukuman yang setimpal. Penghinaan sedemikian rupa jelas sekali menunjukkan segelintir sikap dan pemikiran Barat terhadap Islam ini tidak habis-habis menindas,menghina,memerangi dan menghancur Umat Nabi Muhammad SAW sehingga hari ini. Pelbagai cara mereka lakukan sehingga sanggup membuat filem pendek yang menghina keperibadian Rasulullah SAW Junjungan Besar Nabi kita. Semoga Allah menurunkan bala ke-atas Yahudi Laknatullah ini.
Allahu Akbar!!!Allahu Akbar!!!Allahu Akbar!!!
Bersatulah demi Junjungan Besar Rasullullah SAW.!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment