Belajar Forex dengan saya

Wednesday, October 24, 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh Umat Islam

Ketua,Naib Ketua dan AJK Serta Seluruh Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bokara mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha pada 26 Oktober 2012 ini kepada seluruh Umat Islam. Kepada Warga Kampung Bokara yang sedang menunaikan Ibadah Haji pada waktu ini,kami mendoakan agar kalian semua berada dalam keadaan sihat dan sempurna semoga kalian semua mendapat Haji Mabrur. Semoga selamat tiba ke tanahair setelah selesai menunai Rukun Islam ke 5 ini.

Saturday, October 20, 2012

" Majlis bacaan Maulid dan Tazkirah bersama Ulama Al-habib A.Syarif Bin Syihab, di Kediaman Tuan Guru Haji Syed Kassim Haji Syed Omar Ali Al-Marzak "

Hari ini 20 Oktoeber 2012,Sepanjang beliau berada di Sandakan, Kampung Bokara tidak terkecuali dalam program beliau. Alhamdulillah, Kediaman Tn Guru Haji Syed Kassim Hj Syed Omar Ali Al-Marzak sekali lagi menjadi tempat persinggahan dalam program kali ini. Pengelola di Majlis kali ini di Kampung Bokara di kelolakan oleh Syed Omar Daud Hj Syed Kassim.

DALAM POLITIK,BUKAN SEKADAR BERCAKAP.

Debaran PRU13 (Pilihanraya Umum ke-13) semakin terasa. Cabaran Parti memerintah iaitu BN (Barisan Nasional) adalah cabaran yang getir dan juga satu cabaran yang menguji tahap keberkesanan perlaksanaan dasar-dasar serta Janji Parti Barisan Nasional yang telah ditunaikan dan janji yang dalam usaha untuk dilaksanakan. SABAH,kini mempunyai arus perubahan yang ketara sejak Barisan Nasional memerintah Negeri ini dari 1994 yang lepas dan ketika UMNO mula bertapak di Negeri ini lewat 1990an yang lalu. Pembangunan yang ketara dan juga kemudahan-kemudahan demi kepentingan rakyat juga telah terlaksana yang mana Kerajaan BN merealisasikan pembangunan tersebut. Pembangkang yang ujud di Negeri ini bak cendawan menimbulkan pelbagai isu yang cuba untuk menggugat serta mempengaruhi rakyat Sabah khasnya. Apa yang mereka mahukan sebenarnya? Adakah Pembelaan rakyat yang sebenarnya ataupun ada agenda lain? Sepatutnya pihak merekalah tahu intipati perjuangan mereka sendiri. Diperingkat akar umbi khasnya Kampung Bokara, Kerajaan Barisan Nasional telah banyak membawa beberapa perubahan dari segi infrastruktur serta kemudahan kampung termasuk juga bantuan PBR/PPRT untuk rakyat miskin di kampung yang menjadi keutamaan Kerajaan bagi meringankan sekaligus menyelesaikan masalah kediaman keluarga yang mempunyai pendapatan rendah. Program-program yang dianjurkan oleh UMNO dan juga wakil-wakil rakyat BN di kampung ini banyak membawa manfaat dan melalui program tersebut ikatan antara wakil rakyat dan warga kampung/pengundi bertambah erat. Sudah menjadi kebiasaan, dimana ada Kekuatan disitu juga tetap pembangkang. Cuma pihak pembangkang di peringkat Kampung Bokara ini hanya tahu menimbulkan isu peribadi dan remeh yang sama sekali tidak membawa manfaat kepada rakyat khususnya warga kampung ini. " Dalam Politik,Bukan hanya sekadar bercakap." Program untuk warga kampung tiada dibuat,program amal,sukan atau apa sahaja juga tiada dibuat.Yang ada hanya gosip,dan menimbulkan isu-isu remeh sahaja. Dipihak Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bokara sudah cukup bersedia menghadapi PRU13 untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional di Negeri ini khasnya kawasan Parlimen Batu Sapi.

Friday, October 12, 2012

"Kampung Tanpa Wayar" /WiFi Free diharap tidak hanya pada papan tanda.

