Belajar Forex dengan saya

Saturday, November 24, 2012

Rakyat Perlu Diberi Ruang Bantah Kekejaman Israel Di Gaza – Hishammuddin

Rakyat Perlu Diberi Ruang Bantah Kekejaman Israel Di Gaza – Hishammuddin PUTRAJAYA, 22 Nov - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata rakyat perlu diberi ruang untuk meluahkan kesedihan, bantahan dan menyatakan pendirian bagi membantah kekejaman rejim Zionis ke atas rakyat Palestin di Gaza. Katanya ini bagi mengelakkan mereka melakukan perkara-perkara di luar batasan sehingga kemungkinan diterjemahkan ke arah keganasan atau menyertai kumpulan militan. “Jika tidak ada ruang pun untuk menyatakan pendirian, tidak mustahil tindakan-tindakan yang lebih ganas (akan berlaku), kumpulan-kumpulan militant yang boleh mengambil tindakan yang lebih teruk kerana kita rasa bahawa kita tidak ada ruang untuk meluahkan apa yang terbuku dalam jiwa,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Gelombang Kedamaian 1KDN dan Tabung Kecemasan Gaza di sini hari ini. Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar. Malah Hishammuddin berkata perhimpunan warga Skuad Muda Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang turut disertai kepimpinan tertinggi kementerian hari ini adalah satu daripada usaha untuk mewujudkan gelombang keamanan sejagat dan mengecam keganasan yang dilakukan Israel. Katanya gelombang keamanan sejagat perlu diterapkan dalam skuad itu yang dianggotai sukarelawan di bawah agensi-agensi kementerian kerana golongan muda perlu disemai dengan nilai-nilai murni ke arah keharmonian, kesejahteraan dan keamanan. Beliau berkata Timbalan Menterinya Datuk Lee Chee Leong akan mengetuai usaha untuk mewujudkan gelombang keamanan sejagat di kalangan anggota skuad melalui penganjuran pelbagai program, manakala seorang lagi timbalan menterinya Datuk Wira Abu Seman Yusop akan mengetuai gerakan kutipan Tabung Kecemasan Gaza peringkat kementerian. Hishammuddin berkata meskipun baru dilancarkan hari ini, tabung itu Berjaya memperoleh kutipan awal sebanyak RM126,000 dan warga KDN masih boleh menghulurkan bantuan kewangan bagi meringankan derita penduduk di Gaza. Menurutnya jumlah kutipan itu akan diserahkan kepada Tabung Kecemasan Gaza kelolaan Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF)yang dilancarkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa. Dalam pada itu, Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO tidak menolak kemungkinan isu mengenai kekejaman Israel akan dibahaskan pada Perhimpunan Agung UMNO ke-66 minggu depan. “Saya percaya jurucakap-jurucakap kita daripada sayap, negeri dan parti induk tidak boleh elak daripada membahaskannya. Ini merupakan sesuatu yang dekat dengan hati kita semua, pejuang-pejuang parti daripada dulu lagi,” katanya. share from : www.umno-online.my

