Belajar Forex dengan saya

Thursday, August 25, 2016

Perasmian serentak Mesyuarat UMNO ZON 5 ,Sandakan,Libaran,Beluran,Kinabatangan dan Batu Sapi oleh YAB Datuk Seri Panglima Dr.Ahmad Zahid Hamidi Naib Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

YAB Timbalan Perdana Menteri bersamaYAB Ketua Menteri dan barisan Ketua2 UMNO Bahagian serta Timbalan2 Ketua UMNO Bahagian ZON 5 sedang beridiri segak menyanyikan lagu Negaraku,Sabah Tanahirku dan Lagu UMNO "BERSATU"

 Walaupun dalam keadaan sesak oleh para perwakilan UMNO 5 bahagian,YAB TPM sempat meluangkan sedikit masa untuk bergambar bersama "admin" ketika selesai Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO ZON 5.

Sebahagian Perwakilan UMNO Cawangan Kg.Bokara yang hadir dalam Majlis Perasmian Tersebut,antaranya Ketua Pemuda UMNO Cawangan,Tuan Hj Mohd Safrizan Hj Jailang, Ketua UMNO Cawangan Sdr.Yasser Rashdan Hj Hamdan, dan Setiausaha UMNO Cawangan Sdr.Mohd Sallem Hj Jifli.

" antara petikan ucapan YAB Timbalan Perdana Menteri adalah, mengingatkan para Pemimpin UMNO di semua peringkat samaada Negeri,Bahagian,mahupun Cawangan agar mengutamakan kelangsungan perjuangan Parti UMNO tanpa mementingkan kepetingan peribadi. Usaha-usaha untuk memastikan ahli akar umbi dan rakyat terbela sewajarnya adalah terletak dibahu semua para ahli UMNO sama ada yang berjawatan mahupun hanya sebagai ahli."  

BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT 
 




Sunday, July 17, 2016

UMNO Batu Sapi nafi 600 ahli UMNO dan 100 Ketua Cawangan umum keluar Parti.

Pg.Roslan Pg.Nasrun telah mengumumkan keluar dari UMNO dan meletak jawatan sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi pada satu Majlis di Ballroom Sanbay hotel.
 Hj Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan selaku Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi bersama Ketua Wanita Puan Rahimah Hj Asrah dan Ketua Puteri Puan Hazulizah Md Dani bersama jawatankuasa bahagian dan sebilangan ketua-ketua Cawangan dalam satu kenyataan menafikan bahawa 600 Ahli dan 100 Ketua Cawangan UMNO Batu Sapi keluar parti.


Selaku Ketua UMNO Cawangan Kg.Bokara dan juga AJK Pemuda UMNO Batu Sapi, saya menyangkal bahawa dakwaan 100 ketua cawangan UMNO di Bahagian Batu Sapi ini telah keluar parti. Apa yang saya lihat berdasarkan gambar serta maklumat yang diperolehi,kelihatan mereka adalah sebilangan ahli Parti Pembangkang iaitu Sdr.Mustafa Talib yang telah keluar dari UMNO pada Ogos 2015 setelah kecewa ketika tewas pada pemilihan UMNO Bahagian Batu Sapi 2013 lepas,dan ramai lagi adalah dikalangan ahli Parti pembangkang yang hadir dalam majlis tersebut.

Apa yang saya boleh simpulkan adalah keputusan mereka meninggal UMNO ini bukanlah atas dasar perjuangan tetapi adalah atas kapasiti peribadi dan kepentingan mereka sendiri. Saya tidak melihat semangat perjuangan diwajah mereka. Mereka tidak seharusnya melabel UMNO ini teruk dan tidak berperaturan sedangkan mereka juga adalah bekas ahli UMNO. Jika mereka beranggapan bahawa dibawah wadah perjuangan baru mereka ini punya masa depan yang cerah,masa saya ucapkan selamat berjuang serta semoga berjaya!