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bokara pada 11 Oktober 2012 telah menghantar 1 surat rasmi mohon penjelasan kepada pihak SKMM Wilayah Sandakan berhubung permasalahan pemancar WiFi di Kampung Bokara yang telah menerima aduan ramai penduduk berhubung kelembapan pemancarnya yang sama sekali boleh dianggap tidak membawa manfaat dan menyebabkan penduduk berasa kesal seolah-olah pemancar tersebut hanya dianggap seperti Tunggul Kayu biasa sahaja. Sungguhpun terdapat 'Signal' WiFi daripada 3 pemancar tersebut,ianya tidaklah dapat digunakan dengan jarak melebihi 20 meter daripada sekitar Masjid yang mana pemancar itu didirikan. Ini menunjukkan satu permasalahan terhadap kemudahan rakyat yang disediakan oleh pihak kerajaan tetapi masih mempunyai masalah dari segi perlaksaannnya. Justeru itu,atas rasa tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dan ahli Parti yang menyokong dasar 1Malaysia ,Pemuda Bokara mewakili para penduduk untuk menyuarakat permasalahan ini mengikut saluran yang betul. Diharap dalam masa terdekat,pihak SKMM akan memberi maklumbalas berhubung perkara ini.

Sunday, September 30, 2012

BAJET 2013 : Bajet untuk rakyat

Pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Perdana Menteri pada Jumaat lepas bersamaan dengan 28 September 2012 adalah pembentangan Bajet terbaik dan sememangnya Bajet untuk kesejahteraan rakyat khasnya. Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bokara menyifatkan,beberapa pengumuman dan insentif kepada rakyat oleh YAB Perdana Menteri dalam Pembentangan Bajet berkenaan telah disambut baik segenap lapisan masyarakat seluruh Malaysia. Antara pengumuman yang terdapat dalam Bajet tersebut adalah BR1M 2.0, Pemberian Bonus 1.1/2 Bulan Gaji kepada penjawat Awam,pemberian insentif kepada belia umur 21-30tahun Bujang berjumlah RM250 dan beberapa lagi pengumuman yang cukup membantu mengurangkan beban rakyat. YAB Perdana Menteri adalah seorang Pemimpin yang prihatin dan berjiwa rakyat yang memahami denyut nadi rakyat dalam menempuh kehipdan seharian. Bajet yang boleh disifatkan sebagai Bajet terakhir sebelum menjelang PRU13 ini adalah suatu Bajet yang sangat memberi manfaat dan Bajet tidak meminggirkan rakyat termasuk Sabah dan Sarawak. Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bokara mengucapkan terima kasih dan tahniah atas keperihatinan YAB Perdana Menteri dalam menangani dan mengurangkan masalah serta beban yang ditanggung rakyat pada ketika ini.

Thursday, September 13, 2012

Pemuda Bokara kecam Filem Hina Nabi di Laman Portal You Tube

Gambar di atas adalah petikan dalam Filem pendek di Laman Portal Youtube yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bokara mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya Filem pendek yang menghina Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dalam laman portal Youtube baru-baru ini. Perbuatan yang biadap oleh pihak yang membuat tayangan video ini telah menimbulkan kemarahan disetiap pelusuk Umat Islam seluruh dunia termasuk Negara kita Malaysia.Filem pendek bertajuk "Sam Bacile Muhammad Movie FULL HD - Innocence of Muslims" ini telah menyebabkan Umat Islam seluruh dunia bangkit membuat bantahan dan protes secara besar-besaran bagi meminta agar pihak bertanggungjawab terhadap pembuatan video yang menghina dihadap kemuka pengadilan dan diberi hukuman yang setimpal. Penghinaan sedemikian rupa jelas sekali menunjukkan segelintir sikap dan pemikiran Barat terhadap Islam ini tidak habis-habis menindas,menghina,memerangi dan menghancur Umat Nabi Muhammad SAW sehingga hari ini. Pelbagai cara mereka lakukan sehingga sanggup membuat filem pendek yang menghina keperibadian Rasulullah SAW Junjungan Besar Nabi kita. Semoga Allah menurunkan bala ke-atas Yahudi Laknatullah ini. Allahu Akbar!!!Allahu Akbar!!!Allahu Akbar!!! Bersatulah demi Junjungan Besar Rasullullah SAW.!!!