Kerajaan BN Ada “Road Map” Jelas Untuk Masa Depan Rakyat Dan Negara – Najib

Kerajaan BN Ada “Road Map” Jelas Untuk Masa Depan Rakyat Dan Negara – Najib Oleh : Azman Abas KUALA LUMPUR 24 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kejayaan yang dikecapi oleh negara hari ini boleh ditingkatkan lagi dengan penuh cemerlang kerana kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) mempunyai hala tuju yang jelas. Menurut beliau ‘road map’ berkenaan boleh menjadikan negara ke arah yang lebih baik dengan tumpuan terhadap rakyat secara adil dan saksama demi kepentingan bersama khususnya untuk kepentingan negara. “Kita boleh jadikan Malaysia ini lebih baik lagi sebab sudah ada ‘road map’. ‘Road map’ kita dah jelas, terang….. jangan macam buku jingga. Janji macam-macam, kita tidak main janji, kita tunaikan dan kita laksanakan. “Tengok dalam suratkhabar hari ini 2,000 ibu tunggal nak saman kerajaan negeri, janji 100 sebulan kalau menang tubuh kerajaan. Hari ini orang dah nampak sekarang, kredibiliti mereka boleh dipersoalkan. Kita di Malaysia penuh dengan pengharapan yang jauh lebih baik daripada hari ini dan kita telah buktikan segala-galanya,“ katanya. Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Himpunan Barisan 1Malaysia di Dewan Merdeka, PWTC, di sini, hari ini. Turut Hadir Pengerusi Himpunan Datuk Hj Ahmad Maslan, Pengerusi-Pengerusi NGO serta wakil-wakil yang terlibat serta pimpinan BN. Terdahulu sebelum ucapan perasmian, tiga sesi pembentangan kertas kerja oleh beberapa tokoh akademik dan aktivis terkenal tanah air. Hampir 1500 NGO terlibat dalam program berkenaan. Datuk Seri Najib seterusnya menambah kejayaan negara hari ini adalah berasaskan kepada kerjasama dan permuafakatan seluruh rakyat termasuk kalangan NGO serta parti politik. “Kita memahami bahawa untuk mendapatkan sokongan rakyat kita tidak boleh lagi tertumpu dan memberi fokus kepada parti siasah sahaja walaupun tidak boleh dinafikan parti politik tetap merupakan jentera dan institusi yang sangat penting. “Sebab itu kita iktirafnya…..sebab itu Barisan Nasional (BN) faham bahawa masa depan negara ini bergantung kepada permuafakatan kerjasama dengan NGO-NGO dan ‘sivil society’ masyarakat madani. “Dan kita seharusnya bawa dengan kita sebagai rakan kongsi kita, sebagai rakan seperjuangan kita yang faham bahawa untuk mencapai matlamat mentransformasikan negara, kita kita perlu dokongan masyarakat madani dan juga NGO-NGO malah setiap komuniti kecil dan besar mesti bersama meniti arus perubahan besar yang nak dibawa oleh kita,” katanya. Tambah Datuk Seri Najib lagi jika kelompok komuniti bergerak dalam kumpulan masing-masing negara dan rakyatnya tidak akan berjaya. “Saya telah mula dengan Gagasan 1Malaysia……sebab saya faham dan kita mesti terima hakikat bahawa kalau kita bergerak dalam kelompok komuniti masing-masing ibarat macam enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, kita tidak akan jadi bangsa yang berjaya. “Kalau kita bermentaliti kelompok kita buat hal kita, kelompok lain buat cara dia, tetapi kita tidak cari titik pertemuan maka negara kita tidak mungkin menjadi sebuah negara hebat dan berada di saf hadapan. “Kita faham bahawa kelainan ini tidak seharusnya menjadikan kita ini bergerak dalam kelompok masing-masing apatah lagi saling bertentangan antara satu sama lain sepertimana saya nak sebut bahawa kalau kita bertindak secara kolektif, kebersamaan, kita lebih kuat. “Apabila kita berhimpun dalam dewan ini atas nama Barisan 1Malaysia, kita beri isyarat dan signal yang cukup kuat. Siapa kata NGO tidak sokong kerajaan, siapa kata orang muda tidak sokong kerajaan, siapa kata orang tua tidak sokong kerajaan. “Jadi kita berhimpun kerana apa..kerana kita cinta kepada negara kita….kita membesar di sini, dan satu hari nanti kita akan disemadikan di sini juga. Tidak ada tempat lain bagi kita….Malaysia. Sebab itu kita nak lakukan yang terbaik untuk negara kita,” katanya. Pada akhir himpunan Pengerusi Himpunan, Datuk Ahmad Maslan menyerahkan deklarasi himpunan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Deklarasi Barisan 1Malaysia Bahawasanya kami Barisan Rakyat 1Malaysia yang berhimpun pada hari ini dengan tulus dan ikhlas, merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri di atas kebijaksanaan menerajui negara Malaysia yang tercinta. Atas kesedaran dan keinsafan yang mendalam, kami berjanji dan berikrar bahawa sesungguhnya kami; Berazam untuk mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara Malaysia, menjunjung tinggi perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara bagi menjamin kestabilan politik dan keutuhan perpaduan rakyat berbilang kaum agar terus hidup dalam suasana rukun, damai, aman dan sejahtera. Berazam untuk terus membangunkan negara dengan membantu kerajaan melaksanakan dasar-dasar yang boleh meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat di semua peringkat, sesuai dengan matlamat Wawasan 2020. Berazam untuk terus memerangi segala bentuk penyelewengan, rasuah, salahguna kuasa, fahaman sempit perakauman, sikap chauvinisme dan melampau demi kesejahteraan agama, bangsa dan tanah air. Berazam untuk meningkatkan kualiti hidup dan jati diri, keluarga dan masyarakat, agar sentiasa dihormati dan dicontohi di peringkat lokal dan global menerusi rasa kasih sayang dan cinta terhadap negara, semangat kesukarelaan dengan bekerja bersungguh-sungguh untuk memaju dan memakmurkan negara. Demi keazaman dan iltizam ini sesungguhnya kami Himpunan Barisan Rakyat 1Malaysia yang berhimpun pada hari ini akan bekerja bersungguh-sungguh merealisasikan kemenangan Untuk Masa Depan Rakyat pada PRU-13 akan datang. 1Barisan – 1Bangsa – 1Negara – 1Matlamat – 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan Himpunan Barisan 1Malaysia Kuala Lumpur SABTU, 24 November 2012 Pada akhir himpunan Pengerusi Himpunan, Datuk Ahmad Maslan menyerahkan deklarasi himpunan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. -MediaUMNO share from : www.umno-online.my