YRH

DATUK SERI HJ MOHD SHAFIE APDAL UMUM KELUAR PARTI


Rujukan  - http://www.bharian.com.my/node/171263
SEMPORNA -4 JULAI - YB Datuk Seri Haji Mohd Shafie Apdal telah mengumumkan secara rasmi keluar dari Parti UMNO dalam satu majlis di Semporna. Beliau yang baru sahaja kembali dari mengerjakan ibadah umrah telah mengumumkan pendirian berkenaan setelah Majlis Tertinggi UMNO membuat keputusan untuk menggantung keahlian dan jawatan beliau sementara menunggu keputusan Lembaga Disiplin Parti bagi menentukan status beliau dalam parti.

Perasmian Masjid Wassatiyah,Batu Sapi oleh YAB Datuk Seri Musa Haji Aman ,Ketua Menteri Sabah








BATU SAPI,SANDAKAN,02 JULAI 2016 - Majlis Berbuka Puasa UMNO ZON 5 merangkumi UMNO Bahagian Sandakan,Libaran,Beluran,Kinabatangan dan Batu telah diadakan di perkarangan tempat letak kereta Masjid Wassatiyah Batu Sapi,Sandakan dan seterusnya Perasmian Masjid baru ini oleh YAB Datuk Seri Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah.

Ucapan alu-aluan telah dimulakan oleh YB Datuk Haji Samsudin Yahya selaku Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi serta Pengerusi tuan rumah bagi majlis berbuka puasa UMNO Zon  5 pada kali ini. Antara intipati ucapan beliau banyak menekankan pentingnya perpaduan serta semangat kesetiaan kepada Parti demi kelangsungan wadah perjuangan Parti UMNO bukan sahaja di Parlimen Batu Sapi malah di seluruh negeri Sabah amnya.

Seterusnya Ucapan Perasmian oleh YAB Ketua Menteri Sabah,yang banyak mengingatkan para ahli-ahli UMNO di negeri ini agar tidak terpengaruh dengan dakyah segelintir pihak cuba menghasut serta memecahbelahkan ahli-ahli parti UMNO khasnya bagi tujuan kepetingan politik peribadi.

Terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana telah mengotakan janji bagi membina Masjid baru yang indah ini.



 
 










Thursday, June 30, 2016

Tahniah kepada YB Datuk Datu Nasrun Datu Hj Mansur atas perlantikan sebagai Timbalan Menteri dalam kerajaan Persekutuan.


UMNO Cawangan Kg.Bokara mengucapkan Tahniah kepada Ahli Parlimen Silam YB Datuk Datu Nasrun Datu Hj Mansur atas perlantikan sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia baru-baru ini, atas perkenan DYMM YDP Agong.

Perlantikan beliau sekaligus mewakili Negeri Sabah sebagai salah seorang wakil rakyat yang memegang portfolio Timbalan Menteri dalam kerajaan persekutuan.

Selamat menjalankan tugas,dan selamat maju jaya.

Tuesday, June 28, 2016

MUHYIDDIN,MUKHRIZ DIPECAT DARI PARTI UMNO & SHAFIE DIGANTUNG KEAHLIAN

Rujukan,Pemecatan Muhyiddin,Mukhriz/




Selaku pimpinan akar umbi,saya terpanggil untuk memberikan pandangan secara peribadi tanpa memihak kepada sesiapa. Setelah Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY), Dato Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir (DSMM) dan menggangtung  keahlian Datuk Seri Mohd Shafie Hj Apdal (DSSA) sementara menunggu laporan Jawatankuasa Badan Disiplin UMNO bagi menentukan nasib DSSA .

Keputusan ini pastinya sukar akan tetapi ianya mempunyai Pro & Kontra iaitu impak selepas keputusan yang dibuat oleh MT  terhadap ketiga-tiga pemimpin berpengaruh tersebut.

Secara peribadi,saya tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap keputusan yang telah dibuat oleh pihak MT,sekalipun begitu saya masih tertanya tanya apakah keputusan ini dibuat secara tergesa-gesa ataupun ianya telah melalui proses yang betul.