Tuesday, September 11, 2012

Bukan Hanya SUARAM, IKD & MalaysiaKini Pun Terima Dana George Soros – Lokman Noor Adam

share from www.umno-online.com Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh & Azhan Ahmad SHAH ALAM, 11 Sept – Pendedahan yang dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini berhubung penerimaan dana asing oleh sebuah syarikat Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) yang membiayai Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) tidak harus dipandang remeh sebaliknya harus ditangani segera. Mantan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Parti Keadilan Nasional, Lokman Noor Adam berkata, pendedahan tersebut cukup mempunyai kaitan rapat dengan dirinya kerana ianya merupakan salah satu sebab mengapa beliau dipecat daripada Parti Keadilan Nasional pada tahun 2004. “Pada bulan Februari 2004, saya telah membuat pendedahan berhubung penyelewengan dana yang diterima oleh pemimpin-pemimpin kanan Parti Keadilan. Pada masa itu juga saya telah mendedahkan bagaimana Tian Chua yang merupakan pengarah SUARAM ketika itu telah mengaturkan pertemuan di antara George Soros dengan Presiden Keadilan, Datin Seri wan Azizah, Azmin Ali, Khalid Jaafar dan wakil Tian Chua, iaitu Elizabeth Wong pada penghujung tahun 2003. “Saya telah mempertikaikan bagaimana Presiden parti tersebut boleh memohon dana daripada seorang berbangsa Yahudi yang telah memanipulasikan mata wang Malaysia pada tahun 1997 tanpa merujuk Majlis Pimpinan Tertinggi terlebih dahulu,” ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Tambahnya, sebelum dipecat, beliau telah menghadiri mesyuarat Jawatan Kuasa Pilihan Raya Parti Keadilan Nasional yang mana Azmin Ali merupakan pengarahnya dan dimaklumkan bahawa RM3 juta pertama telah mereka terima dan dana tersebut telah digunakan untuk menempah bahan kempen pilihan raya seperti t-shirt, topi dan bendera di Negara China. “Saudara Ezam Mohd Noor yang merupakan Ketua Pemuda Keadilan pada ketika itu telah mengesahkan kepada saya bahawa dana itu adalah sebahagian kecil daripada wang yang bakal disalurkan oleh George Soros untuk membantu Parti Keadilan pada Pilihan Raya Umum 2004. “Melalui maklumat yang diperolehi dari kawan-kawan yang masih bersama PKR, dana yang disumbang George Soros ini masih berterusan sehingga kini,” tambahnya lagi. Menurutnya, George Soros bukan sekadar membantu SUARAM, tetapi turut membantu Institut Kajian Dasar (IKD) melalui dana yang disalurkan melalui Conrade Adeneur iaitu sebuah yayasan Kristian dari Jerman. “Tian Chua yang merupakan rakan selokap saya semasa kami ditahan di bawah ISA pernah mengaku kepada saya bahawa SUARAM dibiayai oleh Soros melalui sebuah yayasan dari Belanda dan beliau turut mengesahkan menerima bantuan dana dari George Soros bagi membolehkan beliau dan Steven Gan mengasaskan portal berita MalaysiaKini. “Sehubungan itu, saya menyokong penuh sebarang usaha untuk mewujudkan undang-undang bagi menghalang penyaluran dana asing bagi membiayai parti politik atau NGO atas tujuan menghuru-harakan negara ini. “Sekiranya dana asing dibiarkan untuk masuk mencaturkan politik negara, sudah pasti sekiranya berlaku perubahan terhadap kepimpinan negara kepada pakatan pembangkang, maka tentunya negara ini tidak boleh diperintah oleh pembangkang mengikut acuannya sendiri sebaliknya kita akan menjadi ‘lembu dicucuk hidung’ dan kita akan terpaksa akur dengan segala kehendak dan dasar luar Amerika serta Yahudi,” tambahnya lagi. -MediaUMNO