Saturday, November 17, 2012

Mahathir Mahu PAS Perjelas Undang-Undang Hudud

KOTA KINABALU, 18 Nov — Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu PAS perjelas tafsirannya mengenai pelaksanaan hukum hudud. Beliau berkata pelaksanaannya harus berlandaskan keadilan sepertimana yang terkandung dalam ajaran Islam. Dr Mahathir berkata parti itu seharusnya melaksanakan hukum yang dapat diterima pakai oleh semua golongan termasuk bukan Islam sesuai dengan kedudukan negara ini yang mempunyai penduduk berbilang agama. “Saya hendak tahu hudud yang dikenakan oleh orang Islam dan bukan Islam itu sebagai adil seperti yang dikehendaki oleh agama Islam. “Terdapat 43 ayat dalam Al-Quran iaitu kalau mahu hukum, hukumlah dengan adil dan tidak adil itu bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya. “Hukum orang Islam potong tangan manakala bukan Islam dikenakan penjara dua bulan akibat kesalahan mencuri. “Itu dilihat tidak adil dan bertentangan dengan agama Islam,” katanya kepada pemberita di sini, semalam. Dr Mahathir mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merestui orang Melayu menyertai DAP memandangkan sebelum ini Pengerusi DAP Karpal Singh menyatakan tentangannya terhadap pelaksanaan hukum Hudud. Terdahulu, Mahathir menyampaikan ucaptama pada kongres tahunan ke-22 Persatuan Pakar Bedah Torasik dan Kardiovaskular Asia (ATCSA) di sini. Kongres itu dirasmikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. share from : www.umno-online.my