Sememangnya beberapa pelanggaran Tataetika Ahli UMNO telah dilakukan oleh ketiga-tiga pemimpin tersebut tak kira samaada yang mereka sedari mahupun tidak,ianya dilihat bukan menjurus kepada menjatuh Parti UMNO tetapi mereka lebih fokus terhadap masalah yang mereka anggap Skandal melibatkan Presiden UMNO antaranya isu hutang 1MDB dan kesahihan Derma berjumlah RM 2.6 Billion .

Sehingga kini,ketiga - tiga pemimpin ini lantang bersuara di mana-mana perjumpaan yang dianjurkan samaada oleh pihak pimpinan  UMNO akar umbi mahupun NGO serta Pembangkang. Apa yang menjadi persoalan ialah,kenapa saat mereka lantang bersuara,tidak ada pula pihak dari MT atau Pemimpin yang mereka maksudkan tampil untuk berhadapan dengan mereka samaada secara tertutup ataupun terbuka melalui Debat atau lain-lain platform.

Sekaligus mencerminkan sikap "menghalalkan cara" kelihatan dalam skandal besar yang mereka anggap sesetengah pimpinan UMNO hanya buat pekak dan membuta tuli. 

Akan tetapi,disebalik isu ini,kelangsungan perjuangan Parti UMNO juga wajib diutamakan. Terlalu banyak lagi permasalahan rakyat yang masih belum selesai jika dibandingkan dengan isu yang melibatkan ketiga-tiga pemimpin ini. Isu skandal melibatkan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri ini sewajarnya kita beri peluang untuk beliau memperjelaskan ,menyelesaikan malah menutup kemelut yang menimpa dirinya. Sebagai ahli UMNO,kita harus ingat tidak semua pemimpin itu sempurna, dalam isu 1MDB dan derma RM2.6 Billion ini telah dijawab beberapa kali,akan tetapi ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan. 

Secara peribadi,saya amat menghormati YAB Tun Dr Mahathir Mohamad,beliau juga adalah idola saya, tetapi terdapat beberapa perbuatan beliau yang saya beranggapan adalah perbuatan terdesak antaranya "Deklarasi Rakyat" yang mendesak untuk YAB Perdana Menteri ketika ini meletakkan jawatan. Mendesak itu tidak salah,kerana itu adalah hak setiap warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pemilih,tetapi adakah saluran yang digunakan oleh Tun Dr.Mahathir ini betul? Pada saya,mungkin pada penilaian Tun Dr.M,tindakannya adalah betul.

Pada masa yang sama,kita juga seharusnya melihat dalam menjelang PRU14 nanti,apakah YAB Dato Seri Najib dapat mengekalkan pengaruh dan kuasanya? Terserah kepada rakyat untuk memilih beliau. Kita sebagai Ahli UMNO dan pimpinan akar umbi,sewajarnya kita beringat pada satu pepatah lama " jangan kerana nila setitik,rosak susu sebelanga". Ibarat jangan kerana taksub untuk menjatuhkan YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak,maka kita sanggup gadaikan perjuangan asal semata-mata memenuhi kehendak seseorang.

Perlu diingat, apabila UMNO hilang kuasa,maka kuasa itu tidak kembali. Walaupun UMNO Sabah baru berusia 26 tahun,dan masih muda tetapi jika UMNO hilang kuasa maka jangan "Melayu mendabik dada".

Pepatah lama juga pernah menyebut "dalam satu tanda pisang,tak akan semua buruk", ibarat dalam ramai-ramai pemimpin UMNO,tidak semuanya jahil dan teruk. Kita sebagai ahli menentukan siapa pimpinan di atas,jika silap memilih maka kita yang bertanggungjawab untuk menjatuhkannya,tetapi bukan dengan sabotaj atau deklarasi,gunalah saluran pilihanraya atau pemilihan parti. Keputusan itu lebih telus dan adil.

Bagi diri saya sendiri, mendesak untuk YAB Dato'Seri Najib berundur pada saat ini tidak menyelesaikan masalah sedia ada,malah akan menimbulkan masalah yang baru.


YASSER RASHDAN
Ketua UMNO Cawangan Kg.Bokara
AJK Pemuda UMNO Bhgn.Batu Sapi


29 Jun 2016.

08.30am