“Usaha Dalam Perjalanan” Untuk Ubah Nasib Rakyat- Najib

SUNGAI SIPUT, 17 Nov — Komitmen kerajaan untuk mengubah untung nasib rakyat Malaysia adalah “usaha dalam perjalanan”, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata walaupun telah banyak usaha yang dilaksanakan untuk memastikan kesejahteraan rakyat, namun kerajaan sedar banyak lagi perlu dilakukan. “Kita memerlukan sokongan rakyat, kita perlukan mandat baru daripada rakyat. “Jika tuan-tuan bagi mandat, saya jamin usaha ini bukan sahaja akan diteruskan malah akan diperhebatkan lagi pada masa yang akan datang,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2012 di Ladang Info Ternak Sungai Siput di sini, hari ini. Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Penerangan Komunikasi dan kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Masnah Rais, serta pemimpin peringkat nasional dan negeri. Perdana Menteri berkata sebagai contoh, kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan dan peruntukan yang besar untuk kesejahteraan masyarakat India. Katanya, antara usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat India ialah dengan memberi peruntukan bagi pembangunan pendidikan dan kemahiran, pemberian biasiswa, serta menambah bilangan kemasukan ke universiti. “Sebagai satu kerajaan, kita telah lakukan banyak usaha untuk mengubah nasib rakyat Malaysia,” kata Najib. Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya berpegang kepada prinsip percaya mempercayai berdasarkan “nambikei” antara rakyat dan kerajaan. “Marilah kita berpegang kepada nambikei ini…janji kita akan kita tepati,” katanya. Najib turut melahirkan perasaan gembira dan terharu terhadap sambutan Rumah Terbuka Malaysia Deepavali yang dihadiri masyarakat berbilang kaum di negara ini. Beliau berkata sambutan seumpama itu mungkin tidak dapat diadakan di sesetengah negara kerana tidak wujud perasaan hormat menghormati antara satu sama lain. “Malah mereka berada dalam keadaan berbalah, curiga mencurigai antara satu sama lain, tapi di Malaysia kita dapat bertaut kepada semangat dan prinsip 1Malaysia yang menjadi ikutan dan penghayatan kita,” katanya. share from www.umno-online.my

Kesetiaan, Keikhlasan PBS Dalam BN Amat Dihargai- Muhyiddin

PENAMPANG, 17 Nov — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kesetiaan dan keikhlasan Parti Bersatu Sabah (PBS) sebagai anggota komponen Barisan Nasional (BN) amat dihargai terutama dalam membangunkan negara. Muhyiddin berkata beliau melihat perjuangan PBS, parti pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan itu, terus relevan dan semakin mendapat sokongan serta kepercayaan rakyat. Beliau berkata pilihan raya umum ke-13 merupakan penentu kelangsungan perjuangan BN dan jatuh bangun parti bergantung kepada semua ahli. Oleh itu, beliau berkata semua jentera pilihan raya perlu bersatu padu dan mengelak gejala sabotaj atau elemen yang boleh menjejaskan kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang. “Isu sensitif hendaklah ditangani dengan bijaksana dan bertolak ansur bagi memelihara perpaduan dan keharmonian,” katanya dalam perutusan sempena Kongres PBS yang akan berlangsung di sini selama tiga hari bermula 20 Nov. Muhyiddin berkata rakyat kini semakin bosan dengan mainan politik pembangkang, tetapi kecenderungan mereka untuk menyokong BN bergantung kepada sejauh mana jentera BN berjaya menawan hati mereka. “Justeru marilah kita sama-sama bersatu hati memastikan asas pembinaan negara bangsa yang telah berlaku sejak merdeka dapat dipertahan serta menjunjung prinsip Rukun Negara,” katanya sambil menambah bahawa matlamat negara menuju Wawasan 2020 akan tercapai sekiranya perpaduan, kemakmuran dan keharmoniaan negara terpelihara,” katanya. Beliau berkata kejayaan BN mengemudi negara berbilang kaum dan silang budaya ke arah perpaduan bukanlah mudah. “Sepanjang 55 tahun memerintah negara, pelbagai dasar kita rancang dan laksanakan sehingga semua kaum dan setiap wilayah mendapat manfaatnya. “Amalan toleransi, musyawarah dan budaya kompromi merupakan tonggak dan kekuatan BN dalam memenuhi setiap tuntutan parti komponen secara adil dan berperingkat,” katanya. Beliau berkata langkah bijak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan Gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan dan Transformasi Nasional berjaya memulihkan reputasi negara. “Gagasan ini bukan slogan politik semata-mata tetapi peniup semangat untuk bertaut di bawah satu payung dengan mengutamakan kesejahteraan negara,” katanya. Share from www.umno-online.my

Friday, November 16, 2012

ISRAEL patut musnah di Bumi ini!

Kekejaman yang dilakukan oleh Yahudi Laknatullah Israel ketika membedil penduduk Palestin baru-baru ini dilihat satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan sungguh kejam serta tidak beradab dan berhati perut. Israel dengan angkuhnya tidak lagi segan silu mendabik dada kan perbuatan terkutuk mereka itu.
Berikut adalah sumber berita dari www.utusan.com.my NEW YORK 15 Nov. - Palestin mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghalang operasi ketenteraan Israel di Genting Gaza, yang mereka anggap tidak sah, selepas perancang utama pejuang Hamas, Ahmed Jabari terbunuh dalam serangan udara terbarunya ke atas wilayah Palestin itu. Pada mesyuarat tertutup yang diadakan malam tadi, Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour berkata, Israel 'tidak beradab' dan bangga dengan tindakannya membunuh penduduk Palestin. Mansour turut mendakwa Israel sedang melakukan jenayah perang ke atas Palestin. "Komuniti antarabangsa patut bertindak menamatkan polisi dan amalan tidak sah Israel ke atas Palestin," katanya. Bagaimanapun, Israel mendakwa serangan tersebut dilancarkan sebagai tindak balas terhadap serangan roket oleh pejuang Palestin selama beberapa hari ke atas wilayahnya. Duta Israel ke PBB, Ron Prosor sebelum itu berkata, tiada sesiapa yang membuat bantahan ketika pejuang Palestin melancarkan serangan roket ke atas penduduk awam Israel, sambil menambah kata, tidak ada negara yang boleh bertolak ansur terhadap perbuatan seperti itu. Dalam perkembangan lain di Gaza, sekurang-kurangnya tiga penduduk Palestin maut, selepas Israel melancarkan serangan udara ke atas wilayah Palestin itu hari ini, menyebabkan angka kematian dalam operasi ketenteraan terbaru Israel ke atas pejuang Palestin di Gaza meningkat kepada 11 orang, manakala lebih 100 lagi cedera. Sayap tentera Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam berkata, ketiga-tiga mangsa merupakan anggota pergerakan itu dan mereka diserang ketika sedang menaiki kenderaan. Serangan yang dimulakan Israel sejak semalam yang mengorbankan Jabari itu diikuti dengan 60 lagi serangan udara, menyebabkan lima terbunuh, dua daripada mereka kanak-kanak, menurut Menteri Kesihatan Hamas, Mufid Mukhalalati pada satu sidang media, semalam. - AFP Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121116/lu_01/PBB-didesak-halang-Israel#ixzz2COMkxlsf © Utusan Melayu (M) Bhd

Persidangan UMNO Rumusan Gerak Kerja Parti Menjelang PRU

Persidangan UMNO Rumusan Gerak Kerja Parti Menjelang PRU


KUALA LUMPUR, 16 Nov. – Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang akan berlangsung hujung bulan ini amat penting sebagai satu rumusan kepada gerak kerja parti untuk penggal ini sebelum berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti, kata Setiausaha Agung Mubarak, Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim.

“Persidangan Agung pada tahun ini amat penting bagi menghadapi PRU yang ke-13 untuk merumuskan segala usaha, pendekatan dan juga program bagi memastikan kemenangan
BN dalam PRU.

“Saya pasti perwakilan akan membincangkan secara serius perkara-perkara yang bersangkut dengan kemajuan UMNO selama ini dan usaha-usaha menentukan kepada perancangan ke arah PRU,” katanya kepada UMNO-Online.

Ujarnya, sebagai parti yang besar dan memainkan peranan signifikan dalam kemajuan dan pembangunan negara sudah pastilah perwakilan akan menumpukan untuk melontarkan segala idea dan pandangan agar ia dirumuskan menjadi satu perancangan dan gerak kerja untuk menjamin kepada kemenangan pada PRU. – MediaUMNO